Ada orang dah siap tempah dan dah siap dah pun baju raya untuk tahun 2016 ni. :-). Kami? Biasalah, nak dekat hujung-hujung Ramadhan nanti baru terhegeh-hegeh nak mencari Baju Melayu Firash dan juga sepasang baju untuk diri Mommy sendiri. Sepasang untuk Mommy cukuplah. Zaman ekonomi gini tak payah nak berpasang-pasang sangatttt lahhh. Ukur baju kat badan sendirilah kan? Ku sedar diri ini siapa dan di mana kemampuan ku... Ahaaa... melainkan ada yang bermurah hati nak taja seperti tahun-tahun sebelumnyalah kan? >_<... wink wink wink... (meraih sangat bunyinya... )

Untuk baju jalan Firash memang dah mula beli berperingkat-peringkat jika ada rezeki lebih sedikit. Macam tulah caranya Farah ni meng-ada-kan untuk anak. Berbalik kepada baju raya 2016 ni, sebenarnya tak fikir lagi untuk tahun ni kami nak bertemakan warna apa. Cuma mungkinnya, bukan warna garang sangat mahupun gelap sangat. Raya kan? Kenalah warna ceria sedikit supaya kami boleh ceria sama. Ahaksss...

Jom kita lihat, warna apakah yang bakal menjadi hangat untuk musim raya 2016 ni nanti? Dikatakan, warna-warna ini adalah warna untuk tahun 2016... 

Sumber dari Google
Manis juga mata ni memandang! Rasanya semua warna yang tersenarai di atas memang menarik. Tengok warna, tengok kulit kami anak beranak. Tengok warna, tengok kulit kami anak beranak. Ha ha ha. Ok kot? Boleh jer... 

Nak bangkitkan "mood"... Tengok lebih sikit lagi... 










Tak ada penetapan nak memilih warna apa pun dalam kotak pemikiran ni lagi. Tak nak lah cerita pung pang pung pang, lepas tu nanti munculnya warna lain pula kan? Ha ha ha... kadang-kadang mata boleh terpikat dengan tidak semena-mena dengan apa yang dilihat dan fikiran boleh berubah di saat-saat akhir. Tengok pilihan apa yang terbentang di hadapan nantilah. Hummam... tapi nampak-nampak gayanya sejak lahirnya Firash bukan kita yang pilih warna apa yang kita suka terletak di tubuh kita tapi lebih kepada warna apa yang kita pilih untuk Baju Melayu dia yang nampak cocok bangsat dengan dia di mata kita. Uhuksss, terbalik dah... Mommy ikut warna apa yang bakal dipilih untuk dia, bukan Mommy ikut warna apa Mommy suka pakai untuk diri Mommy... muahahaha.... 

Biru tak mungkin kot tahun ni sebab tahun 2015 dah biru kan? Tukarlah warna lain pula gittew.... Yang membaca ni dah siap baju raya ke? 

*Ramadhan bakal menjelma lagi... seronoknya bila tiba Ramadhan... tapi jauh fikirnya sampai ke raya dah... hu hu hu... Eleh tapi bukan kakak sorang jer kan cerita pasal tema warna baju raya ni kan? Kan? Kan? 

4 comments Blogger 4 Facebook

  1. sya dah beli dah....hitam kuning...hehehehe

    ReplyDelete
  2. warna-warna pastel...suka lilac grey

    ReplyDelete
  3. akak punya maybe kaler merah........hihi

    ReplyDelete
  4. PC last minit biasanya...betul...kadang nak warna ni...sampai masa eh warna tu pulak yang berkenan...

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

 
Bubblynotes - Malaysia Parenting & Lifestyle Blog © 2013. All Rights Reserved.Edit by Jiakreatifelt. Powered by Blogger
Top