“Tantrum” Maha Dahsyat Sepanjang 2 Tahun 3 Bulan...

Farah Waheda Wahid
7

Asam garam menjadi seorang ibu dan menjadi seorang bapa, pastinya tidak akan pernah terlepas dari menghadapi “tantrum” si anak. Seteruk mana atau setinggi mana tahap “tantrum” itu bergantung pada satu-satu keadaan. Macam di dalam halnya Ash ni, sepanjang 2 tahun 3 bulan, inilah kali pertama “tantrum”nya Farah boleh katakan sebagai maha dahsyat. Tak ada angin tak ada ribut, secara tiba-tiba dia naik angin! Kisahnya hari Ahad malam Isnin, sedang elok dia leka bermain secara tiba-tiba dia naik angin. “Mau” – patung kucing kesayangan yang dibelai-belainya selalu tiba-tiba dilanting-lantingkan sehingga tercampak entah ke mana-mana. Kereta permainan dia yang selalunya diatur berderet di atas sofa, tiba-tiba diambil dan dilantingkan sehingga terpelanting dan mengenai sudut almari kaca perhiasan di rumah. Kusss semangat Ash… Nasib tak pecah berderai almari kaca perhiasan tersebut… Berdegup laju jantung Mommy tau nak! Bukan kaca yang berderai yang dikisahkan, keselamatan dia yang dikisahkan. Itu jer… Kaca pecah berderai tu, boleh diganti kembali. Akan tetapi tak mahulah sehingga menimbulkan kecederaan kepada dia kan?

Terus cepat-cepat ambil dia, dukung dia dan dia meronta-ronta macam orang yang dah tak ingat apa dah waktu tu. Terus bacakan ayat-ayat Al-Quran apa yang patut dan sedaya upaya cuba tenangkan dia. Tidak mahulah menyangka yang bukan-bukan, akan tetapi setelah keadaan dia sudah mula tenang, Mommy pun pujuklah dia, peluk dia dan tak lepaskan dia. Dia pula seolah-olah macam takut jer…Dan memang keluar dari mulut dia pun… “Akut, akut…”… Takut apa tak pasti…Sekarang ni dah pandai mengekspresikan perasaan dia dah…. Kalau sakit dia sebut… “Akit…akit…”…Dan hari Ahad malam Isnin, keluar perkataan baru, “Akut…”… Iaitu membawa maksud takut. Apa yang ditakutkannya entahlah. Mommy tidak mahu menyimpang pemikiran dan berfikiran negatife. Cuma positif dan terus berfikiran positif. Mungkin tak ada apa-apa tu. Hurmmm…Kita fikir yang baik-baik sajalah dan kita anggapkan tak ada apa-apa dan ianya sekadar ekspresi perkataan sahaja oleh Ash. Bukan menidakkan apa yang anak tu rasa, cuma ingin positif dan melatih anak untuk menjadi positif dan tidak berfikir yang bukan-bukan. Tidak mahu anak terbiasa berfikiran mistik dan segala stik lah kaedahnya kononnya. Farah anggapkan ianya adalah “tantrum” biasa cuma kali ini agak meledak.

Berdasarkan artikel yang Farah baca di SINIkanak-kanak berusia 2 tahun ke atas ada kalanya mula menunjukkan sikap negative suka memberontak, membaling barang, merajuk dan mengamuk tanpa sebab yang kita ketahui. “See” ia bukanlah sesuatu yang pelik atau luar biasa kan? Jadi tak perlulah kita berfikiran negatif atau terus “divert” kepada kepercayaan kita kepada perkara-perkara mistik walaupun ada kalanya kita terpaksa mempercayainya kerana memang wujud perkara-perkara sebegini.

Dan silalah ingat bahawasanya, jika anak anda pernah berkelakuan begitu, bukan bermaksud dia menjadi degil atau kurang ajar. Tetapi anak sekecil itu sedang belajar untuk eskspresi dirinya disebabkan faktor keletihan atau kecewa terhadap sesuatu perkara. Iyalah, Ash pun baru sahaja nak kebah dari demam kan? setelah 4 hari demam berturut-turut dengan suhu yang sekejap tinggi, sekejap rendah. Mungkin keletihan tu, dan tak pun mengada-ngada manja demam tu masih belum hilang lagi. Ihiksss… (Kemain Mommy boleh buat lawak lagi…hua hua hua).

Jika di dalam bahasa psikologi kanak-kanak, kategori kanak-kanak sedemikian dikenali sebagai “tantrum”. “Tantrum” bermaksud kemarahan secara tiba-tiba. Manakala “Temper Tantrum” pula suatu luapan emosi yang meledak-ledak sehingga tiada kawalan diri.

Ia seringkali muncul pada anak berusaia 15 bulan sehingga 6 tahun. Masalah “tantrum” biasanya terjadi pada anak yang hiperaktif. “Tantrum” juga lebih mudah terjadi pada anak-anak yang dianggap “sulit” dengan ciri-ciri berikut:

*Kanak-kanak tidak cukup tidur.
*Makan dan proses pembuangan najis yang tidak teratur.
*Kekok dengan situasi baru atau orang yang dia tidak kenali.
*Lambat menyesuaikan diri terhadap perubahan suasana baru.
*Emosi tidak tenteram.
*Mudah marah dan menangis.
*Sukar mengalihkan perhatiannya.

Berikut adalah beberapa contoh kelakuan “tantrum” mengikut peringkat usia:

DI BAWAH USIA 3 TAHUN:
*Menangis
*Menggigit
*Memukul
*Menendang
*Menjerit
*Memekik-mekik
*Menghempaskan badan ke lantai.
*Memukul tangannya
*Menahan nafas
*Menghentakkan kepala
*Melemparkan barang
*Menyangkung
*Memeluk tubuhnya

USIA 3-4 TAHUN:
*Perilaku kesemua di atas.
*Menghentakkan kaki.
*Berteriak.
*Meninju.
*Menghempas pintu.
*Mengkritik.
*Merengek.

USIA 5 TAHUN KE ATAS:
*Perilaku kesemua di atas.
*Memaki-hamun orang lain @ ibu bapa.
*Menyumpah.
*Memukul kakak atau adik atau kawan-kawannya.
*Mengkritik diri sendiri.
*Memecahkan barang dengan sengaja.
*Mengancam
*Merungut

CARA BANTU TENANGKAN ANAK NAIK ANGIN:
1.  Peluk anak dari arah belakang.
2. Bisik ke telinganya yang anda sayang dan sangat faham perasaannya.
3. Bagi yang beragama Islam, boleh bacakan ayat-ayat suci Al-Quran supaya syaitan tidak menghasutnya.
4. Tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda juga sendiri perlu bertenang.
5.Jangan sekali-kali marah dan menjerit atau memukul anak dengan tujuan untuk mendisiplinkannya. Ia hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau semakin suka memberontak. 

Sehingga tidur terbawa-bawa tersedu-sedu sedihnya dan tak mahu lepas dari pelukan. Hu hu hu. Binggung juga sebenarnya memikirkan apakah yang tidak kena dengan dia. Sehingga pagi nak ke pejabat pun dia masih lagi menangis dalam tidur. Apa yang tak kena sayang? Emosi dia kebelakangan ni memang berpusing 360 darjah. Mommy-lah kena sabar berhadapan dengan kerenah dia. Moga-moga tahap “tantrum” dan “temper tantrum” itu tidak melarat-larat sehingga membawa kepada perilaku yang tersenarai di atas secara menyeluruh. Moga-moga dijauhkan. Seingat Mommy, semua dah cuba dicukupkan, apatah lagi perhatian dan kasih sayang, sayang oiii… Errr…Entahlah, mungkin “timing” dia nak meledak kot?

Dan hari Isnin, “mood”nya telah kembali seperti sediakala. Alhamdulillah… J Mommy boleh tersenyum melihat keriangan serta kegirangan dia kembali. Sesekali dia hamuk…Hamik ko Mommy! Bak kata Abahnya… Sabar jer lah… Hadap jer lah…Ha ha ha… 

Post a Comment

7Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. arfan pnh mggu lps..sy bwk dia ke opis skjp..time nak g kat kete, mula2 tu elok je jln, ttbe nak smpi bape lgkh je kt kete ttbe dia tnjk kt area pintu tangga...tu.tu..tp dia x ckp ape..dia tnjk je kat ctu kst ctu dia kata..aduuh seriau btl..dh la masa tu dh 6lbh tgh hujan lebat hehe....

    ReplyDelete
  2. Zaryth tinju Fathia..adoiii...selalu kena pntau..igt adik tu punching bag dia..geram katanye..

    ReplyDelete
  3. Qaisara dulu pernah jgk gini..Emo tetibe..Harap2 xde la yg "menggangu"..huhu

    ReplyDelete
  4. Apa pun budak kalau menangis sampai macam tu sekali mesti ada yg tak kena
    Tak kiralah mungkin terbawa-bawa sebelum itu atau diri yg rasa tak selesa atau sebagainya. Bacakan ayat-ayat al-quran itulah sebaiknya macam Farah buat tu.

    ReplyDelete
  5. mudah2an xde apa yg berlaku ye kak.

    ReplyDelete
  6. semalam thaqif pun tantarum.bgn tdo,memula dia mintak susu pastu dah siap bancuh susu xnak pulak.terus nangis n semua bnda pun xkena.peluk2 pun xjalan.lastly bkk baju n mandikan dia bg sejuk sikit.lepas tu baru ok sikit.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !