Asam garam menjadi seorang ibu
dan menjadi seorang bapa, pastinya tidak akan pernah terlepas dari menghadapi
“tantrum” si anak. Seteruk mana atau setinggi mana tahap “tantrum” itu
bergantung pada satu-satu keadaan. Macam di dalam halnya Ash ni, sepanjang 2
tahun 3 bulan, inilah kali pertama “tantrum”nya Farah boleh katakan sebagai maha
dahsyat. Tak ada angin tak ada ribut, secara tiba-tiba dia naik angin! Kisahnya
hari Ahad malam Isnin, sedang elok dia leka bermain secara tiba-tiba dia naik
angin. “Mau” – patung kucing kesayangan yang dibelai-belainya selalu tiba-tiba
dilanting-lantingkan sehingga tercampak entah ke mana-mana. Kereta permainan
dia yang selalunya diatur berderet di atas sofa, tiba-tiba diambil dan
dilantingkan sehingga terpelanting dan mengenai sudut almari kaca perhiasan di
rumah. Kusss semangat Ash… Nasib tak pecah berderai almari kaca perhiasan
tersebut… Berdegup laju jantung Mommy tau nak! Bukan kaca yang berderai yang
dikisahkan, keselamatan dia yang dikisahkan. Itu jer… Kaca pecah berderai tu,
boleh diganti kembali. Akan tetapi tak mahulah sehingga menimbulkan kecederaan
kepada dia kan?
Terus cepat-cepat ambil dia,
dukung dia dan dia meronta-ronta macam orang yang dah tak ingat apa dah waktu
tu. Terus bacakan ayat-ayat Al-Quran apa yang patut dan sedaya upaya cuba
tenangkan dia. Tidak mahulah menyangka yang bukan-bukan, akan tetapi setelah
keadaan dia sudah mula tenang, Mommy pun pujuklah dia, peluk dia dan tak
lepaskan dia. Dia pula seolah-olah macam takut jer…Dan memang keluar dari mulut
dia pun… “Akut, akut…”… Takut apa tak pasti…Sekarang ni dah pandai
mengekspresikan perasaan dia dah…. Kalau sakit dia sebut… “Akit…akit…”…Dan hari
Ahad malam Isnin, keluar perkataan baru, “Akut…”… Iaitu membawa maksud takut.
Apa yang ditakutkannya entahlah. Mommy tidak mahu menyimpang pemikiran dan
berfikiran negatife. Cuma positif dan terus berfikiran positif. Mungkin tak ada
apa-apa tu. Hurmmm…Kita fikir yang baik-baik sajalah dan kita anggapkan tak ada
apa-apa dan ianya sekadar ekspresi perkataan sahaja oleh Ash. Bukan menidakkan
apa yang anak tu rasa, cuma ingin positif dan melatih anak untuk menjadi
positif dan tidak berfikir yang bukan-bukan. Tidak mahu anak terbiasa
berfikiran mistik dan segala stik lah kaedahnya kononnya. Farah anggapkan ianya
adalah “tantrum” biasa cuma kali ini agak meledak.
Berdasarkan
artikel yang Farah baca di SINI, kanak-kanak
berusia 2 tahun ke atas ada kalanya mula
menunjukkan sikap negative suka memberontak, membaling barang, merajuk dan
mengamuk tanpa sebab yang kita ketahui. “See” ia bukanlah sesuatu yang
pelik atau luar biasa kan? Jadi tak perlulah kita berfikiran negatif atau terus
“divert” kepada kepercayaan kita kepada perkara-perkara mistik walaupun ada
kalanya kita terpaksa mempercayainya kerana memang wujud perkara-perkara
sebegini.
Dan silalah ingat bahawasanya,
jika anak anda pernah berkelakuan begitu, bukan
bermaksud dia menjadi degil atau kurang ajar. Tetapi anak sekecil itu sedang
belajar untuk eskspresi dirinya disebabkan faktor keletihan atau kecewa terhadap
sesuatu perkara. Iyalah, Ash pun baru sahaja nak kebah dari demam kan?
setelah 4 hari demam berturut-turut dengan suhu yang sekejap tinggi, sekejap
rendah. Mungkin keletihan tu, dan tak pun mengada-ngada manja demam tu masih
belum hilang lagi. Ihiksss… (Kemain Mommy boleh buat lawak lagi…hua hua hua).
Jika di dalam bahasa psikologi
kanak-kanak, kategori kanak-kanak sedemikian dikenali sebagai “tantrum”.
“Tantrum” bermaksud kemarahan secara
tiba-tiba. Manakala “Temper Tantrum” pula suatu luapan emosi yang meledak-ledak sehingga tiada kawalan diri.
Ia seringkali muncul pada anak
berusaia 15 bulan sehingga 6 tahun. Masalah “tantrum” biasanya terjadi pada anak yang hiperaktif. “Tantrum” juga
lebih mudah terjadi pada anak-anak yang dianggap “sulit” dengan ciri-ciri berikut:
*Kanak-kanak
tidak cukup tidur.
*Makan
dan proses pembuangan najis yang tidak teratur.
*Kekok
dengan situasi baru atau orang yang dia tidak kenali.
*Lambat
menyesuaikan diri terhadap perubahan suasana baru.
*Emosi
tidak tenteram.
*Mudah
marah dan menangis.
*Sukar
mengalihkan perhatiannya.
Berikut adalah beberapa contoh
kelakuan “tantrum” mengikut peringkat usia:
DI BAWAH USIA 3 TAHUN:
*Menangis
*Menggigit
*Memukul
*Menendang
*Menjerit
*Memekik-mekik
*Menghempaskan badan ke
lantai.
*Memukul tangannya
*Menahan nafas
*Menghentakkan kepala
*Melemparkan barang
*Menyangkung
*Memeluk tubuhnya
USIA 3-4 TAHUN:
*Perilaku kesemua di atas.
*Menghentakkan kaki.
*Berteriak.
*Meninju.
*Menghempas pintu.
*Mengkritik.
*Merengek.
USIA 5 TAHUN KE ATAS:
*Perilaku kesemua di atas.
*Memaki-hamun orang lain @ ibu
bapa.
*Menyumpah.
*Memukul kakak atau adik atau
kawan-kawannya.
*Mengkritik diri sendiri.
*Memecahkan barang dengan
sengaja.
*Mengancam
*Merungut
CARA BANTU TENANGKAN ANAK NAIK ANGIN:
1. Peluk anak dari arah belakang.
2. Bisik ke telinganya yang anda sayang dan
sangat faham perasaannya.
3. Bagi yang beragama Islam, boleh bacakan
ayat-ayat suci Al-Quran supaya syaitan tidak menghasutnya.
4. Tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda
juga sendiri perlu bertenang.
5.Jangan sekali-kali marah dan menjerit atau
memukul anak dengan tujuan untuk mendisiplinkannya. Ia hanya akan menjadikan dia
anak yang pengecut atau semakin suka memberontak.
Sehingga tidur terbawa-bawa tersedu-sedu sedihnya dan tak
mahu lepas dari pelukan. Hu hu hu. Binggung juga sebenarnya memikirkan apakah
yang tidak kena dengan dia. Sehingga pagi nak ke pejabat pun dia masih lagi
menangis dalam tidur. Apa yang tak kena sayang? Emosi dia kebelakangan ni
memang berpusing 360 darjah. Mommy-lah kena sabar berhadapan dengan kerenah
dia. Moga-moga tahap “tantrum” dan “temper tantrum” itu tidak melarat-larat
sehingga membawa kepada perilaku yang tersenarai di atas secara menyeluruh.
Moga-moga dijauhkan. Seingat Mommy, semua dah cuba dicukupkan, apatah lagi
perhatian dan kasih sayang, sayang oiii… Errr…Entahlah, mungkin “timing” dia
nak meledak kot?
Dan hari Isnin, “mood”nya telah kembali seperti sediakala.
Alhamdulillah… J Mommy
boleh tersenyum melihat keriangan serta kegirangan dia kembali. Sesekali dia
hamuk…Hamik ko Mommy! Bak kata Abahnya… Sabar jer lah… Hadap jer lah…Ha ha ha…
arfan pnh mggu lps..sy bwk dia ke opis skjp..time nak g kat kete, mula2 tu elok je jln, ttbe nak smpi bape lgkh je kt kete ttbe dia tnjk kt area pintu tangga...tu.tu..tp dia x ckp ape..dia tnjk je kat ctu kst ctu dia kata..aduuh seriau btl..dh la masa tu dh 6lbh tgh hujan lebat hehe....
ReplyDeleteZaryth tinju Fathia..adoiii...selalu kena pntau..igt adik tu punching bag dia..geram katanye..
ReplyDeleteQaisara dulu pernah jgk gini..Emo tetibe..Harap2 xde la yg "menggangu"..huhu
ReplyDeleteApa pun budak kalau menangis sampai macam tu sekali mesti ada yg tak kena
ReplyDeleteTak kiralah mungkin terbawa-bawa sebelum itu atau diri yg rasa tak selesa atau sebagainya. Bacakan ayat-ayat al-quran itulah sebaiknya macam Farah buat tu.
mudah2an xde apa yg berlaku ye kak.
ReplyDeletegood sharing
ReplyDeletesemalam thaqif pun tantarum.bgn tdo,memula dia mintak susu pastu dah siap bancuh susu xnak pulak.terus nangis n semua bnda pun xkena.peluk2 pun xjalan.lastly bkk baju n mandikan dia bg sejuk sikit.lepas tu baru ok sikit.
ReplyDelete