Swimming Baby Malaysia

Farah Waheda Wahid
2

Dapat tau tentang Swimming Baby Malaysia ni pun dari seorang sahabat apabila beliau berkongsi informasi ini di "wall" Facebook beliau. Terus jadi macam tertarik dengan Swimming Baby Malaysia. Al-maklumlah, nak mengajar anak berenang sendiri, Mommy dia ni tak reti nak berenang pun! Sekadar celup-celup dan harung air setakat paras dada tu berani lah. Ha ha ha, nama nak kuak lentang, nak kuak kupu-kupu memang nan hado lah. Kadang-kadang terasa rugi juga bila tak ada skil berenang ni. Ahaksss.... 

Bila ada informasi begini membuatkan Farah jadi berminat pula nak menghantar Firash belajar berenang. Dia mesti suka nih! Sebab dia memang suka main air... heeee... Kanak-kanak semua suka air kan? Tentu dia akan seronok kalau dapat peluang belajar berenang sebegini. Tak apalah, Mommy tak pandai berenang, boleh harapkan dia untuk selamatkan Mommy yer tak? Cia cia cia.... :-)

Bila dah dapat informasi macam ni, terus Google dan cari maklumat. Ini yang nak kongsi dengan pembaca Bubblynotes.Com ni walaupun sebenarnya anda boleh jer nak Google dan dapatkan maklumat yang sama kan? Tak apalah, Farah memang suka berkongsi informasi, tak ada yang salahnya kan? 

Sedikit informasi mengenai Swimming Baby Malaysia untuk anda, Swimming Baby Malaysia adalah diusahakan oleh sepasang suami isteri yang mana isteri adalah merupakan seorang graduan dalam bidang Psikologi daripada Universiti Islam Malaysia dan mempunyai 3 tahun pengalaman di dalam pendidikan bayi dan kanak-kanak di tadika dan juga "playgroup". Suaminya adalah merupakan seorang perenang sejak kecil, jadi mereka menggabungkan dan mereka modul untuk mengajar anak-anak mereka sejak anak-anak mereka berusia 5 minggu usianya.

Farah tinjau-tinjau di laman web mereka dan terdapat beberapa kategori kelas iaitu Swim'4'Babies, Swim'4'Tots, Swim'4'Primary, Private Session dan Swim'4'Muslimah. Wowww... macam ni Mommy pun boleh belajar berenang sama nih! "Never too late to learn anything" kan?


Firash berusia 2 tahun 4 bulan, dan mungkin bersesuaian kot nak masuk ke bawah kategori 3 tahun? Tak pun masih di bawah kategori Swim'4'Babies.


Jadual kelas pun nampaknya macam kena dengan kelapangan. Hujung minggu iaitu Sabtu dan Ahad. Lokasinya pun tidaklah begitu jauh dengan tempat tinggal kami. Di Shah Alam jerrr.... Itu yang lagi tertarik dan menarik-narik ni. Ngeee.... Yurannya? Ok, ya ampunn tak dapat nak bagi tau lagi pada anda sebab belum telefon dan bertanya lagi. Nanti kalau dah tahu, Farah kongsikan yer? In Shaa Allah... :-).

Owhh sebelum tu, lupa nak cakap, jangan risau, dari segi keselamatan, mereka ada pasukan "first aider" yang terlatih dari "Malaysia Red Crescent". Dan di bawah adalah maklumat lokasi, no telefon, e-mel dan juga waktu operasi untuk makluman anda.


Untuk Maklumat Dan Keterangan Lanjut:

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Menarik... Kalau mampu mmg wajib hantar g kelas ni...sbb sukan sunnah kan..

    ReplyDelete
  2. budak2 mesti suka la lau psl main air ni,,kann =D

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !