Sindrom PELUPA | “I Tend To Be Forgetful”

Farah Waheda Wahid
1
Sumber dari Google
Insiden 1:

08.03.2016


“Parking” kereta pada waktu pagi di sebelah kiri bangunan pejabat, bila tiba pukul 6.00 petang nak balik, tiba-tiba jadi tak ada klu dan jadi tak ada idea dimanakah sebenarnya kereta diletakkan. Muahahahaha….Sudahnya… Pergi ke bahagian kanan bangunan lihat dulu, ok kereta tak ada di situ, kemudian pergi ke bahagian kiri bangunan. Oooo, rupanya “parking” di sebelah kiri bangunan… Ahaksss… 

09.03.2016

Pergi ke tandas, letak telefon di atas kaunter yang ada di dalam tandas tu, lepas tu terus keluar! Lupa nak ambil telefon. Bila nak guna telefon, menggelabah mencari, tiba-tiba teringat pergi ke tandas tadi tak ambil telefon. #ehhh tapi yer ker? Betul ke? Keluar tak ambil telefon? Belum pernah lagi Farah tinggalkan telefon di mana-mana kerana memang Farah tau Farah bukan jenis yang boleh hidup tanpa telefon punnn…Ha ha ha… Pergi ke tandas semula, dan cuba mencari, tak ada! Ahhh sudah…Dah mula panic…Bha ha ha…

Cuba pergi semula ke “workstation”, tengok elok terletak jer depan pencetak “access card”…rasa nak gelak guling-guling pun hado. Adoilahhh haiii, ni sama ada memang diri sendiri yang bawa keluar dan letak di situ ataupun seseorang yang baik hati yang tolong ambilkan dan letakkan di atas meja. Hu hu hu…

Dah kenapa? Sejak dua hari lepas ni, jadi pelupa sesangat nih! Menjadi seorang yang PELUPA sesungguhnya ternyata tidak kepada golongon warga emas sahaja yer? Zaman sekarang ni ramai manusia jadi PELUPA di usia muda. Ahakss… Termasuklah diri ini semenjak 2 hari yang lepas. Entah kenapa entah? Banyak sebenarnya yang boleh menyebabkan penyakit PELUPA di usia muda ni…

DEPRESI
Rasa putus asa dan kurangnya minat pada hal-hal persekitaran. Kadang-kala orang-orang seperti ini sering berada pada dunia dan fikirannya sendiri. Mereka juga kerap memikirkan kenangan masa lalu dan terlalu khuatir tentang masa depannya. ~ Ok, bab depresi ni kakak “safe”…Ha ha ha… Tak lah pula sampai ke tahap itu.

STRES
Ketika kita sedang stress, tubuh mengalami hal di luar kebiasaan. Stres juga menandakan kemungkinan otak bekerja terlalu keras sehingga memperlambatkan proses “encoding”, menyimpan dan mengingat informasi di dalam otak. Jika PELUPA itu disebabkan oleh perkara ini, perkara yang terbaik yang boleh anda lakukan untuk melupakan penyakit PELUPA itu adalah dengan menghilangkan stress terlebih dahulu. Maknanya, kenalah selesaikan masalah yang kita hadapi tu dulu, tidur yang cukup dan kena pergi segarkan semula diri dengan berjalan-jalan ataupun bersukan. Ha ha ha, rasa lebih kepada yang ini kot? Macam nak kena bercuti jer ni?

“OVERLOAD”
Farah ada terbaca, bahawasanya berdasarkan sebuah kajian di Glasgow, menyatakan, orang menjadi lebih PELUPA disebabkan oleh gaya hidup yang sibuk dan kelebihan informasi (dari telefon pintar, televisyen, radio dan internet). Aikkk??? Ha ha ha… Dari segi pandangan kedoktoran, perkara ini diidentifikasikan sebagai kerosakan kognitif subjektif (Subjective Cognitive Impairment / SCI). Cara rawatan yang dilakukan sama seperti mengubati penyakit Alzheimer. Tapi dosnya berbeza ok? Dosnya adalah jauh lebih rendah.

TIROID
Gangguan tiroid, seperti hipotiroidisme dan hipertiroidisem, dikatakan boleh mempengaruhi kebingungan mental dan ketidakmampuan untuk mengingati sesuatu perkara di dalam satu tempoh waktu yang lama. Penyelesaiannya adalah dengan mengubati masalah tiroid yang dihadapi.

KURANG TIDUR
Kurang tidur juga dapat menyebabkan penyakit PELUPA. Akan tetapi yang biasa dan ketaranya adalah bila anda stress anda akan kurang tidur. Apabila anda stress, kebiasaannya pemikiran akan lebih fokus kepada masalah dan itulah yang membuatkan anda kurang tidur. Kalau anda memang kurang tidur pada waktu malam, cari jalan untuk tidur di waktu siang. Ganti balik…He he he… Tidur siang juga kadang kala membantu.

DIET
Salah satu yang menyebabkan anda kehilangan memori boleh disebabkan oleh diet. Diet yang tidak betul dan kena pada caranya membuatkan tubuh anda kekurangan vitamin yang diperlukan dan juga gizi yang diperlukan. Yang terbaik adalah diet seimbang.

ALKOHOL DAN NIKOTIN
Yang kuat minum arak, yang kuat merokok. Hati-hati yer? Sebab ianya adalah satu faktor yang boleh menyebabkan penyakit PELUPA. Ketika seseorang sedang mabuk, memang takkan ingat apa yang diceritakan atau dikongsikan. Serupa dengan ketagih nikotin, ia boleh mengakibatkan sel-sel otak kehilangan kawalan seperti ketika meminum alcohol berlebihan.

TRAUMA
Macam-macam jenis trauma boleh terjadi. Trauma dapat mempengaruhi otak yang merupakan pusat memori, kecerdasan emoi dan lain-lain.

ALZHEIMER
Alzheimer ni tahap yang lebih serius. Hilang memori dan kemampuan kognitif anda. Penyakit ini mempengaruhi kesihatan mental.

Tidak mustahil memori otak kita boleh menjadi kurang produktif di usia muda. Penyakit PELUPA di usia muda salah satunya disebabkan gaya hidup yang tidak sihat. Hu hu hu, tak kiralah sesiapa pun, sebenarnya perlu menjaga dan merawat otak.  Kena cegah dari sekarang…Ekekeke… Apa yang boleh kita lakukan?
  • Makan makanan gizi seimbang dan mengandungi vitamin.
  • Latihan otak supaya otak kita segar kembali, seperti rajin membaca buku, berblog, bermain catur.
  • Bila dah ingat tu, buat masa tu juga, jangan tangguh-tangguh. Bila dah selesai baru mulakan yang lain. Satu persatu.
  • Rehat yang cukup.
  • Catat sesuatu perkara supaya tak mudah lupa.

Bila dah mula jadi PELUPA ni, ianya bukannya sesuatu perkara yang boleh dibuat lawak atau dijadikan “for the sake” nak penuhkan entri blog…Ha ha ha…Tapiii, sebenarnya kena ambil perhatian dan analisis kembali apakah sebab musababnya boleh terjadi macam tu. Ada orang kata, bila dah pernah melahirkan anak, memang itu sindromnya… He he he… Boleh jadi yer…Sebab bila dah jadi mak-mak ni, akan kurang tidur, kurang rehat dan kadang-kadang boleh jadi “overload”…

Jadi tak mustahil… Tapi tidak mustahil juga yang belum melahirkan anak dan orang lelaki tak akan jadi PELUPA yer…Ihikss… Ada contoh lelaki yang PELUPA…Ramai jer kat luar sana tu…

Nasib baiklah jalan pulang ke rumah tak lupa…Wakakakaka…Masih ingat lagi… Tapi Farah akui-lah sekarang ni memang “OVERLOAD” dan banyak sangat perkara yang Farah fikirkan… Tu yang jadi begitu tu… “Tend to forget things”…. Bha ha ha… Semoga ini cumalah “temporary” sahaja. Kena pulun Saffron bebanyak ni nampak gayanya... :-P 

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Apa khabar Farah....sihat ? Lama tak singgah sini.
    Tulah tu.... kekadang ada gak kena sawan lupa. Sampai nak terkencing rasanya mengingat barang yg lupa tu letak kat mana...Nampaknya kena makan banyak kismis kita ni Farah....

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !