Seronoknya Dengar Sebutan Firash...

Farah Waheda Wahid
4
Sumber diubahsuai dari Google
Walaupun ceritanya biasa-biasa, tetap nak bercerita juga...:-P... Iya orang lain pun ada anak juga, orang lain pun bercerita juga tetapi bagi seorang ibu yang pertama kali bergelar ibu dan juga pertama kali melalui, memang begini gamaknya keterujaan diri tu nak bercerita. Ha ha ha, lagipun dia seorang jer kan? Nak bercerita tentang siapa lagi kalau bukan dia? Maka kita ceritalah tentang dia. Tentang Iman Firash. :-).

Fasa terbaru yang perlu diterima dengan keterbukaan hati dan juga minda. Sedang sibuk menambahkan kosa kata. Di dalam masa yang sama, Farah cuba juga membantu dia di dalam proses menambahkan kosa kata ini. Apa yang termampu, apa yang boleh, kita sebagai ibu bapa bantulah yer tak? Lagipun dah berusia 2 tahun 3 bulan. Beberapa bulan jer lagi nak menginjak ke usia 3 tahun. Besar tinggi dah anak Mommy ni rupanya. Yeayyy!!! Firash dah besar... Alhamdulillah, syukur pada Allah. 

Satu perkara di dalam proses melancarkan sebutan dan juga menambah kosa kata ni, sebenarnya setiap hari Farah tergelak bila mendengar sebutan demi sebutan yang Ash keluarkan. Ada masa terpaksa tahan air dari tersembur ketika sedang minum dan ada masa memang seisi rumah boleh pecah perut bergelar ketawa sampai air mata boleh bergenang. Hiburan baru dalam rumah. Janganlah salah anggap yang kami ni tergelak kerana menggelakkan sebutan yang kurang betul ataupun tidak berapa nak betul bunyinya tu. Jangan mudah nak menganggap yer? 

Cumanya, terasa comel dan terasa geli hati dengan cara ekspresi Ash setiap kali dia menyebut. Dan "most of the time", Mommy akan bertepuk tangan sambil mengatakan Ash pandai sambil mencium dahi dia setiap kali dia berjaya melakukannya dengan baik. Psst, dalam hati sebenarnya terselit rasa bangga dengan perkembangan anak sendiri cumanya rasa bangga itu bukanlah untuk menjadikan Farah seorang yang riak. Tak terlintas pun, cuma perasaan normal seorang ibu bila melihat anaknya sedang berkembang. Perasaan mak-mak kan??? Ada ruang dan kesempatan, Farah rakamkan video sebagai tanda kenang-kenangan untuk kami. Alhamdulillah, walaupun banyak dugaan serta rintangan, perjalanan kehidupan kami berdua beranak memadai indahnya. Sobsss, bila Ash besar nanti mesti Mommy rindu sangat-sangat detik-detik indah ni. Tapi nak buat macam mana kan? Masa akan tetap berjalan dan anak akan tetap membesar. Ianya tidak akan terhenti. Bersyukurlah diberikan kesempatan oleh Allah SWT untuk merasai detik kehidupan yang ini. 

Antara sebutan-sebutan yang Farah boleh kongsikan di sini adalah: 




Begitulah serba sedikit, semakin Farah dengar, Farah semakin nak mendengar lagi Ash menyebut perkataan-perkataan dengan lebih banyak. Mak-mak mungkin begitulah perasaannya walaupun mungkin tak semua. 

Sekali lagi, wahhh, cepat sungguh tempoh 2 tahun 3 bulan itu berlalu, sekarang dalam proses menambah kosa kata dan membentuk perkataan dah. :-). Selepas ini, akan muncul pula fasa bertanya! Itu pun dah mula tanya ... Apa? Apa?... hik hik hik... tunggulah nanti bila dia dah mula susun perkataan dan membentuk ayat pertanyaan, masa tu sah-sah Mommy berpeluh nak menjawab, terutama soalan-soalan yang memang mencabar. Soalan cepu emas bertatahkan berlian. Hua hua hua... Siap sedia jer lah Mommy yer? 

*Dah pandai "request" suruh telefon abahnya dah sekarang... untukmu anak, Mommy usahakan dan Abah pun cuba curi masa nak telefon juga, tang mana yang sempat supaya tidak mengecewakan permintaan si anak...:-). 

Post a Comment

4Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Kakak boleh click berkali-kali dek nak dengar Ash sebut hihi..
    Kalau kakak pun suka apa lagi Farah mommynya:)

    ReplyDelete
  2. Memg teruja kan...seronok tgk perkembanganan anak nii

    ReplyDelete
  3. waahhh teman tengok yang teruja dengan Ash sebut..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !