“Pushy Parents”

Sumber dari Google
Kaedahnya… Ibu bapa “selalu tahu apa yang terbaik bagi anak-anak”. Mentaliti sebegini melekat di dalam hati dan kotak pemikiran segelintir ibu bapa. Tidak peduli anak-anak masih kanak-kanak lagi, remaja ataupun sudahpun memasuki alam dewasa. Makanya, ruang untuk anak membuat pilihan dan juga keputusan diri sendiri pun jadi terbantut sejak dari awal lagi. Semuanya HARUS ditentukan oleh ibu bapa. Mari berhuhuhu… Kesian dengan anak-anak yang menjadi mangsa keadaan begini. Mangsa keadaan? Bagi ibu bapa yang berpemikiran segalanya perlu ditentukan oleh mereka, ianya hanya dilihat semata-mata untuk kebaikan anak-anak mereka… Mereka yakin itu sahaja caranya… Tiada lain…

“Kenapa cuma 7/10 sahaja? Ini mesti tidak betul-betul teliti sewaktu menjawab ni? Susahlah begini, jika kerap ada salah sahaja! Haaa…sebab tu jangan banyak main. Anak Mommy kena macam mana pun dapatkan 10 atau 9 markah paling kurang.”

“Kenapa sekerat sahaja bacaannya? Kan Mommy dah cakap banyak kali? Hafalkan semuanya dengan baik-baik?”

“Kalau nak sambung belajar nanti ambil jurusan perubatan. Untung-untung jadi doktor boleh juga rawat Mommy sakit. Masa depan pun lebih jelas. Kakak-kakak, sepupu-sepupu, pakcik-pakcik dan makcik-makcik tu boleh jer ambil jurusan perubatan? Jadi kamu pun boleh juga!”

Owhhh… “Pushy Parents”, Mengaku Sayang, Tetapi Berkelakuan Seperti Raja
Disedari atau tidak, di dalam mendidik anak, ada ibu bapa telah menanamkan serta menegaskan bahawasanya ibu bapa selalu tahu apa yang terbaik bagi anak-anak mereka. Atas sebab sayang, atas sebab kasih, mereka pun berjuang habis-habisan, rela “jatuh bangun” untuk mengerakkan roda kehidupan demi memenuhi dan mendapatkan yang terbaik bagi anak.

Adakah salah dengan mempunyai keinginan untuk menginginkan yang terbaik untuk anak-anak? Tentulah tidak bahkan harus. Tetapi, bukanlah sehingga caranya ianya mengarah pada KEHARUSAN, di mana keinginan, harapan hingga ukuran keberhasilan ibu bapa telah dijadikan rujukan utama bagi anak-anak. Bila ini terjadi, boleh jadi, bukannya kebaikan yang terlihat di zahir yang diperolehi oleh anak-anak. Ada juga impak dalamannya kepada anak-anak yang mungkin tidak kita sedari.

Disebabkan keadaan KEHARUSAN yang ada di dalam pemikiran anak-anak, ada di kalangan anak-anak yang kehilangan motivasi dalaman yang datang dari dalam diri sendiri sebaliknya disebabkan oleh ibu bapa yang telah meletakkan syarat HARUS DICAPAI, yang mana ianya dikenali sebagai “pushy parents”.

Ciri khasnya, anak HARUS IKUT KEINGINAN IBU BAPA, dilakukan cepat, sekarang juga sehingga yang selalu berlaku ANAK TIDAK MEMPUNYAI SUARA UNTUK MEMILIH ATAU MENUNJUKKAN KEINGINAN DIRI SENDIRI. “Pushy parents” ini seakan sudah menjelma ibarat Raja yang segala kehendaknya merupakan yang tidak boleh dibantah.

Macam mana atau apakah indikasi yang mengatakan kita ni sebenarnya adalah tergolong di dalam kategori “pushy parents”??? Ya ampunnn…mohon dijauhkanlah hendaknya…Kesian kat Firash oiii… Melalui satu artikel yang Farah pernah terbaca, ada tiga kata kunci yang mudah dilihat pada pola komunikasi ibu bapa – anak-anak. Iaitu pola perintah, ancaman dan kritik.

Cuba semak pola komunikasi atau cara komunikasi kita kepada anak-anak, bila kita lebih cenderung menggunakan gaya memerintah, mengancam atau mengkritik maka kita sudah termasuk di dalam kategori “pushy parents”. Dan diingatkan, jangan anda rasa anda ni cakap lembut, sopan santun lemah gemalai anda tidak mungkin dikategorikan sebagai “pushy parents” ok? “Pushy parents” boleh terjadi kepada semua ibu bapa, sama ada yang sememangnya bersuara tinggi, keras ataupun lembuh, sopan-santun serta lemah gemalai.

Yang lembut ni jenisnya…Mungkin… “Kamu ni, jangan buat begini, begitu mesti ikut cara begitu, baru menjadi…”, “Hurmm…cuba lihat si A tu…”… Bunyi dalam tonasi lembut jer… tapi sebenarnya boleh jatuh kepada “pushy” juga… Bak kata orang dalam lembut tetapi makan dalam gittew…

Ada lagi, ada lagi… “Suka hatilah kalau itu yang kamu suka. Tetapi Mommy ada rasa terkilan sedikitlah…”…Ha gittew…Buat anak rasa serba-salah gittew…

Mungkin ada yang sedar, dan mungkin ada juga yang tidak sedar… bila selalu sangat jadi diktator ni… di dalam soal apa yang terbaik untuk dijadikan pilihan, dicita-cita, dilakukan…dalam masa yang sama juga ibu bapa sebenarnya telah pun memadamkan inisiatif, kreativiti dan juga jati diri anak. Bila anak berulangkali tidak diberi kesempatan untuk memilih, lama kelamaan dia akan kehilangan motivasi untuk berbuat sesuatu ataupun berkeinginankan sesuatu. Kreativiti pun tersekat. Akhirnya anak cenderung untuk tidak menjadi diri sendiri dana mat bergantung kepada kedua ibu bapa.

Kedewasaan itu kan tidak hanya matang secara fizikal sahaja? Tetapi juga emosi dan spiritual. Tidak salah kita memikirkan apa yang terbaik untuk anak, melakukan apa yang kita rasa baik kepada anak akan tetapi janganlah sampai jadi diktator sangat, semua mesti ikut kita sampai tiada ruang untuk mereka, jangan sampai anak-anak jadi tidak mempunyai konsep diri yang positif, kepercayaan diri yang rendah, selalu berfikir tidak mampu untuk memutuskan sesuatu yang bersesuaian dengan keinginan mereka dan jadi takut kepada kegagalan. Bukan tak ada contoh, dalam filem pun ada… Hu hu hu…Contohnya kannn? Dah kahwin tetapi masih lagi suka menyuruh ibu bapa untuk membuat keputusan tentang hidup kalau berlaku apa-apa.

Kalau dibiarkan sangat pun tidak boleh kan? Anak tetap perlu dipantau dan diatur. Kenalah fleksibel. Jangan jadi diktator. Tak perlu ekstrem sangat oiii… Semua orang nak yang terbaik untuk anak-anak masing-masing… Farah pula percaya, ya betul kita perlu atur, tetapi aturan kita biarlah yang bersesuaian dengan jiwa, tabiat dan minat anak agar mereka taklah rasa kita ni macam raksasa gorgon yang akan makan mereka jika mereka tak bersetuju dengan aturan kita. Sedangkan kalau nak jalankan sesuatu projek di sesebuah syarikat pun kena bermesyuarat untuk mencapai kata sepakat dengan persetujuan semua pihak yang terlibat…Inikan pula anak yer tak? Heeee… Atur anak mengikut susur galur minat atau “passion” mereka supaya mereka gembira melakukannya… Kalau nak timbulkan minat…Sebelum atur, cuba-cubalah psiko anak untuk turut berminat… Ibarat kita, kalau buat sesuatu yang kita tak minat…Rasa terseksa sangat oiii! Ha gittewlah rasanya…

Meskipun kedudukan ibu bapa adalah sebagai pemimpin, namun kepimpinan yang baik adalah kepimpinan yang seimbang, yang “proportionate”. “Pushy pushy” sangat…lama-lama jiwa anak tu makan dalam…emosi terganggu, tertekan, psikologi terganggu… Risau juga yer tak?

*Doa banyak-banyak semoga jadi seorang Mommy yang fleksibel tetapi cukup tegas supaya anak menjadi orang… Minta dijauhkan dari jadi “pushy Mommy”… In Shaa Allah…Amin…   

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel “Pushy Parents” , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, March 30, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

3 comments:

  1. Betullll. :) Kesian kekadang anak-anak tak boleh buat keputusan sendiri. Sentiasa dikongkong, Tak salah kan kongkong, tapi kena ada cara. (h)

    ReplyDelete
  2. Actually kita kena jgk tgk ape minat anak kita...Dari situ kite boleh slow2 faham kelebihan & kekurangan dia.Dari situ jgk kita as parent sepatutnya dh boleh fikir perkara yg terbaik kite perlu buat & pantau ikut minat die. Tapi bukan senang..Kita kena betul2 faham kenapa dia minat satu2 perkara tu..Barulah kita boleh jadi bestfriend kpd anak kita..huhu..Sy sendiri tgh usaha utk mnjadi bestfriend pd Qaisara..Mencabar wehhh...huhu

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY