Penyebab Pendarahan Di Akhir Kehamilan

Farah Waheda Wahid
0
Sumber dari Google
Kalau diingat-ingatkan kembali sewaktu hamil-kan Iman Firash, Alhamdulillah, tak ada masalah “spotting”, tak ada masalah pendarahan. Akan tetapi, jika diingat-ingat kembali, ada di antara rakan-rakan hamil yang mengalami masalah “spotting” ataupun pendarahan. Tidak dinafikan memang ada di antara kalangan kita yang mengalami masalah “spotting” atau masalah pendarahan sepanjang tempoh kehamilan. Walaupun tidak mengalaminya, tetapi Farah faham bagaimana rasanya dan perasaannya jika berlaku “spotting” ataupun pendarahan. Risau, bimbang dan menjurus kepada tekanan.

Menurut sumber di SINI, ianya boleh berlaku sama ada di awal kehamilan ataupun di akhir kehamilan. Pendarahan yang berlaku bukan boleh dipandang enteng atau diambil remeh, ianya perlu diberikan perhatian yang khusus. Sebarang titisan darah yang keluar dari vagina sepanjang kehamilan perlu dirujuk kepada doktor dengan segera supaya rawatan lanjut dapat dilakukan bagi menyelamatkan kandungan. 

Pendarahan di akhir usia kehamilan berlaku disebabkan oleh masalah plasenta atau uri ibu sendiri. Sesetengah pendarahan boleh juga disebabkan oleh keabnormalan serviks atau vagina. Berikut adalah beberapa masalah yang menyebabkan pendarahan di akhir kehamilan.

Ohoiiii sinonim sangat Plasenta Previa ni dengan kakak oiii…Masalah yang dihadapi sewaktu kehamilan Iman Firash dulu. Alhamdulillah tak ada sampai ke peringkat pendarahan. Syukur sangat-sangat, walaupun Mommy dia ni jenis yang tak reti duduk diam dan melasak. “Gynae” dok puaslah nasihat suruh “bed rest” dan juga jangan lasak sangat…Tapi tawakal jer lah…Kalau awak sendiri yang tak bergerak siapa yang nak bergerak dan tolong. Jadi sendiri kena tolong diri sendiri oiii… Bukan Tahap 1, tetapi Tahap 2 ko… 

Apabila serviks meregang di akhir kehamilan sebagai persiapan awal untuk proses kelahiran sesetengah saluran darah plasenta akan meregang dan pecah. Ini penyebab antara 20% pendarahan di trimester ketiga dan berlaku kepada 1 dalam 200 kehamilan.

“Placenta Abruption”
Keadaan ini timbul apabila plasenta yang normal berpisah dari dinding Rahim ketika pramatang dan darah berkumpul antara plasenta dan Rahim. Hal ini berlaku kepada 1 dalam 200 kehamilan. Penyebabnya masih belum diketahui.

Rahim Pecah
Apabila keadaan ini berlaku, ia boleh menyebabkan bayi tersingkir ke bahagian abdomen. Rahim pecah amat jarang berlaku tetapi sangat berbahaya kepada ibu dan bayi dalam kandungan. Rahim pecah boleh berlaku sebelum dan semasa proses kelahiran atau di saat anda mahu melahirkan.

Saluran Janin Pecah
Keadaan ini berlaku kepada 1 daripada setiap 1000 kehamilan. Saluran darah bayi daripada tali pusat mungkin bersambung dengan “membrane” dan bukannya plasenta. Jadi, saluran darah bayi mengalir ke pintu masuk saluran kelahiran. Hal ini turut dikenali sebagai vasa previa dan berlaku kepada 1 dalam 5000 kehamilan.

Sebab-Sebab Lain
Sebab lain yang kurang biasa berlaku adalah serviks atau vagina mengalami kecederaan atau luka. Masalah ini termasuklah polyps, cancer dan varicose veins.

Jadi, ibu-ibu yang baru hamil atau sesiapa yang bercadang untuk hamil dalam masa terdekat ni, sila ambil tahu segala punca, sebab dan apa yang mengakibatkan perkara ini berlaku supaya “equip” dengan “knowledge” dan tidak terlalu pening atau tertekan memikirkan apakah penyebabnya. Panik tu tetap ada, tetapi sekurang-kurangnya anda tahu sebabnya kan? 

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !