Pantang Nampak Beras Mentah!!!

Farah Waheda Wahid
4
Sumber dari Google
Biasanya Farah ada mendengar bahawasanya ada sesetengah wanita sewaktu berbadan dua, gemar sangat memakan beras mentah. Sepanjang 33 tahun usia, ada juga beberapa kali Farah berhadapan dengan wanita hamil yang suka sangat makan beras mentah. Seronok dan ralat jer tengok mereka meratah beras mentah tu. Jadi makan beras mentah tu bukanlah satu perkara yang luar biasa ataupun pelik sangat. 

Nak tau tak? Yang sebenarnya sekarang ni adalah seseorang tu, dia pantang nampak beras mentah ataupun tabung beras dibuka. Pasti akan berlari-lari anak untuk segera sampai ke tempat simpanan beras dan cuba untuk mencuri peluang untuk mengambil sebarang sebutir dua beras mentah dan kemudiannya makan beras mentah tu! Siapa? Cuba teka? Bubblynotes.Com ni ceritanya kalau bukan Ash, adalah Mommy... Kalau bukan Mommy, akan ada selit sikit-sikit cerita tentang Abah dia, Nek Ma dia serta Atuk dia... salah seorang lah antara kami... Tapi takkanlah Abah, Nek Ma dan Atuk pula kan? Dapat agak tak siapa? Orangnya adalah...


Takkanlah Mommy pula kan? Tak ada sebab dan asbab Mommy dia nak makan beras oiii.... Tak pernah lagi dibuat. Akan datang tak taulah kalau-kalau kot-kot teringin pula kan? Mungkin tidak kot? Sesuatu yang di luar kebiasaan kelakuan serta kegemaran seseorang seharusnya diambil tahu. Terutama anak-anak kecil. Sangat penting untuk ambil tahu. Apakah kesan, akibat, risiko dan sebagainya. "Yeah, I might be sounded so freak out about it!" Dan mungkin akan ada yang memandang sebenarnya perkara ini tidak perlulah diperbesar-besarkan. Benda kecik jer... 

Mungkin ada juga yang tahu akan kesan, akibat dan risiko tabiat memakan beras mentah ni dan mungkin juga sebenarnya tak ramai orang tahu. Perkara yang nampak tak ada apa ini sebenarnya ada memberikan kesan kepada manusia. Jika orang dewasa mendapat kesan, apatah lagi kanak-kanak kan? 

Menurut hasil pencarian maklumat Farah dari sumber di SINI... walaupun tiada kepastian yang betul-betul pasti dan masih di dalam fasa penyelidikan para medik...

Kesan Langsung Bagi Kesihatan Akibat Daripada Tabiat Memakan Beras Mentah: 
  • Dapat menimbulkan sakit perut dan cirit birit diakibatkan oleh beras yang mungkin tidak bersih atau sudah terkontaminasi dengan bakteria atau virus.
  • Dapat menimbulkan penyakit usus akibat ketidakmampuan atau lambatnya usus untuk mencernakan beras ini. 
  • Dapat menyebabkan kecacingan kerana kemungkinan beras yang dimakan tersebut telah terkontaminasi dengan telur-telur cacing.
  • Dapat mengakibatkan kerosakan gigi secara kekal kerana masuknya butiran halus beras di celah-celah gigi, terutama jika memakan beras sewaktu sebelum tidur.
Kesan Tidak Langsung Akibat Tabiat Memakan Beras Mentah Bagi Kesihatan:
  • Dapat mengakibatkan tubuh kekurangan karbohidrat kerana lambatnya proses pencernaan untuk mencerna beras di dalam perut jika dibandingkan dengan memakan beras yang telah dimasak.
  • Dapat menyebabkan kerosakan ginjal dan penyakit kanker akibat racun yang digunakan petani sewaktu menanam padi masih terdapat pada beras tersebut.
Secara logiknya, memanglah boleh diterima akal apa yang disampaikan oleh artikel ini. Beras yang kita beli sememangnya nampak putih bersih. Kadang- kadang wwarnanya kekuningan juga yer tak? Kadang-kadang nak masak nasi tu sewaktu mencuci beras boleh terjumpa ulat beras. Mana datang bersihnya beras sebelum dicuci? 

Mujur belum tahap kronik kerana masalah ni baru jer berlaku 2 hari yang lepas. Memang sewaktu pertama kali berlaku, Farah biarkan, cumanya dalam hati ada terbit rasa kurang selesa. Tergerak hati dan bagai dipanggil-panggil untuk menelaah segala maklumat yang mungkin berguna. Kali kedua Farah dah melarang. Menangis dia sebab tak dapat nak makan beras tu. 

Setelah membaca artikel yang Farah dikongsikan maklumatnya di dalam entri ini, memang tak akan ada ruang dan peluang lagi untuk Ash memakan beras mentah. Bagi Farah, biarkan dia menangis kerana tidak mendapat sesuatu mengikut kehendak hati dia yang mana jika dipenuhi tuntutan itu, ianya hanya akan membawa kesan negatif. Kalau dalam bukan dalam jangka masa panjang mungkin jangka masa singkat. Biar menangis sekarang, dari menangis kemudian hari. 

Bagi yang mempunyai tabiat memakan beras mentah, atau anak-anak yang suka memakan beras mentah tu, cuba-cubalah hentikan tabiat tersebut. Mencegah adalah lebih baik dari mengubati.

Post a Comment

4Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Setahu akak org makan beras mentah tu petua utk hilangkan bau mulut selepas makan petai je..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba cik Norma on YouTub mukbang makan beras....

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !