"No" Nasi!!!

Farah Waheda Wahid
2

"No" nasi!!! Uhuksss... terkebil-kebil sekejap mata Mommy ni ha Firash... Haaa... Tu dia! Sejak "vocab" sedang giat bertambah ni, sejak mula pandai ekspresi rasa ni... dia dah mula dah, dah mula... dah mula buat Mommy dia jadi tergamam, tergumam dan "speechless" dengan reaksi spontan bersahaja dia tu. Ha ha ha... baru ada akai Mommy yer tak?

Susah payahlah Mommy dia ni bawa pinggan yang berisi nasi dan lauk dari dapur...Susah payahlah Mommy dia ni berkejar-kejar masak sebab takut dia lapar... Alih-alih, bila dah siap segala semua dan tiba masa untuk makan, dia boleh sebut "no" nasi??? Sobs, kecik hati Mommy ni tau tak Ash. Ha ha ha.... Tak adalah, ok jer sebenarnya. Cuma itulah pertama kali perkataan seumpama itu terkeluar dari mulut Ash. Bukan sekali, tiga kali dia tegaskan.

Firash ni, kalau sekali dia dah kata tak nak, dua kali dia kata tak nak, tiga kali dia kata tak nak, itu bermaksud memang dia betul-betul tak nak. Maka janganlah dipaksa-paksa lagi ok? Ini tak taulah ni sama ada "so the Mommy attitude" atau "so the Abah attitude". Bha ha ha, rasanya dua-dua pun sama jer. Menurun ke anak nampaknya. Sesetengah perkara, makan masa sedikit nak lembut hati.

Errr, seakan masih tak percaya lagi perkataan itu yang terpacul dari mulut Ash untuk memberitahu bahawasanya dia tidak mahu makan nasi. Selalunya kalau tak nak, menggeleng-geleng sambil sebut "no" sahaja. Tiba-tiba ada penambahan perkataan pula yer? Ha ha ha...

Bila dah kata "no" tu, tidaklah nak memaksa benar. Itu keputusan dia bahawasanya dia tidak mahu makan nasi pada ketika dan waktu itu. Maka, hormatkan keputusan dia buat sementara waktu. Ada masanya, kita perlu mendengar apa yang anak ekspresi, apa yang anak luahkan, apa yang anak sampaikan. Situasi begini sebenarnya sedikit sebanyak mengingatkan Farah, bahawasanya kita sebagai ibu bapa juga perlu menghormati keputusan anak di dalam beberapa situasi, keadaan dan perkara sebagaimana kita mahu mereka menghormati diri serta keputusan kita. :-).

Menghormati keputusan anak berdasarkan relevan sesuatu perkara, situasi dan keadaan. Bukan bermaksud, menghormati setiap keputusan anak dan ikutkan sahaja kehendak mereka. Sebelum mengambil keputusan untuk menghormati keputusan anak, kita perlu berfikir dan perlu menimbal baik buruk terlebih dulu. Kemudian, jika kita rasa kita patut akur dengan keputusan anak itu, kita belajar untuk hormati pendirian serta keputusan mereka juga. Kerana? Anak-anak kita juga manusia yang mempunyai suara hati serta pendapat mereka yang tersendiri. Sesekali kita perlu mendengar, sesekali kita perlu menghormati untuk elakkan masalah yang lebih besar berlaku seperti contohnya anak-anak berperang dengan jiwa mereka serta memberontak di dalam hati.

Fikirkan dari pelbagai aspek dan sudut sebelum membenarkan emosi diri kita untuk menghormati keputusan anak-anak. Kena ingat, tidak semua keputusan anak-anak itu positif. Kena lihat kesan jangka panjang. Bak kata orang, jangan sampai mereka memijak kepala ibu bapa mereka sendiri. Selagi ia tidak memudaratkan kita wajar untuk menimbal keputusan mereka sama ada boleh diterima atau tidak boleh diterima. Di dalam masa yang sama, sebenarnya kita melatih anak untuk membiasakan diri untuk membuat keputusan diri sendiri sejak dari kecil untuk masa akan datang kelak. Jika lelaki, mereka bakal menjadi pemimpin dan ketua keluarga. "Well, I just see it as a point of lifeskills learning process". 

Di dalam kes "no" nasi ni, dari sudut yang positif, Farah memandang perkara ini dari dua sudut kemungkinan. Pertamanya, mungkin dia masih lagi terasa kenyang kerana belum sampai sejam pun dia menyusu. Keduanya, mungkin sewaktu itu seleranya untuk makan nasi belum tiba. Macam kita-kita yang dewasa ni juga, ada masa "we just don't feel like we want eat something heavy or anything, right?". 

Dari sudut negatifnya pula??? Farah memandang jika setelah beberapa jam selepas itu dia masih tidak mahu makan nasi, mungkin perut dia akan masuk angin, mungkin akan lapar dan seterusnya membawa kepada "tantrum". Tidak mengapa "no" nasi untuk seketika. Selepas itu, selepas beberapa jam Farah akan cuba memujuk dia untuk makan. :-). 

Mungkin isu yang dikupas tentang menghormati keputusan anak ini berbeza-berbeza pandangan dari individu yang berlainan. Tetapi, inilah apa yang Farah fikirkan dan inilah pandangan Farah. Pandangan, pendapat dan cara kita mendidik anak-anak masing-masing mungkin berbeza dan tidak serupa. Setiap individu ada pandangannya yang tersendiri. 

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !