Mungkinkah Kerana Penangan Drama Aku Bukan BIMBO??!

Farah Waheda Wahid
3

"Beauty without brain is stupidity!".... haaa, macam tulah bunyinya entri yang telah dimuatnaikkan ke Bubblynotes.Com pada 19 Jun 2013, kira kira 4 tahun yang lalu. Err...lamanya dah entri yang bercerita tentang BIMBO ni. Tua dah Bubblynotes.Com ni rupanya! Ha ha ha... Nak dijadikan cerita, minggu ni tiba-tiba mencanak-canak naik bilangan tatapan pembaca ke atas entri ini. Di tangga teratas pula tu. Anda fikir apa yang Farah terfikir tak? Adakah ini mungkin disebabkan oleh ini:

Sumber dari Google

Selepas Isteri VS Tunang, inilah drama yang telahpun menggantikannya. #ehhh tiba- tiba rasa rindu nak tonton drama Isteri VS Tunang. Ahaksss tapi bukan sebab Hisyam Hamid tau. Sebab Saja AlYahya. Jujur diakui, untuk drama Aku Bukan BIMBO ni, Farah tak berapa ikuti secara mesti tonton setiap hari lagi. Sesekali tu adalah tonton bila terpasang. Buat masa sekarang, tak taulah kiranya nanti dah dekat hujung-hujung nak habis nanti jadi penonton setia pula kan?

Cerita ni tentang apa ek? Meh nak kongsi sikit sinopsis yang mungkin anda telah tahu pun. Saja nak kasi panjang lebar sikit entri...:-P.

Menurut sumber di SINI...

Dalam hidup Elsuraya, hanya seorang lelaki yang dinantikannya. Bukan bakal kekasih, jauh sekali bakal suami. Tetapi, seorang lelaki yang menyebabkan nyawa keluarganya diragut kejam. Dia ralat kerana tidak dapat bersama dengan keluarganya dan memegang status anak yatim piatu kerana lelaki itu. Siapakah lelaki itu sebenarnya? Azad? Ya ke?

“Astalavista loozzer! With double o and double z.”

Adakah kerana kata-kata yang dilontarkan bertahun dulu membuat jiwanya sentiasa parah dan terluka? Ingin sungguh dia bertemu dengan empunya suara jelik itu agar dendamnya terlunas.

Perkenalan Elsuraya dengan Dani Ikram membuahkan bibit cinta. SMS menjadi titik awal hubungan yang indah itu.

Dah gugel douchebag. Kejamnya. Do I deserve that? – Dani Ikram.
Do I deserve bimbo?- Elsuraya.

Tanpa disangka… Azad yang dibenci ialah sahabat baik Dani Ikram. Dan Azad pula… tidak sanggup memberitahu Elsuraya perkara sebenar kerana sayangkan persahabatannya dengan Dani Ikram. Dia rela dituduh ‘pembunuh’ walaupun hakikatnya insan lain yang menyebabkan tragedi hitam itu berlaku. Sementelah, hatinya sudah jatuh sayang pada Elsuraya. Dia tidak sanggup melihat sahabat baiknya dan wanita yang mula mengetuk pintu hatinya menderita.

Keadaan semakin rumit bila keluarga cuba menjodohkan Elsuraya dengan Azad. Apatah lagi mereka sangat rapat dengan arwah ibu dan bapa Elsuraya. Serasa mereka bertanggungjawab untuk menjaga dan melindungi Elsuraya.

“Su tak nak! Su benci Azad. Apa auntie merepek ni? Su takkan bertunang dengan dia.” – Elsuraya.

“Su, cuba tengok lagi jauh. Umur Su makin meningkat. Su perlukan orang untuk jaga Su. Keluarga Azad cukup baik dan mampu jaga Su macam anak sendiri dan Azad sendiri tak kurang apa pun. Lainlah kalau Su ada calon lain. Auntie tak akan paksa.” - Puan Rosanna.

Namun, Dani Ikram lebih pantas mendahului. Elsuraya cepat-cepat diikat agar tidak terlepas ke tangan Azad. Azad pula tarik diri demi kebahagiaan Dani Ikram dan Elsuraya.

Saat hubungan sedang memekar, sebuah kebenaran terbongkar! Ayat ‘astalavista loozzer…with double o and double z’ yang diungkapkan oleh Dani Ikram ketika mereka outstation di Seoul, Korea membuka mata hati Elsuraya. Ayat itu! Ayat yang membuatkan kedua-dua orang tuanya maut dalam kemalangan jalan raya.

“All along. It is you. All along. It is a lie.” – Elsuraya.
“Listen.” – Dani Ikram.
“Truth... that night, it was you! You were the one.” – Elsuraya.

Hati Elsuraya mula berbelah bahagi. Cintanya pada Dani Ikram dan dendamnya pada Dani Ikram. Dapatkah dia memaafkan lelaki itu sedangkan dendamnya masih membara? Dapatkah dia reda dengan ketentuan Ilahi sekiranya lelaki itulah jodoh untuknya yang telah tertulis di lohmahfuz? Kuatkah dia berperang dengan perasaannya sendiri? Semuanya bakal terjawab dalam BIMBO.

“Miss Bimbo versus Mister Douchebag.”
“Fantasi versus Realiti.”

Ha macam tu... #ehhh macam menarik pula jalan ceritanya... Farah tak tau sebab apa entri BIMBO ni meletopss minggu ni, tapi Farah tetap merasakan ianya ada kaitannya dengan drama bersiri ni. Sangkut juga kat entri ni... Kononlah konon..,Hua hua hua...

Ramai rupanya minat cari informasi tentang BIMBO ni... Pssst: dari dulu kalau sebut BIMBO mesti ingat watak kartun BAMBI...

Post a Comment

3Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. sy ikuti drama ni tiap2 malam..best gak tp adik dani ikram bingit laaa..

    ReplyDelete
  2. aida lom tgk lagi citer ni.
    ahad nanti tgk ulangan la :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !