Keek...keek...keek... dia kan??? Kusss semangattt... tiba-tiba boleh rasa macam kering darah dan berdetak jantung Mommy nak oiii... Firash bila akal dah sampai? Macam-macam ceritalah yang direkanya. Benda tu dahlah tak sestabil mana tapaknya dahlah fungsinya untuk bergoyang kan? Boleh dengan muka "cheeky" dan seronok-seronok macam tu dia melakukan cubaan memanjat dan berdiri atas tu?
Dilarang macam makin disuruh-suruh yang mana akhirnya membuahkan hasil sebegini:
Sebelum pergi terkam dia, rakam gambar dulu...(tak jauh mana pun Mommy dari dia... kira-kira kalau apa-apa sempat sambut lagi...In Shaa Allah)... Hu hu hu... Boleh di dalam pelatnya dia memanggil dan menyebut "Mommy...Cee Tish...Cee Tish..." yang membawa maksud... "Mommy...See This...See This..."... Ala-ala macam nak berbangga dengan hasil pencapaian sendiri lettew.
Itu sebabnya kalau dia main barang-barang permainan seumpama ini, Farah atau Nek Ma dia tak berapa nak gemar biarkan dia main seorang diri. Duduklah menghadap dia sebab dah tau dah... Mesti dia akan mencuba aksi-aksi "stunt" yang tidak terjangka. Ini adalah pertama kali dia melakukan aksi ini. Phewww... Lap peluh dingin sekejap. Iya anak lelaki, faham... Mana nak lari dari situasi sebegini bila akalnya sampai. Kitalah nak kena jaga dan pantau yer tak? Iman Firash ooo Iman Firash... Nak pengsan pun tak boleh... Ha ha ha...
Lepas sibuk-sibuk Mommy dia rakam gambar dia terus gi sambar dia dan turunkan dia... Karang kalau tergolek? Sia sia jer ooiii... Hu hu hu... Hantar gambar pada Abah dia, respons Abah dia "Boleh tahan"... Hu hu hu... Ash ni memang... Aktif tetapi tak adalah lasak sampai tahap buas... Cumanya kena perhati dia supaya tak berlaku insiden kecederaan atau jatuh yang tidak diingini... Ada orang kata biarkan sahaja, tetapi hati Mommy ni tak boleh nak biarkan sangat!!! Ha ha ha... Terutama bila bahagian episod sebegini...
Hari ni macam ni gayanya, esok lain pula akalnya... Dan ia akan terus-terusan dengan sesuatu "kejutan" baru dari semasa ke semasa... Kalau ikutkan Mommy dia memang payahlah nak beli barang permainan begini yang boleh mewujudkan keadaan sebegini...ekekekeke... Tapi ini adalah hadiah hari jadi dia yang lepas... :-)... Takkan nak buang kan? Kita terima jer lah seadanya... Cuma kena perhati dan pantau selalu, tidak boleh dibiarkan
step baru firash ni mommy...hihihi..
ReplyDeleteassalamualaikum
ReplyDeletesinggah pagi isnin
salam..
ReplyDeletewahhhh..ashhh!!kalo yaya ad kt sane da jerit pastu trus tngkap gomoi dak ash ni..hahahahahaha geram! ^o^
budak2 lelaki memang lasak...
ReplyDeleteBagus..otaknya berjalan ni hehehe. Cerdik Ash
ReplyDeletekena pantau ni...bahaya kalau dia sensorang panjang akal macam ni...
ReplyDeleteAmboi siap aksi stunt yer Firash ^-^
ReplyDelete