Menghilangkan Rasa Takut Berkhatan Di Kalangan Anak-Anak

Farah Waheda Wahid
3
Sumber dari Google
Pada tahun 2015, Farah pernah berkongsi entri bertajuk InformasiTentang Khatan Anak Lelaki…. Sebenarnya sambil-sambil belajar mengenai berkhatan anak lelaki (“obviously I have a son” kannn???), jadi kenalah ambil ilmu serba sedikit supaya ada “knowledge” tu bila tiba masa. Sebelum-sebelum ni, memang taklah nak ada pengalaman mengenai khatan kanak-kanak lelaki ni. Tengok kanak-kanak lelaki pakai kain pelikat selepas khatan ada…Hik hik hik… Pengalaman secara mendalam tidak! Lebih-lebih lagi tidak mempunyai adik-beradik kan? Apatah lagi adik-beradik lelaki… Bila dah ada anak sendiri dan kebetulannya lelaki, dah tentu-tentu pada masa akan datang, bila tiba masa, Mommy dia ni juga yang nak kena menguruskan… Jadi kenalah serba ambil tahu mana-mana yang patut. 

Kanak-kanak memang secara tabi’inya takut dengan khatan. Hu hu hu… Bukan kata kanak-kanak… Kakak yang dok membayangkan ni pun tak sanggup membayangkan… Ouchhh… Ha ha ha… Melalut-lalut bayangannya. Inikan lagi si manja Firash… Errr…kenapa macam terasa-rasa dia akan menangis bila tiba waktu dan saat itu? Mungkin juga tidak oiii… Mungkin itu bayangan ilusi dan pemikiran sendiri jer sebagai mak ni… Bha ha ha… Bayang punya bayang, terus terfikir… Macam mana agaknya untuk menghilangkan rasa takut berkhatan di kalangan kanak-kanak ni… He he he, cerita Upin & Ipin pun ada bercerita tentang khatan ni. Tajuknya Sakit Ke? Penceritaan Upin & Ipin tu pun dah cukup menggambarkan fobia kanak-kanak lelaki nak menghadapi khatan.


Pssstttt… Mommy Ash memang suka tonton Upin & Ipin, sebab comel! Ha ha ha…

Yang ada pengalaman pastinya lebih mengetahui bagaimana untuk menghilangkan rasa takut anak-anak untuk berkhatan… Secara logiknya yang boleh Farah fikirkan adalah:

BERITAHU ANAK BAHAWASANYA IANYA ADALAH SAKIT SEKEJAP SAHAJA
Kena psiko anak-anak bahawasanya, sakit berkhatan itu cumalah untuk seketika sahaja. Bukannya selama-lama sakit. Sakitnya pejam mata jer. Bila buka mata dah hilang dah rasa sakit. Konon-konon ala-ala kena gigit semut macam tu. Hu hu hu… Sebenarnya diri sendiri pun tak tahu rasa sakitnya tu macam mana? Ha ha ha… Para bapa mungkin lebih berpengaruh nak psiko anak di dalam hal ini kot? 

Beritahu mereka kot? Sekarang proses berkhatan dah jadi lebih mudah berbanding zaman dulu-dulu. Proses penyembuhan pun lebih cepat. Kena positifkan anak… Gittew…

TERANGKAN KEPADA ANAK KENAPA MEREKA PERLU BERKHATAN
Perkara terbaik terus-terang jer kepada anak-anak supaya mereka faham. Agak-agak berjaya tak kaedah ni? In Shaa Allah… Kenalah sedari awal beritahu anak-anak berkhatan tu adalah wajib tetapi tidak fardhu bagi lelaki dan harus bagi wanita jika tidak memudaratkan. Sebab anak-anak kan? Mesti akan banyak soal jawab dia…Kenapa budak lelaki jer kena khatan? Kenapa budak perempuan tak nampak pun kena khatan macam mereka? “You know the thing about gender?”… Anak-anak yang sedang membesar akan mula banyak memikirkan tentang perbezaan jantina…Kenapa lelaki macam ni? Kenapa perempuan tak macam ni? Kenapa lelaki macam ni? Kenapa perempuan macam tu? “All those kind of question”… He he he… Yang mana secara logiknya kita boleh “anticipate those kind of questions”…

PERKATAAN-PERKATAAN PSIKO UNTUK MEMPENGARUHI
Ini rasanya memang ada di kalangan ibu bapa yang melakukan ni… He he he… Kalau nak jadi lelaki dewasa kena berkhatan, kalau nak jadi seorang lelaki yang kuat serta bijak pandai kena berkhatan. “You know all those sorts of creation of stories and motivation words”. ;-) wink!

UPAH DENGAN HADIAH
Ini tak semua ibu bapa lakukan… Tetapi ada ibu bapa yang lakukan, itu Farah tak nafikan…Sebelum kehabisan cara mungkin ini salah satu cara yang boleh dipraktikkan. Jika ada kemampuan untuk berjanji dan melunaskan…Apalah salahnya yer tak? Tanya anak, apakah yang mereka inginkan sangat? Dan beritahu mereka sekiranya anda mampu untuk melunaskan…mereka perlu berkhatan terlebih dahulu dan sembuh…Kemudiannya baru anda akan tunaikan permintaan mereka. Uhuksss…

Mungkin ada ibu bapa yang tidak berapa gemar dengan tips yang ini… Sebab mengumpan anak seumpama ini kan? Tetapi ada juga ibu bapa yang melakukannya…

BAPA MENDEKATI ANAK DAN SELALU BERCERITA MENGENAI PENGALAMAN MEREKA SENDIRI
Tidak dinafikan bahawasanya peranan bapa di dalam perkara ini dapat membantu. Bila bapa sendiri menceritakan kepada anak-anak mengenai pengalaman mereka sendiri secara peribadi… Mungkin anak-anak akan merasa lebih “motivated” atau lebih tenang untuk menghadapi proses berkhatan. Mungkinlah…Ini pada pandangan Farah. Sambil-sambil tu bapa boleh selit-selit menegaskan kepada anak-anak yang setiap kanak-kanak lelaki Islam memang akan melalui proses berkhatan. Tak seorang pun yang boleh lari.

Itu yang dapat Farah fikirkan dan kongsikan bersama anda. Tidak semestinya apa yang Farah kongsikan adalah betul kan? Sebab Farah sendiri belum berpengalaman mengendalikan situasi anak berkhatan…Akan tetapi, manalah tau kalau-kalau ianya bermanfaat dan berguna untuk anda diluar sana. 

Post a Comment

3Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. salam, pengalaman fizi la kan, berkhatan beramai-ramai terutamnya dengan kawan2 yg kenal boleh menghilangkan rasa takut utk berkhatan..apabila ramai ia boleh jadi satu keseronokan..huhu

    ReplyDelete
  2. akak dah ada pengalaman berkhatan anak sulung
    setakat ni, takde rasa seriau sangat la..
    dua anak laki yg lain tu belum lagi...tak tahu mcm mana
    nti boleh praktikkan tips farah bagi ni..terutamanya bab upah tu kot

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !