Magisnya Solekan Dengan Shizens!!!

Farah Waheda Wahid
4

Kalau anda pencinta kosmetik dan juga solekan, anda perlu baca entri ini sehingga habis. Ecececeh... Farah nak berkongsi dengan anda tentang kosmetik atau alat solek berjenama Shizens yang penuh dengan kesan magisnya. Gittew... Ahaksss...

Semakin hari, Farah semakin menyenangi dan menyukai gaya solekan yang dikenali sebagai "no makeup look". Kurang dah bersolek beria-ia sangat, akan tetapi sebaliknya lebih kepada solekan tipis dan "natural". Bukan dah malas nak menghias diri, ha ha ha, tolong jangan buat spekulasi tak tentu hala yer? Cumanya, sekadar ke pejabat lebih selesa sekiranya mengenakan teknik solekan "no makeup look" ini. Dan jika bersantai bersama keluarga di hujung minggu pun sama. Melainkan? Melainkan jika ada majlis-majlis formal dan tidak formal untuk dihadiri.

Tak taulah kenapa... mungkin sedang musim demam teknik solekan "no makeup look" kot? Esok-esok kalau dah bosan? Mungkin kembali kepada kebiasaan kembali kot? Ha ha ha...


Sila jangan fokus kepada jerawat di pipi dan juga lubang hidung kakak yer? Muahahaha....Fokuskan kepada bibir dan juga bulu mata itu. Ni nak habaq mai ni...

Bibir tu kalau tak pakai pelembab bibir, "lip gloss" ataupun gincu, memang ko takkan nampak merah atau merah jambu warnanya. Ha ha ha, #ehhh tak... maksudnya tak adalah merah atau merah jambu macam tu, tapi ada kepucatan sedikit. Lebam tu taklah juga. Ada tapi tak teruk sebab tiap-tiap malam dok bantai sapu marjerin atas bibir ko. Al-maklumlah, hari-hari bantai pakai gincu, tak banyak sedikit pasti lebam.

Macam mana nak dapat bibir asli gittew? Adalah dinasihatkan supaya anda menggunakan produk dari Shizens iaitu Lip Tatto. Harganya? RM 179.00...


Ni ha rupanya ha... Kalau ada yang nak mencari... Di Metrojaya Mid Valley ada "kiosk" Shizens ni... Cara pakai Lip Tatto ni mudah jer... Satukan pada bibir, biarkan seketika kemudian "dap" dengan tisu. Anda akan melihat bahawasanya bibir anda nampak merah atau merah jambu warna asli. Tahan selama 6 jam. Makan minum tak ada hal. Memang warna tu akan kekal.

Bukan sekadar untuk dapatkan warna bibir yang asli, Lip Tatto juga sebenarnya kalau diamalkan pemakaiannya, ianya dapat merawat bibir anda. Lama kelamaan anda akan dapat bibir yang sihat dan cantik! "Marvellous!".

Itu bab bibir, ini bab bulu mata Che Ta... #ehhh... Ha ha ha... Asal nak bulu mata macam Che Ta jer nak kena pakai bulu mata pelesu, asal nak bulu mata macam Che Ta jer nak kena pakai bulu mata pelesu. Nak pakai pun bukan mudah yer tak? Makan masa juga...Haa, tu yang melambatkan tu! Dengan Shizens mudah sahaja.


Mula-mula gunakan asmara dari Shizens seperti yang kelihatan di dalam gambar di atas.


Kemudian gunakan Shizens Eye Charm ni. Sebelum tu, Shizens Eye Charm ni kannn, rupanya macam serbuk kopi. Fungsinya? Nak dapatkan bulu mata Che Ta tulah. Cara pakai, lepas pakai maskara, pakai Shizens Eye Charm. Nak pakai, pakai macam pakai maskara. Faham kan? Ulang langkah ni beberapa kali untuk dapatkan bulu mata yang anda idamkan tu. Ianya memanjangkan bulu mata dan menebalkan bulu mata. Tak perlu pakai bulu mata pelusuk dah oiii...

Macam contohnya gambar di bawah ni, gigih kakak ambil gambar bulu mata sebab nak tunjuk hasil! Muahahaha... ini adalah aplikasi sebanyak 3 kali.


Hasilnya, beginilah. Kalau lebih lagi, mau Che Ta pun kalah. Oopss ya ampun Che Ta, gurau-gurau jer! Jangan ambil hati na? Bulu mata Che Ta memang lawa! Idaman wanita. Nampak asli dan tak nampak "stiff" seperti bulu mata palsu. Bagi Farah, Farah berpuas hatilah. :-).

Itulah magisnya kosmetik atau alat solekan Shizens. Pertama kali mencuba, sudah jatuh cinta! Ekekekeke... Anda memang patut mencuba dan ianya sangat membantu...

*Pakai kosmetik atau alat solek Shizens, tak perlu susah payah nak "re-apply" gincu dan tak perlu susah payah nak cari dan pakai bulu mata palsu. Memang sangat membantu dan memudahkan kerja-kerja solekan.

Post a Comment

4Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !