Kisah Murid Tahun 2 Dikerat Lidah

Sumber dari Google
Aduh…duh…duh…duh… Sewaktu mula-mula membaca mengenai berita ini, terus terbayang, ouchhh sakitnya!!! Dahlah yang kena kerat lidah tu kanak-kanak baru berusia 8 tahun. Darjah 2 baru… Terus terbayang keseriauan akan bagaimana berlakunya perkara ini dan terus teringat anak kecil yang berusia 2 tahun 4 bulan di rumah tu. Adoilahhh haiii… Tiba-tiba terus rasa risau yang amat dan bimbang yang amat tentang anak kecil di rumah tu. Hu hu hu…Moga-moga dijauhkanlah dan dilindungi oleh Allah SWT akan kejadian-kejadian yang tidak diingini sebegini.

Menurut berita awal yang dibaca dari sumber di SINI, media tempatan melaporkan, murid itu yang bersekolah di sebuah sekolah di Bukit Tinggi, Klang cedera pada lidahnya selepas dikatakan dibuli oleh 5 murid sekolah tersebut. Aduhaiii, sekarang ni memang ramai kanak-kanak kaki buli ke apa? Inilah yang merisaukan ibu bapa semua bila anak dihantar ke sekolah. Nak tak nak kena hantar bersekolah juga kan? Perkara-perkara sebegini sehingga ke tahap ini, ada kalanya di luar jangkauan dan di luar jangkaan. 

Ada juga terbaca yang mangsa, iaitu Muhammad Alif Shukran dipaksa, disuruh potong lidah dia sendiri dan disebabkan dia ketakutan dia pun potonglah… Sebab dia takut ditumbuk. Hurmmm… Tengah membayangkan… Dan terbaca juga yang mak dia, nak dia cepat-cepat dipindahkan sekolah, serik dan takut kalau berulang kembali. Siapa tak serik oiii? Siapa tak takut berulang oiii? Dah kena sekali, tak mustahil terkena dua kali kan? Dahsyat kanak-kanak sekarang ni…

Farah pernah berkongsi satu entri mengenai Bagaimana Untuk Mengenal Pasti Jika Anak Anda Dibuli pada tahun 2014 yang lalu… Dan sukalah kiranya Farah nak berkongsi sekali lagi dengan anda yang membaca Bubblynotes.Com tentant apa yang dikupas oleh entri ini.

Langkah

Perhatikan Anak-Anak Kita Secara Rapat
  • Perhatikan anak-anak kita sewaktu balik dari sekolah, sama ada ada kesan luka, lebam ataupun baju yang koyak. 
  • Anak-anak kita sangat lapar, berjalan kaki balik ke rumah yang mana berkemungkinan sama ada duit belanja diambil dari mereka ataupun duit tambah bas (kalau naik bas awamlah) dirampas.
  • Anak-anak mahu kita yang menghantar mereka setiap hari sehingga ke dalam kawasan sekolah atau sehingga ke kelas setiap hari.

  • Perhatikan tanda-tanda ke atas sikap dan kelakuan mereka…menyendiri…”moodiness” yang mana anak-anak kita senang bergaduh sesama sendiri dengan adik-beradik lain di rumah ataupun memberontak atas perkara-perkara yang tidak sepatutnya.
Berkomunikasi Dengan Guru-Guru Anak-Anak
  • Prestasi serta pencapaian anak-anak kita mula merudum sedikit demi sedikit.
  • Anak-anak kita mengelak untuk pergi ke sekolah. 
  • Anak-anak kita mula menipu dengan mengatakan mereka sakit dan duduk di rumah, tidak pergi ke sekolah atas alasan sakit tadi. 

Tanda-tanda di atas tidak semestinya tepat, tetapi boleh menjadi sebab dan tanda-tanda di atas juga boleh disebabkan oleh perkara-perkara lain. Akan tetapi, sekiranya anak-anak kita dibuli, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah hubungi pihak sekolah dan ambil tindakan dengan sesegera mungkin! Ingat, tiada sesiapa pun yang “deserves to be bullied”…hatta kita sekalipun, kalau orang nak buli kita jangan bagi ruang dan peluang ok? Balas jer balik… Muahahaha…supaya dia berhenti buli kita… Ahaksss… #ehhh, jangan-jangan …kita doakan yang terbaik buat mereka dan sedekahkan Al-Fatihah jer…

Akan tetapi yang melibatkan anak macam ni, haruslah ambil tindakan sehingga ke akar umbi. Tindakan untuk menghentikan perlu diambil dan diberikan pengajaran kepada murid-murid lain yang suka sangat membuli murid lain nih. Haihhh… Kenapalah wujud budaya macam ni dan semakin menular sekarang ni… Semakin ekstrem pun hado… Zaman-zaman dulu ada juga kes buli, tetapi tidaklah menular seperti sekarang ni…Ni nak salahkan siapa ni? Ermmm… Tak apalah, yang penting kita cuba didik anak-anak kita semua dengan cara yang terbaik semoga tidak terlibat di dalam kes membuli anak orang lain! Moga-moga anak-anak kita semua dijauhkan dari perkara-perkara yang tidak diingini sebegini… In Shaa Allah..Amin… 


Akan tetapi yang melibatkan anak macam ni, haruslah ambil tindakan sehingga ke akar umbi. Tindakan untuk menghentikan perlu diambil dan diberikan pengajaran kepada murid-murid lain yang suka sangat membuli murid lain nih. Haihhh… Kenapalah wujud budaya macam ni dan semakin menular sekarang ni… Semakin ekstrem pun hado… Zaman-zaman dulu ada juga kes buli, tetapi tidaklah menular seperti sekarang ni…Ni nak salahkan siapa ni? Ermmm… Tak apalah, yang penting kita cuba didik anak-anak kita semua dengan cara yang terbaik semoga tidak terlibat di dalam kes membuli anak orang lain! 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Kisah Murid Tahun 2 Dikerat Lidah, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, March 29, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

1 comments:

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY