Cuaca panas selepas Gerhana Matahari Separa 2016 di Malaysia baru-baru ini, memang lain macam! Tak buat apa pun badan boleh berlengas! Dalam satu hari memang berkali-kali mandi kalau berada di rumah. Penghawa dingin "running" 24/7! Alamatnya memang melambung-lambunglah bil elektrik bulan ni! Bukannya sebab apa, semuanya semata-mata sebab Firash jer... Kasihan pada dia kepanasan dan nak menjaga dia supaya tidak dihinggapi demam lagi. Al-maklumlah baru sembuh dari demam minggu yang sebelum ini kan? 

Penjagaan dia memang "extra care" sedikit di musim-musim panas melampau macam ni. Kena pastikan dengan betul dan sebaik mungkin. Cerita tentang  strok haba pun diperkatakan sana sini. Menurut sumber Astro Awani, enam kawasan di Malaysia sudah mencapai atau melebihi paras ambang gelombang haba setakat hari Rabu. Kawasan-kawasan tersebut adalah Chuping, Perlis, Alor Setar, Kedah, Ipoh, Lubuk Merbau, Perak, Batu Embun dan Temerloh, Pahang.

Tambah lagi, melalui sumber Berita Harian...

Tahap Amaran PERTAMA
Suhu melebihi 37 darjah Celsius, Jabatan Meteorologi akan mengeluarkan amaran gelombang haba dan ketika itu, semua aktiviti pelajar di luar bangunan dan sukan ditangguhkan,selain menasihatkan orang ramai supaya menghadkan aktiviti luar terutama bagi warga emas dan kanak-kanak. 

Tahap Amaran Kedua
Suhu melebihi 37 darjah Celsius selama lebih 72 jam dan peningkatan suhu berterusan, tindakan bagi amaran pertama akan diteruskan, selain menangguhkan sesi persekolahan dan menyelaras Mesyuarat Jawatankuasa Khas bagi membincangkan tindakan kecemasan bagi menangani cuaca panas melampau berpanjangan.

Memang sekarang ni pun, Ash dah jarang sangat, dibawa keluar tak menentu ke mana. Cuba kurangkan dan memang perlu walapun masih belum masuk ke fasa amaran pertama di atas. Habis-habis tinggi, beli ikan sayur jer lah buat sementara waktu ni. Itu pun, pagi-pagi kami keluar dan segera balik ke rumah setelah urusan selesai. Budak-budak memang perlu "extra care". 

*Ni panas dunia ni dah gini... di sana nanti? Panas neraka? Lagi melampau...sila jaga kesihatan kita semua dan berdoalah kita pada Allah SWT, semoga fenomena cuaca panas ni berakhir dengan cepat... In Shaa Allah, Amin.

4 comments Blogger 4 Facebook

  1. itulah..risau juga dibuatnya..anak saya yang sulung baru baik demam. ni badan dia panas balik. cuaca sekarang memang tak terduga panas nya. kena kerap mandi dan minum air. tapi nak ajar anak kecil minum banyak air memang mencabar sikit. hmm

    ReplyDelete
  2. Betul...dalam rumah pun macam bersauna..berpeluh sentiasa...tapi syukur ada hujan juga walau sekejap sekejap...

    ReplyDelete
  3. saya pun fikir nak cutikan anak sendiri je...

    ReplyDelete
  4. Dkt rumah terpaksa on 2 kipas dlm 1 bilik..Bile mandi rase mcm nk berendam sejam...Panas sgt..huhu

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

 
Bubblynotes - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger © 2013. All Rights Reserved.Edit by Jiakreatifelt. Powered by Blogger
Top