Dulu Mommy dia pernah samakan dia dengan POCOYO sewaktu usia dia 3-4 bulan. :-P. Dan POCOYO juga adalah salah satu kartun kegemaran dia semenjak dari bayi. Persamaan ini pernah dikongsikan di dalam entri: 


Tapi itulah, kanak-kanak ni ibarat span, cepat menyerap dan cepat mengikut apa yang dipaparkan dan apa yang didedahkan. 


Sekarang ni dah pandai dah, buka sendiri aplikasi YouTube tanpa perlu diajar. Sendiri ambil tablet, sendiri buka YouTube dan sendiri cari kartun apa yang hendak ditonton. Cumanya, jika dia menonton kartun POCOYO sekarang ini, Farah kena perhati dan pantau betul-betul. Tidak boleh terlepas pandang sedikit. Dah jadi berbahaya pula rasanya. Agagagaga... Kenapa? Sebabnya dia dah mula mengikuti satu lagak gaya POCOYO yang membuatkan Farah bimbang dan risau sekiranya berlaku sebarang kecederaan. 

Apa tu? 


Kepala ke bawah kaki ke atas! Dia cuba nak meniru perlakuan POCOYO sebegitu! Bahaya! Tentulah risau kalau leher dia mengalami kecederaan. Silap gaya, silap langkah memang nanti Mommy dia menangis! Laranglah... Memang agak bising juga mulut  melarang dan memang cepat-cepat tangkap badan dia supaya dia tidak terus melakukan aksi sebegitu. Errr... Kadang-kadang terlepas pukulan lembut sedikit di betis dia! Ha ha ha... Ada masa suara sedikit tinggi dan pandangan mata tak lepas. Ada masa, terus ambil tablet dan simpan. 

Nak menangis, menangislah sepuas-puasnya sekarang dari Mommy dia yang menangis tidak berlagu. Ada Mommy kisah? Memang Farah buat tak tau jer kalau dia menangis. Dengan sendirinya kemudian dia akan datang kembali kepada Farah dan memanggil... "Mommy... Mee...". Dia faham Mommy marah dan Mommy tak suka! Dan selepas itu, baru "proper" sikit lakunya dan tidak mengulanginya lagi. Phewww, Ash... Macam-macam cerita ek? Ada jer akal tu... Ok ok sedang bereksplorasi dan berkembang. Akan tetapi bila sesuatu itu memudaratkan, tak ada maknanya Mommy nak berkompromi. "No means no, risky means risky, dangerous means dangerous"... 

Disebabkan itu jugalah, sekarang ni, tiada kebenaran langsung untuk menonton kartun POCOYO. Lebih baik hentikan sekarang sebelum menjadi tabiat dan melarat. Bila anak dah semakin membesar memang patut sangat-sangat pun pantau dan larang apa yang patut. Mana-mana yang berbahaya dan mendatangkan kesan negatif harus dihentikan dengan serta-merta agar tidak berlarutan. Bunyi macam mengongkong, tetapi itu semua adalah bagi kebaikan diri mereka juga... 

6 comments Blogger 6 Facebook

  1. SINGGAH PETANG ~ http://jmbelog.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. mmg bahaya tu...anak buah sy pun sama jgk wat cmni..

    ReplyDelete
  3. Memang patut la berhenti bila ada part yg berbahaya untuk budak... Mereka memang mudah ikut...

    ReplyDelete
  4. Bahaya tu mommy...takut ash buat masa mommy atau tok ma lepas pandang ke...

    ReplyDelete
  5. hi hi...
    ijat suka gak buat akrobatik.
    kepala di bwh kaki di atas.
    memang kena juga la bab di peha.
    but tu la. bukan nyer tgk pocoyo pun!
    acaner tu? hi hi hi...

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

 
Bubblynotes - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger © 2013. All Rights Reserved.Edit by Jiakreatifelt. Powered by Blogger
Top