Jeruk Madu Pak Ali

Farah Waheda Wahid
5

Malam semalam dah “tempting” sangat nak makan, tetapi sibuk jer tahan diri untuk tidak makan jeruk malam-malam. :-).  Lama juga tak layan makan jeruk jeruk ni. Tiba-tiba pagi tadi, serasa memang dah tak boleh tahan sangat dah…Ha ha ha…Akhirnya menjadi sarapan pagi! Sambil memandu, sambil melayan Jeruk Madu Pak Ali ni. Mana dapat ni? Owhhh… Atuk Ash bawa balik semalam, ada penduduk di Cahaya SPK tempat Atuk Ash bekerja pergi ke Pulau Pinang dan bawa balik buah tangan. Alhamdulillah, rezeki itu ada di mana-mana. Syukur pada Allah. 

Bercerita tentang Jeruk Madu Pak Ali ni…Ni nak kongsi sedikit informasi mengenai Jeruk Madu Pak Ali yang sememangnya terkenal terutama-tama di Pulau Pinang.

Pak Ali Food Industries Sdn Bhd merupakan pengeluar jeruk buah-buahan yang terulung di Malaysia dan terkenal dengan rasa dan aromanya yang istimewa di bawah jenama Pak Ali. Jeruk-jeruk ini dihasilkan dari buah-buahan segar berkualiti yang terpilih dari lading. Rasanya yang enak dan bernutrasi tinggi ini dihasilkan melalui gabungan resipi tradisional dan teknologi terkini dari pihak Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

Produk Jeruk Madu Pak Ali telah mendapat pengiktirafan Sijil HALAL dari pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Sijil MESTI dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Sijil “1 Malaysia Best” dari Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan Malaysia (FAMA). Sempena MAHA 2014, Jeruk Madu Pak Ali telah dianugerahkan sebagai pemenang Industri Asas Tani Jaya peringkat kebangsaan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Anugerah telah disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia.

Penghasilan jeruk ini diusahakan di kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian IKS Perda Tasek, Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang semenjak dari tahun 2009. Dikilang ini juga para pelancong dan pelanggan dapat melihat sendiri industry pembuatan jeruk secara lebih dekat disamping dapat membeli-belah barangan keluaran Pak Ali Food Industries Sdn. Bhd. dan produk-produk usahawan tempatan lain dari Pulau Pinang di Pusat Jualan Jeruk Madu Pak Ali.

Jeruk Madu Pak Ali kini semakin terkenal sebagai buah tangan dari Pulau Pinang. Sudah menjadi kemestian bagi pelancong yang berkunjung ke Pulau Pinang mendapatkan Jeruk Madu Pak Ali sebagai cenderahati kepada sanak saudara dan sahabat handai. Nak lihat wajah Allahyarham Haji Ali Bin Haji Omar. (gambar kanan).

Sumber dari SINI
 Produk-produk keluaran Pak Ali Food Industries Sdn. Bhd. pula terdiri daripada:

Jeruk Madu Pak Ali
Kuah Rojak Pak Ali
Produk Berasakan Buah Pala
Kuih Tradisional : Peneram & Dodol
Untuk Maklumat Lanjut:


Pak Ali Food Industries Sdn. Bhd.,
Lot 420-421, 652-655,
Kawasan Perindustrian IKS Perda Tasek,
14120 Simpang Ampat,
Seberang Perai Selatan,
Pulau Pinang.

Tel/Fax : +604-588 3781

Email : pakalifood@gmail.com

Post a Comment

5Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. ya ampun..time petang2 ni, perut tengah lapau, mmg win la tgk makanan kudap2an gini..hahaha..nangis tepi bucu meja tengok ;((

    ReplyDelete
  2. Ya Allah.sedapnya..terasa kerangupan dan manisnya...tak ada pulak yang nak ke sana..kalau tidak boleh kirim.. :)

    ReplyDelete
  3. adikkkk..agak2 la tyang jeruk petang2 ni...aduhai...merecik dah ni...

    ReplyDelete
  4. Kalau pi alorsetar, mesti singgah kedai dia kat penang tu. Sedappp! Ena suka jeruk. Jeruk betik paling ena sukaaa

    ReplyDelete
  5. Sy pun ada beli.. Kirim kat kawan yg balik kg hari tu.. Beli jeruk kelubi.. Kalau kat sini kena hati-hati sebab ada yang tiruan. Kalau makan boleh sakit tekak..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !