Pemandangan dari atas yang sempat Farah rakamkan malam semalam sewaktu Ash bermain. Amboiii, la ni semua pakat duduk atas lantai haihhh... Siapa duduk atas sofa akan disaman oleh Ash. Ha ha ha, taklah... Ash akan tarik tangan orang yang duduk di sofa tu sambil mulut bising ya ampun, mohon untuk berganjak dari "territory" dia. "The sofa has been chartered by Iman Firash". Orang lain semua jangan duduk atas sofa tau! Penat Ash susun. 



Nampaknya dah jadi medan bermain dia dah sofa tu. Segala mak nenek kenderaan permainan yang ada semua habis disusun di atas sofa. Entah apa yang dia minat sangat dengan sofa tu pun tak pastilah Farah, Nek Ma dan Atuk. Kalau berdegil juga, mau mendatangkan hamuk "uolsss". Dalam banyak-banyak tempat, seluas-luas ruang tamu tu, situ juga yang jadi pilihan. Ada bilik permainan khas pun, situ juga dijinjing dan disusunaturnya. 

Kalau bosan kot ni, dia punggah balik, susun kot tu pula. Apa nak kata? Terima jer lah kesesakan sofa tu dengan hati yang terbuka yer tak? :-)

2 comments Blogger 2 Facebook

  1. Wahai mommy...itu highway untuk semua kenderaan ash la....nak duduk kena bayar tol dulu....keeppp ceeee atau pegi tesco...hihi...

    ReplyDelete
  2. hadoi la ash.
    boring la tu nak dok bilik sendiri.
    nak main dgn mama jugak la tu kot, farah.

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

 
Bubblynotes - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger © 2013. All Rights Reserved.Edit by Jiakreatifelt. Powered by Blogger
Top