Sumber dari Google
Kesinambungan dari entri sebelum ini iaitu Sudah Pandai Memilih Pakaian!!! Yang itu kisahnya bila si anak teruna sudah mula pandai memilih pakaian sendiri dari almari. Yang ini pula kisahnya, tentang bagaimana kita sebagai ibu bapa dapat membantu anak-anak kecil kita yang semuanya sudah mula pandai nak sendiri-sendiri ni… J. Kenalah beri dorongan, galakan dan bantu mereka kan? Proses pembelajaran dan menuju ke usia yang lebih tinggi. Sampai bila pula kita ni sebagai ibu bapa nak bukakan dan pakaikan pakaian yer tak? Rata-rata bila sudah mula bersekolah rendah, kebanyakan kanak-kanak sudah mula menguasai skil memakai pakaian sendiri.

Sedikit perkongsian dari artikel di SINI 

Kebiasaannya kanak-kanak yang sudah berusia dua tahun ke atas mempunyai keinginan untuk melakukan semua perkara sendiri. Contohnya; memakai baju, stoking, seluar, kasut dan juga menyikat rambut. J. Ia adalah keinginan semulajadi untuk mengikut orang dewasa. Biarkan anak anda cuba berdikari. Biarpun sebenarnya cara mereka memakai salah atau lambat, sebaiknya anda beri sokongan kepada anak.

Mungkin anda boleh memperuntukkan masa untuk anak mempraktiskan kebolehannya. Contohnya, membeli baju yang mudah dikendalikan oleh anak anda dan membenarkan dia memakai dan menanggalkan pakaian tersebut sebanyak mana yang dia mahu.

BAGAIMANA CARA MEMBANTU ANAK MENGUASAI KEMAHIRAN???
  • Ambil banyak masa. Sekiranya tidak tergesa-gesa, anda tidak akan menjadi terlalu marah disebabkan gerak-gerinya yang perlahan atau terkail-kail.
  • Susun pakaiannya mengikut tertib pakaian yang perlu dipakai.
  • Beli seluar panjang atau “skirt” dengan ikatan pinggang berelastik. Jangan sekali-kali memakaikan kanak-kanak lelaki prasekolah seluar panjang berzip. Ia mungkin berisiko menyebabkan kemaluannya tersepit.
  • Cari pakaian dengan butang yang besar, butang kayu berikat tali (toggle), atau pelekat Velcro.
  • Ajar anak cara memasang butang dari bawah ke atas.
  • Elakkan penggunaan baju bertopi dengan zip dalaman.
  • Apabila anda perlu membantu, buat permainan memakai pakaian dengan cara membuat “intai-bah” apabila anda meluncurkan pakaian melalui kepalanya.
  • Setelah dia siap berpakaian, berikan pujian atas usahanya. Biarkan dia dalam keadaan tersebut, walaupun si manja kelihatan comot.

Yang penting, beri jer kebebasan yer tak? Kalau tak beri kebebasan dan dok sekat-sekat-sekat, sampai bila pun lah tak akan ada kemajuannya. Ihiksss…Walaupun baju tu terbalik ke? Apa ke? Nanti betulkanlah yer tak? He he he…. 

1 comments Blogger 1 Facebook

  1. ijat da pakai baju sendiri :)
    but kekadang aida pakaikan.
    rindu nak pakaikan dia baju.
    nanti da bebetul besar takkan nak kita pakaikan, kan?

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

 
Bubblynotes - Malaysia Parenting & Lifestyle Blog © 2013. All Rights Reserved.Edit by Jiakreatifelt. Powered by Blogger
Top