Gerhana Matahari Separa 2016

Farah Waheda Wahid
0

Dah berlalu beberapa hari dah, dah ketinggalan belakang dah kakak nak memuat naik entri ini. Masa tidak berapa nak mengizinkan, macam tulah jadinya. Tak apa, tetap nak tunjuk juga gambar yang sempat Farah rakamkan tempoh hari sewaktu berlakunya Gerhana Matahari Separa di Malaysia. Gigih betul cubaan nak merakamkan gambar ini ok? Al-maklumlah waktu kejadian alam ini berlaku, sedang menuju ke pejabat. Sambil memandu, sambil cuba-cuba nak merakamkan gambar gerhana matahari. 

Boleh? Pagi-pagi berdoa supaya jalan sesak dan tak bergerak seketika semata-mata tak nak ketinggalan merakamkan gambar ini. Subhanallah, Allah Maha Besar... Wujudnya sewaktu melihat gerhana matahari itu tiba-tiba ada satu perasaan takut dan gerun menyelinap dan membayangkan sekiranya matahari tidak lagi bersinar. 

Setiap kali tibanya gerhana maka akan mundar-mandirlah Rasulullah SAW dalam keadaan khuatir yang amat sangat kerana kerisauan Baginda SAW terhadap fenomena yang berlaku. Tergambar kerisauan di wajah Baginda terutama kepada para umatnya...Baginda risau dengan persoalan, adakah umatnya tahu bahawa gerhana itu salah satu petanda berlakunya kiamat? 

Setiap kali tibanya gerhana, Rasulullah SAW akan cepat-cepat mendirikan solat gerhana agar gerhana itu cepat berlalu kerana jika Allah SWT mengkehendaki menahan/melanjutkan ke tempoh yang Dia tetapkan kemudian Dia arahkan ia (bumi/matahari/bulan) bergerak setentang dengan kebiasaan maka huru haralah umat manusia kerana tertutupnya pintu taubat...Itulah petanda berlakunya kiamat dan ia juga merupakan petanda kiamat besar...kerana itulah Rasulullah SAW melakukan solat sunat dan menggalakkan kita melakukan solat sunat gerhana kerana biar ia cepat berlalu jangan sampai kita berjumpa dengan hari tersebut walaupun kita pasti akan melaluinya.

Jika orang yang meninggal dunia pada hari lain ada orang talqinkan atau orang bimbing kita, tetapi tidak pada hari tersebut...kerana itulah ia juga digelar hari yang penuh huru-hara...Tak salah menghayati kecantikkannya tetapi jangan sampai kita terleka kerana alim ulama cukup bimbang akan fenomena ini. Hayatilah apa yang tersurat dan tersirat rahsia Allah itu. 

Semoga kita semua dirahmati Allah dan dimatikan dalam keadaan yang baik. 

*Bumi semakin tua...:'(

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !