Hamil dan berpantang kali kedua, kakak "confirm" akan dapatkan footlink Seamless Socks... #ehhh tak habis melawak kan? Ada ke? Toksah fikir banyak-banyak sangat... Kita fokus kepada penceritaan mengenai pengalaman Farah memakai Seamless Socks dari jenama footlink ini. Cumanya apa yang nak disampaikan, kenapalah bukan dari dulu lagi kenal jenama footlink ni??? Kenapa??? Kenapa??? Kenapa??? Kalau kenal dari dulu, sah-sah memang akan simpan sekurang-kurangnya sepasang stok di dalam almari di rumah. Bila nak pakai jer, memang tak ambil yang lain dah... Akan memilih Seamless Socks dari jenama footlink ni. 

Sebut-sebut tentang hamil, tentang pantang ni... bukannya sebab kakak ni berisi lagi...Ha ha ha...Berisi lemak adalah... Sebab kakak nak rekomendasikan kepada ibu-ibu hamil, ibu-ibu bakal hamil, ibu-ibu dalam pantang, ibu-ibu yang bakal berada di dalam pantang untuk dapatkan Seamless Socks dari jenama footlink

Asalnya... Seamless Socks ini adalah direkabentuk secara ideal bagi mereka-mereka yang mengalami masalah kaki sensitif dan juga mereka-mereka yang menghidap diabetes. Akan tetapi, disebabkan kakak telah pun diberikan penerangan oleh pakar di footlink bahawasanya, bukan sahaja mereka yang berada di dalam kategori kaki sensitif ataupun diabetes baru boleh pakai stokin ni, tidak yer...tidak sama sekali tidak...Siapa nak pakai, dipersilakan! Cumanya, setelah diterangkan bahawasanya ibu-ibu hamil dan bakal bersalin memang ramai yang menjadi pelanggan footlink dan mendapatkan Seamless Socks untuk dipakai sepanjang tempoh kehamilan dan juga tempoh berpantang. 

Ini bukan stokin ajaib! Sepertimana yang kita pernah dengar atau lihat di laman media sosial tentang stokin ajaib tu, akan tetapi ini adalah stokin untuk kesihatan. Sebelum pergi dengan lebih jauh lagi menaip entri ni... Nak tunjuk sikit, "packaging" footlink Seamless Socks kepada anda semua. 



Hebat sangat ke footlink Seamless Socks ni sampaikan tergerak hati Farah nak berkongsi dengan anda semua? Bukan nak propa kata hebat, bukan nak gebang kata hebat sangat. Farah cuma berkongsi, selebihnya terpulang kepada anda sebagai individu sama ada ingin mencuba sesuatu yang mungkin memberikan kebaikan kepada anda ataupun menganggapkan ini sebagai angin lalu sahaja. Farah sendiri telah memakai footlink Seamless Socks ini selama seminggu dan Farah boleh merasakan perbezaan itu dengan ketara. Sebab tu kata, kenapalah bukan dari dulu... Kalau Farah tahu, memang footlink Seamless Socks inilah yang menjadi pilihan di dalam pemakaian sehari-hari yang bersesuaian, sewaktu tempoh kehamilan dulu dan juga sewaktu selama tempoh berpantang dahulu. 

Pssst... Sekarang pun masih boleh pakai juga... "Never too late to lead a healthy lifestyle"...Gittew kannn???

Nak kongsi sedikit informasi berkenaan footlink Seamless Socks yang anda patut tahu kenapa ianya berbeza dari stokin-stokin biasa yang ada di pasaran. 

Sumber dari SINI
Seamless Toe Closure (Hand linked)


Discover the benefits of the hand linked seamless toe cover compared to a normal bulkier toe seam. Seamless toe cover with smooth toe seams are created by linking the stitches of the toe seam together with one thread creating comfortable flat seam by hand.

Kebiasaannya, stokin-stokin biasa yang kita pakai, di bahagian jari-jari kaki tu, biasanya macam berbonjol sedikit dan nampak tebal jahitannya. Dengan footlink Seamless Socks ni, apa yang Farah rasakan adalah bila kita pakai memang di bahagian hujung stokin tu tidak berbonjol dan rata jerrr...Sangat-sangat selesa...

Non-Binding (Minimize Indentations)



Deliver special care for people with diabetes and sensitive feet. Non-binding tops promotes circulation to the lower extremities by not restricting blood flow, thus promoting comfort and protection to the feet. 

Ini nak cerita sedikitlah ni, apa yang Farah rasa, perasaan tu adalah sesuatu yang berbeza sewaktu Farah mula-mula memakai footlink Seamless Socks ni. Kebiasaannya jika kita memakai stokin-stokin baru atau stokin-stokin yang biasa terdapat di pasaran tu, kita akan terasa ianya mencengkam kuat dan kadang-kadang bila kita buka stokin tu setelah kita pakai kita boleh nampak kawasan atas buku lali ataupun kawasan betis kita berbekas akibat dari cengkaman getah dari stokin yang kita pakai tu. 

Bila Farah memakai footlink Seamless Socks  ni, Farah rasa yang pertama-tamanya adalah ianya sangat-sangat selesa dan seolah-olah peredaran darah tu tidak tersekat oleh sesuatu di bahagian kaki. Kaki pun sedap jer terasa "comfort" dan "warm". Macam seolah-olah boleh rasa yang darah tu mengalir dengan betul. 

Moisture Control (Keeps Feet Cool And Dry)
footlink Seamless Socks contained 70% cotton. Cotton fabric has some fantastic properties, for example cotton is:
  • Hypo-allergenic, since it doesn't irritate sensitive skin or cause allergies. 
  • Cotton's softness makes it a universally preffered fabric for underwear and other garments worn next to the skin. 
  • Cotton has a high absorbency rate and at saturation point can hold up to 27 times its own weight in water (one reason it's great for tampon, liners and pads).
  • Cotton actually becomes stronger when wet. 
  • Cotton breathes easily as a result of its unique fibre structure. This helps make cotton more comfortable to wear than artificial fibres unable to provide similar ventilation. 
  • Unlike synthetic fibres, cotton is a natural product and contains no chemicals.
Kebiasaannya bila pakai stokin, terutama stokin yang tebal, kita akan rasa berlengas di dalam dan bila buka rasa macam berangin jer kaki kita kannn??? Ha ha ha....Bila berlengas tu, memanglah kadang-kadang ada sesetengah orang kaki diaorang tu berbau... Uhuksss...Bukan kakak yer? footlink Seamless Socks yang kakak pakai tu, dia seolah mengawal kelembapan sewaktu kita memakai stokin...dia macam "breathable"... Tak rasa berlengas langsung dan keselesaan tu sememangnya berpanjangan sehingga satu tempoh waktu atau jangka waktu yang panjang. 

Cushion Padding (For Maximum Comfort)



To provide extra comfort and cushion effect while walking or standing.

Kebiasaannya stokin-stokin yang ada di pasaran kat luar tu... Kalau jenisnya tebal, dia akan rata tebal keseluruhan stokin. Akan tetapi berbeza dengan footlink Seamless Socks, dia cuma tebal di bahagian bawah tapak kaki sahaja dan di bahagian atas seperti biasa. Jadi bila pakai kasut tu, memang akan rasa selesa dan tidak rasa ketat. Bila pakai stokin yang sama rata tebalnya, kadang-kadang bila kita memakai sesetengah kasut akan membuatkan kita rasa kasut kita tu seolah-olah ketat. Dengan footlink Seamless Socks anda tak rasa semua tu. Sangat selesa dan sebenarnya rekabentuknya memang mengambil kira keselesaan pengguna.

Diperbuat dari kapas premium yang sangat-sangat berkualiti tinggi, anda memang boleh rasa keselesaan itu. Dijahit tangan (handmade) dan untuk pengetahuan ini, sepasang footlink Seamless Socks boleh bertahan penggunaannya selama setahun. Jadi tidak perlulah nak membazir duit, sekejap-sekejap nak kena beli stokin, sekejap-sekejap nak kena beli stokin disebabkan stokin berlubanglah... getah stokin habislah... kain stokin tu mereganglah... Dengan footlink Seamless Socks sebenarnya secara tak langsung, bagi Farah lah kannn??? Sebab dia boleh bertahan sehingga tempoh waktu setahun...Anda sebenarnya dapat menjimatkan perbelanjaan beli stokin tu... Walaupun mungkin ada pihak yang berpendapat, jimat manalah sangat kalau setakat, sepuluh dua puluh ringgit... Haippp...sepuluh dua puluh pun duit juga ok??? Lainlah memang anda jenis duit kepok-kepok dan tak hairan tentang penjimatan... #ooopsss... 

Owhhh, sebelum terlupa... stokin ini adalah "unisex"... Lelaki dan wanita, kedua-duanya boleh pakai... Kalau ada yang bercadang-cadang nak gantikan stokin suami yang dah berlubang dah habis getah segala bagai tu... Bolehlah cuba-cuba beli footlink Seamless Socks sambil-sambil tu, boleh bantu jaga kesihatan orang yang tersayang juga kan? Nak pakai untuk diri sendiri pun boleh... Tak ada masalah... 

Harga Pasaran:
RM31.00 (tahan setahun apa ada hal kan? Ok sangat-sangat harga ni)

Cop sebelum terlupa! Pilhan warna bukan tertakluk pada stokin berwarna hitam sahaja tau.... Tetapi juga warna kulit seperti di bawah:



Ataupun kalau rasa-rasa nak pergi sendiri dan tengok kemudian beli, bolehlah melawat ke cawangan-cawangan footlink yang terdekat dengan anda seperti di:
  • Footlink Resources, Segambut
  • Busana @ Menara Mara Kuala Lumpur
  • KPJ Tawakal Specialist Hospital - Jalan Pahang
  • Mediconstant Pharmacy Sdn. Bhd., Ampang Point
  • Constant Pharmacy - Lake Fields, Sungai Besi
  • Constant Pharmacy, Genting Klang
  • Constant Pharmacy TTDI
  • Farmasi Materia Medica, Putrajaya
Untuk maklumat lanjut mengenai lokasi dan alamat... Sila rujuk di SINI. Bukan Kuala Lumpur sahaja, malah negeri-negeri lain juga turut mempunyai cawangan yer... Sila semak dahulu. Bukan bermakna anda tidak berada di Lembah Klang anda tidak boleh membeli, heeee...lagipun pembelian atas talian kan ada??? 

FOOTLINK TO WELLNESS SDN. BHD (1061139-U) 
No.2, Jalan Seruling 36, Kawasan 3,
Taman Klang Jaya, 41200, Klang 
Selangor Darul Ehsan , Malaysia. 

Telephone:

+6 03 3323 3636

Fax:

+6 03 3323 3736

E-mail:

6 comments Blogger 6 Facebook

  1. wa best best. harga pun tak lah mahal sangat kan. masih mampu dimiliki. tq share farah :)

    ReplyDelete
  2. jadi baguslah untuk ibu mengadung...kalau wife mengadung lagi boleh la cuba

    ReplyDelete
  3. orang kata kalau dok sebut2 insyaAllah..boleh lekat...harap2 betul la..kan?/ekekekek...

    ReplyDelete
  4. noted..kalo mengandung lagi dah tau mana nak cari..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

 
Bubblynotes - Malaysia Parenting & Lifestyle Blog © 2013. All Rights Reserved.Edit by Jiakreatifelt. Powered by Blogger
Top