DILEMMA | Apakah Pilihan Yang Ada?

Farah Waheda Wahid
2


Bukan keliru tetapi memikirkan dan masih belum bertemu jawapan, jalan manakah yang harus dipilih dan apakah yang sebaik-baiknya keputusan? Banyak perkara harus dipertimbangkan, banyak aspek yang perlu difikirkan sebelum mengambil sebarang keputusan? Apakah Farah jenis yang terlalu panik? Ataupun terlalu risau? Ohoiii, macam-macam yang berlegar di dalam kotak pemikiran ni oiii!!! Belum lagi diketengahkan untuk perbincangan kerana rasanya perlu memikirkannya dahulu sebelum mengutarakan ataupun mengusulkan. Kena susun atur dulu "point" satu persatu sebelum perbincangan dimulakan agar segalanya jelas di dalam hala tuju perbincangan dan juga di dalam mencapai persetujuan perbincangan. 

Tentang apa? Tentang siapa? 



Mengenai susun atur persekolahan anak teruna nan seorang ini lah! Jauh lagi masanya? Memanglah jauh... Tapi waktu itu berlalu dengan pantas dan waktu itu pasti akan tiba jua satu hari nanti. Bukan ke perangai Farah ni tak suka nak lakukan sesuatu di saat akhir? Memang betul manusia hanya boleh merancang dan yang menentukannya adalah Allah SWT. Akan tetapi sekurang-kurangnya eloklah sekiranya dimulakan dengan perancangan. Jika perancangan A sudah tidak boleh diterimapakai, mungkin ada perancangan B yang boleh diterimapakai. Jika perancangan B tidak boleh diterimapakai pula mungkin ada perancangan C yang menyusul. Macam tu lah. 

Apa isunya? Bunyinya macam berat sangat! :-). Isunya adalah tentang bagaimana ingin menyusun atur persekolahan Iman Firash nanti. November 2016 nanti usia dah cecah 3 tahun. Uiiii, cepatnya!!! Ahaksss... Lepas 3 tahun sekejap jer 4 tahun "uolsss". Pejam celik pejam celik dah nak masuk ke tadika. Anak-anak memang cepat membesar. Tak terasa hari-hari yang berlalu kan? Yang menjadi ibu, yang menjadi bapa pasti faham perasaan itu. 

Tadika yang mana sudah ada pilihan di hati! :-). Tinggal nak pilih sahaja yang mana praktikal. Akan tetapi yang menjadi isunya di sini adalah sama ada nak masukkan tadika yang berhampiran dengan kediaman? Nak masukkan tadika yang berhampiran pejabat? Bila fikir-fikir jadi ting tong dan pening Mommy Ash ni. Ha ha ha. 

TADIKA BERHAMPIRAN PEJABAT
Dari satu sudut, ianya sebenarnya mempunyai kebaikkannya yang tersendiri iaitu dekat dengan Mommy. Sekiranya apa-apa berlaku, (minta dijauhkan), kurang-kurang Mommy boleh sampai dengan kadar segera. Cuma yang menjadi perkara yang boleh dikatakan perlu difikirkan adalah, perlu bersiap-sedia dengan yuran "daycare" sekali dan perlu memikirkan tentang bagaimanakah sekiranya Mommy terpaksa bekerja lebih masa? Kerja Farah ni tak menentu, ada waktu-waktu akan lewat balik. Kalau ada acara penting yang melibatkan syarikat, ada kalanya malam baru nampak batang hidung di muka pintu rumah. Boleh jadi selewat 10-11 malam. 

Takut dia kepenatan pun iya! Bangun pagi-pagi Subuh sapie untuk "travel", habiskan masa di atas jalan sekiranya jalan sesak, satu hari di tadika dan kemudiannya balik terpaksa menghabiskan masa di dalam kereta dan di atas jalan. Alahaiii, kesian pula bila memikirkan perkara ini. Takut tak cukup rehat, takut badan dia tak boleh "adapt" atau terima dengan susun atur harian sebegitu. Niat di hati tak mahu terlalu membebankan dia. Memanglah "in order" nak mengajar anak menjadi manusia perlu ajar dia erti "struggle" sedikit. Akan tetapi tengok tempat dan tengok keadaanlah. 

TADIKA BERHAMPIRAN KEDIAMAN
Ini pilihan yang ada yang kedua. Daftarkan Ash di tadika yang berhampiran dengan kediaman. Tidak perlu "daycare", habis jer sesi tadika pada waktu tengah hari boleh uruskan van atau bas untuk hantar dia pulang dan berehat di rumah. Yang jadi masalah pada diri emak dia ni... "Trust Issue" kepada yang menghantar. Alaaa... Orang lain elok jer lepaskan anak untuk mempercayai van atau bas sekolah hantar anak pergi balik tadika atau sekolah? Farah pula lebih-lebihnya risau yer tak? Ya ya, masalah dalaman diri dan jiwa Farah yang berbolak balik. Rasa percaya pada orang luar yang tipis yang mana ada kalanya ko kena ada rasa percaya tu nak tak nak dan tawakal banyak-banyak pada Allah SWT. 

Ada juga rasa nak mohon bantuan jiran yang berhadapan rumah yang bekerja sendiri dan setiap hari menghantar anak-anaknya yang 4 orang ke sekolah. Dan ada juga perbincangan dengan kakak angkat Farah yang duduk di barisan belakang rumah yang anaknya sebaya Ash. Mungkin kalau boleh nak hantar mereka ke tadika yang sama. Sekurang-kurangnya Mama Shira dia boleh bantu dalam urusan pergi dan balik. "Well, at least I can be rest assured that Ash is in the safe hand of someone that I know". 

Dengan cara ini, jadual Ash tidaklah menghabiskan masa di atas jalan terlalu lama dan mengikut sepatutnya apa yang dia terima. Yang lagi satu halnya bila difikirkan, jarak destinasi pejabat dan kawasan kediaman itu memakan masa sedikit. Sekiranya apa-apa (mohon dijauhkan oleh Allah SWT segala perkara yang tidak baik serta tidak diingini)... Mommy kena jadi pemandu litar F1 lah nampaknya ni. 

Bila fikir punya fikir, belum dapat kata putus pun lagi... Ha ha ha... Cuba lupakan seketika, selepas tu akan datang balik perkara ni. Mana nak lari kan? Ianya adalah satu perkara yang perlu dihadap dan diselesaikan juga. Sesuatu perkara yang menuntut penyelesaian begitu kaedahnya. Cuma masa nak selesaikan tu, buat masa sekarang bergantung. Apa pun kena buat keputusan juga kan? 

Yang penting, keputusan yang dibuat nanti haruslah berlaku adil kepada Ash dan juga diri sendiri. Yang nak menguruskannya adalah diri ini. Yang nak menghadapi adalah kami berdua. In Shaa Allah, nanti akan dibawa ke perbincangan hati ke hati...:-P dan semoga kata sepakat dan keputusan yang terbaik dapat dicapai. In Shaa Allah... 

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !