Demam Suhu Tinggi??? Mandian Lemon Adalah Berkesan...

Farah Waheda Wahid
2

Ibu-ibu ni kalau anak tidak sihat atau kurang sihat mulalah menjadi gundah-gulana dan tidak tenteram hati tu kan? Terutama kalau dilanda demam dan suhu demam itu adalah terlalu tinggi. Anak-anak kecil demam bukan satu perkara remeh atau boleh dibuat main. Bila anak-anak kecil demam memang perlu pantau dan jaga betul-betul. Pelbagai kemungkinan yang boleh berlaku bila suhu badan anak-anak kecil terlalu tinggi. Jadi silalah jaga anak-anak kecil anda sekiranya mereka mengalami demam. Kalau perlu cuti kecemasan sila cuti kecemasan, walaupun keadaan tidak berapa nak mengizinkan untuk bercuti sekiranya anak dilanda demam dengan suhu tinggi. 

Beberapa minggu lalu, Farah sendiri telah mengambil cuti kecemasan pada hari Jumaat bilamana Ash tidak sihat dan bilamana suhu badan Ash telahpun mencecah  bacaan 39.1 pada hari Khamis malam Jumaat tersebut. Demamnya sekejap tinggi sekejap rendah. Setiap 30 minit, memang bacaan suhu badan dipantau dan dicatatkan. Pola suhu badan tidak menentu. Hati tentulah risau dan perlu bertenang. Hadapi dengan tenang walau hati risau. 

Bawa ke klinik dan berikan ubat-ubatan yang dibekalkan oleh doktor. Akan tetapi demam pada kali itu agak mencabar bilamana dia sukar sedikit untuk makan ubat berbanding kebiasaannya. Berikan ubat, dia keluarkan, berikan ubat, dia keluarkan. Phewww, sabar jer lah oiii... Tang mana nak baik tu??? Kalau susah nak makan ubat??? Orang dah berakal kan??? Dah pandai main keluar-keluarkan ubat. 

Sokongan apa yang boleh membantu untuk menurunkan suhu dan ikhtiar apa yang boleh dilakukan? Pertama, Farah belikan Air Badak... He he he, tau kan? Air Badak kan? Ianya dikatakan berfungsi untuk menyejukkan badan. Turun temurun Air Badak ni, tidak luput di pasaran. Dan ini bukanlah satu masalah yang besar kerana dia gemarkan air suam. Laju jer minumnya. :-). Muka boleh ada senyumlah bila mudah memberikan dia minum Air Badak. 

Keduanya??? Sebenarnya Farah hampir-hampir terlupa tentang petua ini walaupun Farah sendiri ada kongsikan di "wall" Facebook Farah. Mujur ada Sue yang tolong ingatkan. Mandian Lemon! Belum pernah mencuba tetapi bila keadaan dah jadi macam tu, bila susah sangat nak telan ubat akhirnya Farah mencuba juga buat kali yang pertama pada hari Sabtu tersebut bila demam tidak juga kebah. 

Apa yang Farah lakukan adalah, hiriskan lemon dan ramas-ramaskan lemon tersebut di dalam air suam yang diletakkan di dalam besen. Mandikan Ash dan biarkan dia berendam dan bermain seketika dengan air hirisan lemon yang diramas tersebut. Main air itukan kegemaran? Farah lakukan secara konsisten pagi, tengah hari, petang dan malam. Bila anak-anak demam  dan mandikan mereka secara kerap itu kan membantu? 

Alhamdulillah, ianya sangat membantu untuk menstabilkan suhu badan Ash. Ahadnya??? Telah pulih dari demam dengan kehendak dan izin Allah SWT. Syukur, Alhamdulillah. Beransur hilang gundah-gulana dari hati Mommy. Ada juga petua yang mengatakan, mandikan anak dengan hirisan lemon yang diramas dan campurkan dengan garam EPSOM yang boleh dibeli di farmasi. Tapi yang ini Farah tak mencubalah. Farah cuma gunakan lemon sahaja. 

Ianya berkesan kepada Ash, dan jika anda mengalami situasi anak demam, mungkin anda juga patut mencubanya! :-). Semoga perkongsian ini menjadi sesuatu yang bermanfaat buat anda. ;-)

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Yupp..Alhamdulillah mmg berkesan bile buat pada Ammar..Tapi kena hati2..Risau air lemon masuk mata & anak makan hirisan lemon..Huhu

    ReplyDelete
  2. Ada jugak baca hari tu di facebook :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !