Brek Angin???

Farah Waheda Wahid
1

Biasa nampak papan tanda AWAS BREK ANGIN ketika anda sedang memandu di atas jalan raya? Pasti pernah terjumpa kan? Semalamlah punya cerita ni… Sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah dan tersekat di kesesakkan lalu lintas. Lepas tu lori ni berhenti di hadapan kereta Farah… Boleh? Tiba-tiba terfikir nak jadikan brek angin sebagai topik entri hari ini? Chia chia chia… Apa pun boleh… Sebat jer… Ngee…Asalkan ianya dapat memberi sedikit sebanyak informasi dan juga ilmu kepada diri sendiri dan juga kepada pembaca Bubblynotes.Com walaupun sememangnya memang ada yang dah tahu kan? J.

Ini tandanya, selama ini, Farah tidak pernah mengambil pusing atau mengambil tahu. Ha ha ha… Semalam jer baru terfikir tentang perkara ini secara tiba-tiba. Lepas tu sebabkan perasaan ingin tahu tu tiba-tiba jadi menebal, cepat-cepat pergi cari maklumat sana sini. Bha ha ha… Dan hasil dari pencarian? Meh sini nak kongsi jika anda berminat nak tau lahhh… Kalau tak nak tak apa, boleh jer tekan butang pangkah di hujung sebelah kanan “browser” anda…Tiada paksaan… J.

Sumber pertama dari SINI

Sistem brek angin, semasa “idle” (kaki tidak menekan brek dan sistem brek angin dicajkan oleh kompressor), tekanan udara mengatasi diafragma atau s-cam dalam kedudukan tertutup sehingga sistem brek dilepaskan. Apabila pedal brek dilepaskan, tekanan udara akan menurun, s-cam tidak berfungsi dengan maksima dan “brake shoe” tidak mencengkam permukaan brek drum. Kemudian, kompressor bekerja semula mengepam udara untuk mengisi tangki “reservoir” dan tekanan udara meningkat kembali ke keadaan semula.

Alamak!!! Macam saintifik sangat penjelasan…Ha ha ha…Sah tak berapa nak hadam dan faham… 

Sumber kedua dari SINI

Bila enjin bergerak, tekanan angin “maintain”. Jika enjin berhenti, tekanan angin akan berkurangan, jadi kena tunggu tekanan naik baru boleh jalan (kena tunggu ½ jam) baru ok. Kalau tak berbahaya sebab tak ada brek.

Haaaa, tu jerlah sebabnya kot… Lepas tu “signage” tu nak beritahu kita sebagai pemandu kita kena “alert” yang lori kat depan kita tu guna brek angin. Supaya kita berhati-hatilah…Nak kata faham sangat, tak lah faham sangat, tapi boleh dikatakan faham jugalah…Ha ha ha… J … Cumanya pesanan khidmat masyarakat, kalau dah suruh hati-hati tu, kita hati-hati jer lah…Mungkin ada yang lebih arif dan faham boleh tolong terangkan supaya faham betul-betul? Uhuksss…Taklah benak, tapi kurang kefahaman jer…

Dibuatnya pemandu lori tu nak cepat dan tak tunggu tekanan angin naik tu yang jadi macam-macam cerita kat atas jalan raya tu... Hu hu hu....  

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !