Fikir beratus kali sebelum nak menaip entri ini... Ha ha ha... Fikir nak kongsi cerita ke atau tak nak kongsi cerita? Timbang sana, timbang sini, timbang sinun... Akhirnya buat keputusan taip juga, kerana ianya adalah cerita mengenai anak, gelagat anak, telatah anak dan bukannya cerita atas sebab nak tayang Abah Ash. Tidak ada salahnya rasanya di situ, sesekali kita bercerita tentang keluarga lah pula yer tak?
Hari Jumaat malam Sabtu, sedang leka Firash bermain, tiba-tiba, muncul iklan Ali Cafe di kaca televisyen...
Terus berhenti dia bermain dan statik sebentar di satu tempat berdiri. :-). Tiba-tiba terpacul dari mulut comel yang mungil itu, "Ba bahhh, Ba Bahhh!". Sambil jari telunjuk tangan kanan menunjuk-nunjuk ke kaca televisyen. Habis semua orang di dalam rumah dia panggil suruh lihat konon-konon Babah dia lettew ada dalam televisyen. Amboiii, Ash ingat Babah tu retis ke? Bukanlah Ash! Silap orang. Ha ha ha...
Tak sempat pula nak rakam video aksi Ash tu sebab waktu itu telefon tiada di tangan dan sedang dicaj. Hai hai hai, anak oh anak... terkeliru juga dia yer? Memang rasa macam lawak dan rasa nak gelak guling-guling pun ada sebab Faizal Ismail atau lebih dikenali sebagai FBI disangka Babah dia.
Bukan tak pernah ada yang menegur Babah dia ada iras FBI, ada memang ada. Sebelum-sebelum ni memang ada kawan-kawan yang menegur. :-). Tapi tak sangkalah pula yang anak pun sama. Dia pun boleh nampak iras wajah FBI dan Babah dia. Tajam penglihatan nampak? Dan janganlah salah sangka pula yang Farah nak beritahu satu alam yang wajah suami Farah ada iras FBI. Cerita ok? Cerita... Jarang pun nak bercerita tentang suami ni. Rasa-rasanya boleh dikira dengan jari.
What's App Abah dia... Dan...
Abah pun gelak...:-)...Ada-ada jer cerita Firash ni kan? Paling kelakar dia ambil telefon Nek Ma dia, lepas tu berpura-pura bercakap telefon dengan Babah dia. Siap "kiss" Babah banyak kali dalam perbualan telefon imaginasi dia tu. Adehhh, Ash oh Ash...
Rasa nak gelak guling-guling pun ada tetapi dalam masa yang sama kesian pada dia pun yer... Rindu sangat lettew pada Babah tu... yerlah budak kan? Apalah yang mereka tahu dan apalah salah mereka jika mereka bertindak spontan begitu untuk menzahirkan rasa...

ala cian dia, rindu babah..
ReplyDeleteSayu hati acik PC nak...
ReplyDeleterindu sangat agaknya...
ReplyDelete