Bila Anak Semakin Membesar

Farah Waheda Wahid
2

Waktu bayi, sehingga usia lebih kurang 1 tahun lebih, kalau ke luar ke mana-mana, memang berbondong-bondong barang dia yang Farah bawa. Adatlah tu kan? Orang beranak kecil ni memang senantiasa banyak jer barang nak bawa kalau ke mana-mana. Dari susu formula (bagi ibu-ibu yang menyusukan anak dengan susu formula macam kakak ni ha...), sehinggalah ke air panas, air suam, lampin pakai buang, lampin kain, sapu tangan, tuala kecil, bedak, minyak bayi, losyen, persalinan pakaian dan berbagai lagi lah. Kena dapat mak yang seisi rumah semua nak bawa macam Farah ni, lagilah oiii... muahahaha.... 

Dengan beg galas barangan bayi, dengan "stroller", dengan "baby carrier"... penuh bonet dan penuh kereta. Tapi tak adalah macam kapal karam bonet kereta tu. Susun elok-elok supaya nampak kemas, teratur dan bersih. :-). Taklah semak sangat pemikiran kakak ni oiii. Tapi tulah, memang banyak barang! Itulah susurnya yang perlu dilalui. Dah nama pun ibu yang beranak kecil kan?.

Tapi bukanlah selama-lamanya begitu. Kini, di usia 2 tahun 3 bulan, Farah dah mula terasa yang segalanya ringan sedikit. Heee...Tak adalah berbondong-bondong barang sangat dah. Ekekeke, dah semakin mudah dah kalau ke mana-mana. Bawa yang penting sahaja. Contohnya, lampin pakai buang, air suam sebotol, susu sebotol, baju persalinan. "Baby gear" pula, cuma "harness" dan "stroller" yang sebenarnya "standby" jer kat belakang bonet tu. Sejak dapat kaki ni, jarang sangat dia nak duduk dalam "stroller" dia tu. Nak bebas berlari ke sana ke mari, nak berjalan sendiri. Tu yang penting ada "harness" tu. 

Itu baru di usia 2 tahun 3 bulan, kalau dah cecah usia 3 tahun, agaknya akan jadi lebih ringan kot? Pasti ibu-ibu yang dah pernah melalui tau rasanya kan? :-). Kalau dah bebas lampin pakai buang, lagilah ringan yer tak? Cuma susu tu, tak mungkin akan hentikan. Kalau pun dah tak minum dari botol susu, In Shaa Allah akan diteruskan rutin meminum susu itu sehingga besar. Bak kata BFF Farah, pagi sekali dan malam sekali bila anak dah besar. Susu kan bagus? In Shaa Allah, In Shaa Allah, Farah nampak kebaikannya di situ.

Semakin besar, semakin ringan dan mudah kalau nak ke mana-mana. He he he... makin panjanglah langkah dua beranak ni kan? ;-)

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Seronok tengok Ash dah besar... Tak sabar nak tunggu dia pandai bercakap pulak.... tengok Ash dari baby sampai sekarang tak pernah jumpa... mamikkk pun !

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !