Bagaimana Elak Gigi Anak Cepat Rongak

Sumber diubahsuai dari Google
Rongak itu pasti! Apabila tiba masanya untuk gigi susu itu gugur dan digantikan dengan gigi kekal. Kannn??? Kadang-kadang tu ada juga fikiran tu melayang membayangkan bagaimanalah rupanya Firash nanti sewaktu di dalam keadaan rongak? Pasti lain rupanya nanti…Ha ha ha…Sekarang ni gigi Firash sudah hampir penuh dan gigi taring atas dan bawah sedang di dalam proses untuk pertumbuhan lengkap.

Apabila anak mula tumbuh gigi, ramai yang mula mencari tips atau petua untuk menjaga gigi si kecil, tambahan pula bagi yang baru pertama kali bergelar ibu dan bapa. Kata diri sendiri lettew!!! Jadi bagaimana untuk mengelakkan gigi anak kecil daripada cepat berlubang dan rosak? Pasti ibu bapa risau dan menjadi lebih memilih makanan untuk diberikan kepada anak-anak. Diakui bagi Farah, Farah agak memilih jugalah…

Menurut satu artikel di SINI, sebenarnya tidak sukar, ada cara yang berkesan dan lebih “halus” untuk menjaga kesihatan mulut dan gigi anak-anak kecil…

Periksa Gigi
Alahaiii, yang ini sampai sekarang Mommy dia tak sempat-sempat nak membawa dia ke klinik gigi. (Ok, timbul rasa bersalah di situ…Ha ha ha). Perlu membiasakan si kecil ke klinik gigi agar dia tidak takut dengan doctor gigi dan mungkin seawal usia setahun. Yer, setahun! Tapi “now” dah 2 tahun 3 bulan…masih lagi tak ke klinik gigi lagi nih! In Shaa Allah, ada rezeki akan bawa dia juga dalam waktu terdekat. Biar si kecil tahu tentang perlunya menggosok gigi setiap hari dan kesan makanan manis yang boleh rosakkan giginya. (Memang setiap hari gosok gigi pagi dan juga petang dan juga sebelum tidur…memang biasakan dia).

Sediakan Berus Gigi
Ketika giginya mula tumbuh, anda perlu biasakan si kecil gosok gigi. Tak perlu bimbang dengan emosi si kecil sebab ada berus khas yang sesuai untuk peringkat umur anak. Jangan lupa untuk ajar gosok gigi setiap kali sebelum tidur.  

Elak Tidur Dengan Botol
Memang si kecil suka minta susu sebelum tidur tetapi anda boleh isikan air putih untuk elak gigi cepat berlubang. Firash tak ada masalah tentang ni, sebab kegemaran dia sememangnya air putih. He he he…Alhamdulillah. Paling penting, jangan biarkan botol susu ada di mulut anak sewaktu tidur.

Ketepikan Makanan Manis
Hati-hati dengan pemakanan yang anda berikan untuk si comel. Anak mungkin suka dengan biskut atau gula-gula yang manis dan perlu dikunyah. Jika makanan yang dimakan dibiarkan melekat pada gigi, risiko gigi berlubang lebih cepat terjadi.

Nek Ma dia memang tegas bab makanan manis ni, tetapi Mommy dia ada kelonggaran sedikit…Hua hua hua…

Nampak-nampak gayanya memang nak tak nak kena luangkan masa dan berusaha sedikit untuk membawa dia ke klinik gigi ni…   

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Bagaimana Elak Gigi Anak Cepat Rongak, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, March 22, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

2 comments:

  1. Pernah sekali je bawa si kakak cek gigi.. Lepas tu takde dah... Tapi di adik lagi cepat rongak... Sbb dia suka coklat... Hehe

    ReplyDelete
  2. paling susah nak ajar mikhail gosok gigi.. teriak sampai gigil2 tak nak gosok..huhuu

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY