Apakah Yang Perlu Dilakukan Setelah Anda Menjerit Pada Anak Anda???

Farah Waheda Wahid
2
Sumber dari Google
Ada mak yang jenisnya memang suka sangat menjerit pada anak! Ada mak yang jenisnya lemah-lembut dan sopan santun! Ada mak pula yang jenisnya memang tak akan jerit pada anak melainkan meninggikan sedikit nada suara dan ianya berbunyi tegas! Haaaa...Kakak lettew... Tak main jerit-jerit nih... Atau jadi raksasa gorgon ataupun bertukar jadi hijau ni... Cuma tinggikan sedikit nada suara dan kemudiannya cuba membuatkan bunyinya tegas. Hurmm...Tak lah kata cara yang lain tu salah...Bergantung kepada individu yang benarnya... "At least for now, yelling is just not my style of parenting"... Tu jer! Akan datang tak taulah bagaimana pula jadinya nanti...Manalah tau satu hari nanti terlepas pula menjerit kepada Ash kerana merasakan keadaan tidak terkawal...Cumanya setakat ini belum lagi lah... Hu hu hu...Moga-moga taklah menjadi sampai begitu sekali keadaannya.... 

Cumanya, andai katalah, andai kata satu hari nanti, tanpa disangka dan dijangka Farah terjeritlah pada Ash...Apa yang perlu Farah lakukan untuk memperbetulkan keadaan? 

Sumber dari SINI
Mungkin beberapa perkara di dalam bentuk nota ringkas yang Farah nyatakan di dalam entri ini dapat menjadi bekalan serta panduan untuk diri Farah sendiri di masa akan datang... Manalah tahu, kot-kot Farah memerlukannya satu hari nanti. Kalau boleh tak naklah kan? Kalau boleh Farah memang nak elakkan, cumanya takut sekiranya berlaku sesuatu keadan yang berada di luar kawal ataupun tekanan ke? Kita tak akan pernah tahu... Moga dijauhkan hendaknya...Amin... 

BERTENANG
Setelah menjerit kepada anak, apa yang perlu dilakukan cepat-cepat sedarkan diri dan ingatkan diri supaya bertenang. Takut-takut kalau tak bertenang, makin naik syeh, makin tinggi, makin tinggi suara, kita akan terlepas sesuatu yang tidak sepatutnya keluar dari mulut kita sebagai seorang ibu kepada anak sehinggakan ia melukakan perasaan anak dan memberi impak kepada emosi serta perkembangan anak. 

Bawa-bawa bertenang dan cuba ingatkan balik sama ada kita ada menuturkan sesuatu yang tidak sepatutnya kita tuturkan kepada anak. Buatlah apa saja yang boleh menenangkan untuk seketika. Jika marah sangat duduklah... 

MINTA MAAF
Tidak salah seorang ibu ataupun bapa memohon maaf kepada anak. Selepas menenangkan diri sendiri, silalah gunakan cara yang terbaik untuk memohon maaf kepada anak anda di atas kekasaran anda sebentar tadi. Bukan disebabkan apa yang berlaku yang mendorong kita untuk menjerit, tetapi meminta maaf atas tindakan kita menjerit kepada anak, tindakan kita menjerit tu. Mohon maaf kerana menjerit, mohon maaf kerana membuatkan mereka berasa sedih, mohon maaf kerana kita tidak mengendalikan situasi dengan cara yang lebih baik, mohon maaf kerana telah melakukan kesilapan itu terhadap anak. 

Kita mahu anak kita belajar bahawasanya kita semua adalah manusia yang diciptakan oleh Allah SWT dan kita tidak terlepas dari khilaf dan ada kalanya kita boleh menjadi hilang kawalan ke atas emosi serta tindakan kita. Dan bila mana ia berlaku, kita mengambil tanggungjawab yang sepenuhnya untuk tindakan kita dan memohon maaf.

TERANGKAN
Adakalanya, setelah memohon maaf, adalah lebih baik kita susuli dengan penerangan ataupun penjelasan. Kita perlu menerangkan secara jelas kenapa kita tidak dapat mengendalikan situasi yang berlaku dengan lebih baik - kerana kita tidak boleh menjangka apa yang anak-anak kita tahu atau faham sama ada kita berasa penat, tertekan ataupun kecewa akan sesuatu perkara selagi kita sendiri tidak memberitahu mereka. Kita perlu menjelaskan kepada anak-anak sepatutnya kita bukannya menjerit, cumanya mungkin ini merupakan titik tolak kepada kita untuk memperbaiki tindakan kita pada masa akan datang. 

BERBINCANG DENGAN ANAK
Setelah keadaan jadi tenang dan keadaan menjadi lebih baik, bincanglah dengan anak apa yang membuatkan kita marah dan bagaimana yang sepatutnya berlaku serta cuba untuk perbaiki keadaan. Cuba perbaiki hubungan dengan anak supaya menjadi seperti sediakala.

Farah percaya, mana ibu yang suka nak menjerit atau marah dalam nada menjerit kepada anak-anak? Mana bapa yang suka nak marah-marah anak? "But it happens"... Tipulah jika dikatakan di dalam perhubungan ibu bapa dan anak, di dalam perjalanan sebagai ibu bapa hendak mendidik anak, tiada istilah marah ataupun tertekan sehingga kita terpaksa melakukan sesuatu yang sebenarnya kita tak suka pun nak lakukan pada anak-anak. Marah itu tandanya sayang, marah itu tandanya kita ambil berat...Marah itu mendidik... Bukanlah kata kita tidak boleh memarahi anak yer tak? Cumanya mungkin ada cara lain yang lebih baik selain daripada menjerit... Pendekatan yang lebih baik selain daripada menjerit... Kalau boleh elakkan kita elakkanlah dari menjerit kepada anak-anak. Kena pandai kawal emosi nih! Terutama jika mendidik anak yang berada di fasa remaja yer tak? 

Tentunya rasa tak seronok bila marah dalam nada menjerit pada anak... Tentunya akan timbul rasa kesal setelah itu, akan tetapi mungkin tips yang dikongsikan di atas dapat membantu kita semua sebagai ibu bapa. Farah bukanlah seorang pakar untuk menasihati orang lain, cumanya ianya sekadar perkongsian yang mungkin ada kekurangannya di sana sini... ;-) 

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. sy jenis suka membebel..kalo ada yg xkena memang mulut sy bising je..kadang2 sy jerit jugak kalo dh x dgr cakap sgt kan..kalo nak pukul pon, sy pukul kaki dia..stkt ni xpnh lagi la pukul melampau..dan masih blh control temperature tu..kalo rsa mcm sakit sakit hati sgt kan, cpt2 tgk muka ank..terus x jadi..rasa kesian plak jadinya hehe..

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya menjerit kuat2 xbagus...haha jd tiger...eloknya bersikap tegas dgn amaran simple

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !