Anda Ada Anak Kecil??? Tolong Simpan Termometer Di Rumah...

Farah Waheda Wahid
5
Ini pesanan ikhlas dari sudut hati yang paling dalam lah kepada semua yer? Kepada semua ibu bapa di luar sana yang mempunyai anak kecil di rumah. Tolonglah simpan sekurang-kurangnya satu unit termometer di rumah. Ianya sangat berguna dan sangat membantu anda di kala ketika anak-anak kecil anda tidak sihat. Membantu anda untuk memantau suhu badan anak-anak kecil anda sekiranya mereka demam. Membantu anda untuk merangka atau mengambil tindakan yang sewajarnya melalui bacaan-bacaan termometer tersebut. 

Pernah dengar tentang jangan ambil remeh dan jangan ambil mudah sekiranya anak-anak kecil diserang demam? Pernah dengar tentang jangan ambil ringan sekiranya anak-anak kecil demam? Dua perkara yang rasanya berpuluh-puluh kali menjadi "highlight" di Bubblynotes.Com adalah tentang komplikasi kehamilan Farah iaitu Placenta Previa (yang mana tak ada kena mengena dengan entri ini) dan juga tentang Ash yang demam sehinggakan dia diserang sawan demam / "febrile fits" / "febrile seizures" pada tanggal 22 Februari 2015... Hurmmm dah setahun pun berlalu... Tetapi masih kekal segar di ingatan... Yang belum pernah mengalami pengalaman dan tidak melalui pengalaman akan bimbang sekiranya anak-anak kecil masing-masing terkena sawan demam. 

Yang pernah melalui, mengalami, melihat di depan mata? Lagilah... bimbang bercampur trauma bercampur fobia. Lengkap pakej! Jika kita tidak merasa pengalaman itu sendiri, melalui pengalaman itu sendiri, kita mungkin akan berasa risau, tetapi sekiranya sekurang-kurangnya sekali pernah mengalami, anda akan faham "thrill" itu bagaimana. Tapi taklah Farah doakan anak-anak kecil di luar sana mengalaminya ok? Moga-moga dijauhkan oleh Allah SWT. Perasaan tu? Phewww... Tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata ok? Selepas melaluinya, pengalaman itulah yang mengajar Farah bagaimanakah cara yang betul untuk mengendalikan anak kecil yang demam. Pengalaman itu jugalah yang menjadikan Farah doktor tak bertauliah, jururawat tak terlatih menjaga seorang anak yang demam... Sesungguhnya pengalaman itu memang benar mengajar kita untuk jadi lebih baik dari sebelumnya dan juga lebih matang di dalam mengendalikan sesuatu perkara. :-) 

Yang anda lihat gambar di atas adalah Multifunction Infrared Thermometer yang sememangnya Farah simpan satu unit di rumah untuk kegunaan di waktu-waktu Ash tidak sihat. Untuk diri sendiri pun kekadang guna juga...Ahaksss... Sebenarnya tak perlu nak beli termometer mahal-mahal sangat, sekiranya anda rasa tidak berbaloi atau belum cukup sumber untuk membeli termometer. Busuk-busuk pun, anda boleh beli termometer dengan harga yang jauh lebih murah dari termometer yang canggih-manggih yang ada di pasaran. Contohnya:


Ini termometer pertama Ash yang dibeli oleh Abah Ash di 7-Eleven sewaktu Ash baru sehari sahaja lahir. Katanya amat penting untuk disimpan di rumah! Memang betul pun! Farah tak pernah terfikir nak beli termometer dan simpan di rumah pada waktu dan ketika itu. Al-maklumlah masa tu awak baru pertama kali nak bergelar ibu kan? Masih belum berpengalaman luas lagi dalam bidang keibubapaan ni...Ha ha ha... Ada benda-benda yang terlepas pandang. Dok seronok-seronok membeli barangan persiapan bayi yang lain, sampai lupa bab ni, sampai terlepas pandang bab ni. TIPS - Ehemm... Bakal ibu bapa di luar sana, sila masukkan termometer di dalam senarai beli-belah barangan bayi anda yer? 

Berjasa termometer, banyak jasanya, kurang-kurang lebih kurang sebaya umur Ash termometer ni berjasa dan berbakti. Masih berfungsi dan masih tersimpan rapi di rumah kerana termometer ini mempunyai nilai sentimental yang amat tinggi bagi Farah. Ha ha ha...Abah Ash belikan, mana nilai sentimental tak tinggi ooo! Cumanya, "as time goes by", semakin Ash membesar, semakin "juggling" Farah nak gunakan termometer jenis ni disebabkan Ash tak suka bila nak kena kepit termometer ni untuk beberapa ketika di celah ketiak ataupun di bawah lidah dia. Budak-budak tengah naik kan? Mana nak duduk diam dan tak suka dipegang lama-lama sangat. Berdasarkan keadaan ini ianya telah membuatkan Farah berasa ragu dengan ketepatan bacaan yang diambil sekiranya Ash tidak sihat. 

Disebabkan itu juga, Farah mengambil keputusan nak "survey" harga Multifunction Infrared Thermometer ni. Diakui, harganya berbeza-beza mengikut jenis dan harganya bukanlah terlalu murah mana pun. Bukan nak berlagak kata kakak ada termometer mahal yer? Haippp! Berlagak dan menunjuk-nunjuk bukan dapat apa pun, sebaliknya menjadikan kita seorang yang riak. Yer tak? Tak ada niat pun...Tapi berkongsi berdasarkan realiti. Banyak tempat Farah "survey", tidak mahu terburu-buru beli dan tidak mahu merasa rugi membeli sekiranya ada tempat lain lagi yang boleh menawarkan harga yang lebih kompetitif. "Survey" punya "survey" punya "survey" akhirnya bertemu jodoh di LAZADA sewaktu promosi Sensational Deal mereka. Alhamdulillah, dapat membeli Multifunction Infrared Thermometer ni dengan harga yang sangat berbaloi-baloi dan pembelian yang sangat membuatkan Farah berasa puas hati. 

Yang boleh Farah rumuskan adalah, ianya dapat memberikan bacaan dalam tempoh masa yang sangat singkat, tak sampai 2 saat, memudahkan kerja Farah, "no more hassle", "no more juggling" dan ianya mempunyai multi-fungsi. 


 Terdapat dua cara penggunaan yang boleh dilakukan. Yang pertama,


Letakkan termometer ini di dahi anak kecil anda dan bacaan akan diperolehi kurang dari dua saat.


 Buka penutup dan letakkan muncung termometer ke dalam lubang telinga anak kecil anda. Janganlah sampai terlalu dalam kan? Karang tercucuk dan menyakitkan anak pula. 

Untuk Multifunction Infrared Thermometer ini, ianya mempunyai indikasi lampu berwarna. 
  • Lampu Berwarna HIJAU Menyala: Suhu badan normal. Tidak demam atau sekadar dedar. 
  • Lampu Berwarna KUNING Menyala: Suhu badan adalah DEMAM. Cepat-cepatlah bagi ubat demam yer? 
  • Lampu Berwarna MERAH Menyala: Suhu badan adalah pada paras DEMAM SUHU TINGGI. Boleh fikir-fikirkan sama ada nak pergi ke klinik? nak pergi ke hospital? Ataupun masukkan "suppository".
Contoh bacaan untuk malam semalam dan pagi tadi untuk Firash... 




"Gradually reducing and increasing"... Ash sedang dilanda demam pada saat dan ketika ini. Pukul 3.57 pagi sumbat lagi "suppository"... Selain itu, badan Ash di"sponge" dengan air daun Bunga Raya Putih bagi mengurangkan panas. Satu malam tak tidur bila anak demam itu perkara biasa. Pengorbanan seorang ibu. Risau? Tentulah, mana ada ibu yang tidak risau sekiranya anaknya tidak sihat yer tak? Semua ibu sama jer...Jadi tak payah nak cakap ko terlebih-lebih risau, kerisauan ko tu melampau dari ibu-ibu lain sebab ko sangat sayangkan anak ko... "NO!" Semua ibu sama jer perasaannya bila anak tak sihat... 

Setiap kali dia tidak sihat dalam keadaan macam ni suhunya - TIPS - beg tangan, kunci kereta, shawl dah "standby" tepi tilam. Sekiranya, kalau, kalaulah, memang terus capai segala di tepi tilam tu dan bawa dia segera ke mana-mana klinik 24 jam ataupun hospital terus. Tak ada "intention" nak tunggu-tunggu lagi dah...Tunggu esok ke, tunggu sampai apa ke... Tak ada maknanya... Pengalaman mengajar untuk tidak bertangguh...Dulu pun memang tak fikir banyak terus jer ke hospital. Pengalaman itu juga sebenarnya banyak membantu Farah untuk mengendalikan keadaan ini dengan lebih rasional dan tenang. 

Abah dia pun kerap bertanya juga dan kerap mahu tahu situasi. Terima kasih Abah...kerana prihatin ke atas Firash... Farah pun, dari semasa ke semasa akan maklumkan kepada Abah Ash tentang perkembangan Ash... 





Kena beritahu perkembangan semasa kerana Abah pun perlu tahu dan nak tahu. Kena maklumkan dan dah jadi tanggungjawab untuk maklumkan...

*Ingat pesan kakak pada bakal-bakal ibu bapa dan ibu bapa yang baru jer melahirkan anak pertama (ha ha ha, "why I sounded so old?")... termometer itu penting, tak kira jenis apa, mahal ke murah ke...beli dan simpan di rumah...Percayalah, ikutlah pesanan khidmat masyarakat ni....

**"Emergency Leave" sudahnya hari ini... "Get well soon" anak manja Mommy...

Post a Comment

5Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Memang pernah beli termometer jenis ni di lazada, tapi guna sehari, rosak.. Sakit betul hati.. So teruskan je la guna yang Zara punyer.. Jenama lain.. Kononnya beli satu lagi untuk Adam la.. Frust..

    BTW, termometer memang penting.. Ke nursery, memang ada dalam beg mereka..

    ReplyDelete
  2. Ini entri Eraz tu : http://www.erazfadli.com/2015/08/it-201-4-in-1-infrared-thermometer-baru.html

    ReplyDelete
  3. aida memang ada termometer kat umah since kakak-kakak kecik.
    anak2 ada tonsil.
    demam tinggi dgn tiba2 pada bila2 masa.
    memang wajib ada!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !