Sumber dari Google
Dari kehamilan sehinggalah kelahiran, ianya semua adalah merupakan satu proses di dalam kehidupan. Setelah kelahiran, bermulalah satu episod baru, satu babak baru di dalam kehidupan kita yang telahpun bergelar ibu bapa. Tidak banyak sedikit pasti ada perkara yang berubah. Tidak banyak sedikit, pemikiran kita sebagai seorang manusia akan berubah serta tidak sama seperti sebelumnya. Seperti sebelumnya kita mempunyai anak. Ada banyak perkara yang perlu kita fikirkan setelah seseorang anak itu lahir.

Membesarkan, menghidupkan dan memberikan pendidikan yang sebaiknya, itu semua adalah perkara asas yang kita semua ketahui dan tanggungjawab yang semua orang pun tahu setelah kita bergelar ibu bapa. Namun sebenarnya, tidak cukup dengan itu, masih ada beberapa perkara lain yang perlu kita fikirkan sebagai ibu dan juga bapa untuk masa depan anak-anak kita. Siapa yang tidak mahu anak-anak mendapat segalanya dengan sempurna. Kalau boleh kita mahu limpahkan segala keperluan yang sememangnya perlu untuk mereka supaya mereka mendapat yang terbaik. Kannn? Tipulah jika ada ibu bapa yang tidak menginginkan anak mendapat sepatutnya apa yang mereka patut dapat.

Jujur yer, Farah akui, sejak Ash lahir, ada-ada sahaja perkara yang Farah fikirkan dan ada-ada sahaja perancangan yang cuba dilakukan untuk Ash. Bha ha ha…Kadang-kadang otak ni macam tak berhenti berfikir pula. Sampai nak tidur pun boleh lagi berfikir tu…J. Baru rasa… Itulah salah satunya yang perkara yang dimaksudkan dengan… “Bila ada anak nanti, ko taulah rasanya bagaimana…”…He he he… FIKIR yang Farah maksudkan adalah FIKIR bagaimanakah caranya yang terbaik untuk kita membantu anak kita di masa depan.

Satu perkara yang memotivasikan, satu perkara yang memberikan kesedaran, satu perkara yang memberikan semangat kepada Farah adalah di mana Allahyarham Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini melakukan perancangan masa depan anaknya… Anda masih ingat tentang Nukilan Terakhir tersebut? Atau anda terlepas pandang… Farah kongsikan sedikit di dalam entri ini melalui sumber di SINI 

Hari ini saya ingin berkongsi cerita antara IBU & ANAK.

In Shaa Allah… Dengan izin ALLAH, jika tiada aral melintang tidak lama lagi Aliff akan pulang bercuti selama 3 bulan…Bunyinya lama tetapi realitinya sekejap sangat setelah setahun tidak bertemu…kini masa dah hampir tiba untuk dia pulang…saya dah pun kemaskan bilik Aliff.

Saya tidak sabar duduk berbual, berbuka puasa bersama, solat jumaah bersama…mendapat undangan berbuka puasa bersama…kadang-kadang Aliff jadi Imam di rumah sahabat-sahabat saya…Setiap kali dia jadi Imam…Aliff sangat gemar membaca surah-surah yang panjang…air mata saya di belakang tidak berhenti menangis bangga…bacaannya sedap sekali dan nyaman didengar.
Kadang-kadang, kami banyak berbual tentang Hukum – Kehidupan dan kematian tanpa rasa takut dan perbualan ilmu yang sangat terbuka…saya lebih banyak bertanya. Aliff membawa saya dan kawan-kawan saya kefahaman yang lebih maksima…Banyak kali bila Aliff mengeluarkan hadith, saya sebagai ibu saya terpegun.

Lidahnya dah jadi lidah Arab…11 tahun belajar di Madinah…Ma Shaa ALLAH. Ada juga perkara yang saya tanya, jika dia kurang pasti jawapannya, dia tidak malu berterus-terang mengaku apa yang dia kurang pasti dan baru merujuk kepada kitab-kitab beliau dan menyuruh saya membaca dan fahami…rutin kami di bulan Ramadhan …selepas berbuka, Kami berterawih…Baca Al-Quran dan tidur sekejap. Jam 3.30 pagi kami bangun solat Tahajud…saya mendengar Aliff membaca Al-Quran sampai subuh… Kami turun bersahur dan makan bersama-sama…Makanan Aliff sangat “simple”…In Shaa ALLAH…Kami semua di rumah nak habiskan Khatam Quran sebelum lagi berakhirnya bulan Ramadhan…Selalunya, malam ketiga Kiamulaii kami dah selesai Khatam Al-Quran.

3 bulan ini bulan yang sangat penting buat saya dan kami satu keluarga…Nikmat saya sebagai IBU memastikan makanannya terurus. Tukang masak saya sangat rapat dengan Aliff…

Dalam pada perbualan yang ringkas…saya tidak lupa memesan kepada Aliff…jika ALLAH izinkan Mami ingin mati di pangkuan Aliff…Jika Aliff ada di samping Mami ketika Mami menghembuskan nafas yang terakhir…Mami ingin Aliff jadi Imam untuk solatkan jenazah Mami…Mami akan tersenyum dan bangga. Jangan benarkan orang yang bukan family masuk melihat jenazah Mami dimandi…Hanya Aliff, anak-anak angkat Mami – “Best Friend Mami” dan orang yang menguruskan pemandian jenazah…Jika Mami sakit di hospital…orang tidak kenal jangan dibiarkan masuk untuk mengambil sebarang gambar…Jaga Hijab Mami…sekarang zaman HP moden…saya tidak redha gambar saya sakit masuk ke dalam Internet. Jika Mami sakit di hospital. Ambil 4 bilik penuhkan anak-anak Tahfeez dan semua Ustaz-Ustax Mami. Bacakan ayat-ayat Al-Quran dan Surah Yaassin untuk Mami…baca perlahan-lahan supaya tidak mengganggu ketenteraman pesakit lain di hospital.

Mami bekerja keras selama 45 tahun mencari rezeki dikelilingi dan bermandikan Fitnah untuk mendapat satu kehidupan kita pada hari ni…Mami mahukan Aliff hidup bersederhana…Mami tidak kaya…selebih apa yang kita ada kita wakafkan untuk Anak-Anak Yatim Piatu…Orang-orang Miskin dan Anak Tahfiz. Mami tidak pernah rosakkan Aliff selama ini dengan duit ringgit – Aliff pun anak yang baik bukan mata duitan… In Shaa ALLAH…

Sebagai ibu Mami sudah sediakan keperluan untuk kehidupan Aliff & keluarga Aliff… Mami tidak mahu Aliff berhutang. Beli apa yang kita mampu sahaja! Jangan sekali-kali membazir untuk keduniaan, Mami sentiasa mendoakan Aliff ditemukan jodoh dengan Muslimah Solehah yang dapat membimbing keturunan kita dengan baiknya!

CINTA IBU BAWA KE SYURGA ALLAH WAHAI ANAKKU.

Farah percaya, pasti anda terkesan dan pasti anda memahami perasaan itu dan apakah yang difikirkan. Walaupun anda bukanlah seorang ibu atau anda adalah lelaki, sekiranya anda selami pasti anda fahami. Semua ibu akan berkorban untuk anak-anak masing-masing dan Farah percaya setiap ibu pasti akan lakukan apa sahaja asalkan kebajikan anak-anak terjaga.

Sebenarnya, pada saat dan ketika Farah membaca Nukilan Terakhir tersebut, ia telah menyedarkan Farah tentang apakah tanggungjawab dan tugas Farah sebagai ibu kepada Iman Firash. Farah jujurnya kagum dengan Allahyarham Datuk Sharifah Aini di dalam didikannya dan apa yang dia korbankan untuk anaknya Aliff. Rentetan dari itulah, hari ini Farah berkongsi entri ini di mana sememangnya ianya adalah panjang berjela tetapi ini adalah antara perkara yang Farah fikirkan yang perlu Farah lakukan untuk Ash. Banyak benda ooo yang bermain di fikiran… Yang mana inilah “benchmark” Farah untuk masa depan Ash. 

SIMPANAN UNTUK ANAK
Perit bagaimanapun, susah bagaimanapun, tidak mencukupi macam mana pun, busuk-busuk pun sekurang-kurangnya RM 50.00 sebulan akan dipastikan supaya dapat dimasukkan ke dalam akaun simpanan Iman Firash. Memanglah kelihatannya sedikit, RM 50.00 didarabkan dengan 12 bulan, In Shaa Allah, sekurang-kurangnya minima RM 600.00 setahun untuk Iman Firash. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

Untuk Iman Firash, simpanan Tabung Haji RM50.00, simpanan Easy-RHB Junior RM50.00, simpanan SSPN-i RM 50.00…In Shaa Allah… Akan diusahakan untuk diadakan walaubagaimanapun caranya. Melampaunya ko? Sampai 3 tempat menyimpan? Jujurnya, simpanan Easy-RHB Junior itu adalah lebih kepada simpanan kecemasan untuk Iman Firash. Jika memerlukan… Ianya akan dikorek…Maknanya Easy-RHB Junior itu adalah tidak statik…Muahahaha… Farah memang “restrict” diri Farah untuk tidak sesekali mengorek simpanan Tabung Haji dan juga SSPN-i Ash… Sebab itu sahajalah caranya, itu sahajalah jalannya untuk memastikan Ash ada simpanan untuk masa depan dia. Jika ada lebih, kita masukkan simpanan lebih, jika kurang, kita berbekalkan apa yang ada sahaja. Macam tulah…

INSURANS KESIHATAN & PENDIDIKAN UNTUK ANAK
Perkara ini adalah penting… Kalau kita orang kaya, jenis yang sentiasa berduit dan berkepok-kepok dalam poket dan bertingkek-tingkek di dalam simpanan bank itu tidak mengapa. Nak duit jer, pejam mata petik, dah keluar dari mesin ATM, pejam mata petik dah keluar dari mesin ATM… Ha ha ha…Tapi Farah bukanlah dalam golongan dan kategori itu. Memang ada insurans kesihatan di bawah Abah Ash, akan tetapi, berdasarkan keadaan semasa Farah merasakan ada keperluan untuk mendapatkan insurans kesihatan & pendidikan untuk Ash. Farah ada sebab Farah yang tersendiri. Sekurang-kurangnya cukup tempoh matang, sudah ada “fund” untuk pendidikan Ash sepertimana yang ditawarkan oleh skim insurans tersebut. Sekiranya terjadi apa-apa pada Farah, ada “fund” untuk Ash. Faham kan? Anda tentu faham perasaan dan pemikiran itu. Yang ini RM 150.00 sebulan alokasinya untuk Ash telah Farah sediakan.

PENAMA
Ada sesetengah orang mungkin merasakan terlalu awal, akan tetapi hidup kita ni kita tak tau sampai bila… Ini juga salah satu perkara yang menjengah pemikiran Farah. Apa-apa yang ada rasanya eloklah diletakkan penama seawal yang mungkin. Jujur Farah akui di sini, untuk penamaan KWSP Farah telahpun meletakkan Ash sebagai penama untuk menerima bahagian 100%. Yang masih tergantung ada beberapa perkara lagi yang Farah tahu Farah kena selesaikan secepat mungkin. Contohnya akaun simpanan bank, rumah, kereta dan sebagainya. Mungkin ada yang berkata, kenapa ko ni merepek sampai ke situ pemikirannya? Tapi bagi Farah, Farah perlu berfikir sehingga ke tahap itu.

YURAN PERSEKOLAHAN
Sekarang Ash sudah pun berada di fasa terakhir “toddler” dan akan beralih ke fasa “preschooler” tidak lama lagi… Mengikut artikel keibubapaan umur 3 tahun adalah awal fasa “preschooler”… Bukanlah bermaksud Farah nak menghantar Ash sewaktu berusia 3 tahun, tetapi usia 3 tahun itu adalah “benchmark” atau “alert” yang dihantar kepada Farah untuk beringat yang Farah kena menyimpan duit untuk segala jenis yuran persekolahan Ash.

Yuran pendaftaran dan yuran bulanan tadika sekarang ni pun bukannya macam zaman-zaman kita dulu… Sekarang ni main ribu…Main ratus. Memanglah ukur baju di badan sendiri, hantar anak ke tadika mengikut kadar kemampuan diri sendiri. Dan mungkin ada yang akan melontarkan ayat, kenapa tidak hantar ke tempat yang mengikut kadar kemampuan? Memang betul, hantar ke mana sahaja tujuannya untuk anak mendapat ilmu akan tetapi tidak sedikit sebanyak ianya ada memainkan peranan. Mungkin ini cara Farah berfikir, mungkin ini cara Farah mencorakkan hidup Ash.

Biarlah… Biar susah asalkan dapat memberikan yang terbaik untuk dia. Betul, tidak semestinya hantar ke tadika mahal, anak akan menjadi seorang yang bijak pandai. Betul, tidak semestinya hantar ke tadika yang biasa-biasa, anak tidak boleh menjadi seorang yang bijak pandai. Semuanya bergantung kepada didikan dari rumah dan bagaimana ibu bapa mendidik. Cumanya, Farah rasa, Farah ingin (okkk, niat tidak menghalalkan cara…ha ha ha…)…Tapi itulah pilihan Farah. 

Jika Atuk Ash boleh berkorban mencuci kereta sebagai kerja separuh masa dan Nek Ma Ash boleh berkorban menerima tempahan kek, menjaga anak orang semata-mata nak berikan yang terbaik kepada Farah. Kenapa tidak Farah berkorban dan berusaha untuk Ash? Hormati pilihan dan keputusan orang lain yer? Jangan persoalkan… Setiap orang ada sebab musababnya yang tersendiri…Tak adalah pula rasa nak merungut...Itu jalan yang kita pilih, kita kenalah berusaha untuknya kan? 

Ada banyak lagi perkara-perkara lain yang bermain di fikiran Farah… Diharapkan agar Farah dapat menempuhi cabaran yang mendatang dan melaluinya dengan tenang serta lancar. Semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah SWT. Semoga Farah mampu melaluinya… Semoga semuanya baik-baik untuk Ash dan dipermudahkan untuk Ash…

*Setiap ibu akan melakukan apa sahaja demi anak-anak mereka… Begitu juga Farah… Berfikir ke hadapan, menimbal semua situasi, keadaan dan kedudukan supaya boleh melakukan perancangan yang sebaiknya dan dirasakan terbaik untuk masa depannya pada masa akan datang. Bukan nak tunjuk bagus, tetapi sekadar menyediakan payung sebelum hujan.In Shaa Allah, Amin…

1 comments Blogger 1 Facebook

  1. Farah..says pun sependapat dgn farah....kita perlu menyimpan utk simpanan anak kits sejak anak kita masih kecil lg

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

 
Bubblynotes - Malaysia Parenting & Lifestyle Blog © 2013. All Rights Reserved.Edit by Jiakreatifelt. Powered by Blogger
Top