Tips & Trik Menggalakkan Anak Minum Air Masak

Sumber dari SINI
Bila bab minum air masak jer, ada anak-anak yang mula cuba nak mengelat... Bila bab minum air masak jer, mesti minumnya seteguk, dua teguk ataupun kepada tergeleng-geleng menandakan tidak mahu. Siapa di kalangan anda ibu bapa yang mengalami permasalahan anak tidak mahu atau kurang minum air masak sebegini? Rasanya isu minum air masak di kalangan anak-anak kecil ini bukanlah sesuatu yang pelik mana sangat pun dan majoriti ibu bapa ada yang berhadapan dengan situasi ini. 

Alhamdulillah, untuk setakat ini Farah, tidak mengalami masalah seumpama ini, kerana Ash sememangnya sangat gemarkan air masak. Lepas sebotol penuh habis, dia mampu untuk menghabiskan botol yang kedua. Itupun kalau sua botol yang ketiga, mau taknya dia mampu habiskan air masak di dalam botol ketiga itu. Cumanya, awaklah yang risau kannn? Terlalu banyak sangat minum air masak, uhuksss...takut-takut nanti perut jadi tak selesa ke? Sampai satu peringkat tu, Farah terpaksa sorok botol atau cawan Ash yang mengandungi air masak. Ha ha ha... Orang kata bagus, tetapi kalau sampai dah berlebih-lebihan sangat pun macam risau pun ada juga... *sebab tu kuat pakai lampin pakai buang dari kecil sampailah ke la ni kalau bukan pada waktu "potty training" dia... :-P. Kuat minum, kuatlah membuang air kecil... 

Yang Farah nak kongsi ni adalah tips dan trik yang boleh dipraktikkan oleh anda sebagai ibu bapa sekiranya anda menghadapi cabaran dan kesukaran untuk mendapatkan anak-anak kecil anda meminum air masak. Susahhh sangat nak beri air masak...Susah sangat nak suruh minum air masak... Anak-anak kecil ada yang lebih suka kepada air bergula dan berperisa... Jadi nak buat macam mana? 

Sumber dari SINI

Tu dia keluar segala bagai jenis alat dan kelengkapan...semata-mata nak mendorong anak-anak kecil supaya minum air masak. Intipatinya yang boleh dilihat di sini adalah bagaimana ibu bapa boleh menjadi kreatif sehingga mampu menarik perhatian anak-anak kecil untuk meminum air masak. Kanak-kanak ni bila mereka telah tertarik, secara perlahan-lahan hati mereka akan terpaut dan terpanggil. He he he... Jadi ibu bapa sesungguhnya melatih kita, kita, kita ni merangsang otak serta menjadikan kita secara tidak lansung, kreatif serta inovatif. Sebab kena fikir untuk anak kan? Dari situlah macam-macam idea yang timbul dan dilaksanakan.

"Buy Fun Cups"
Bawa anak ke mana-mana pusat membeli-belah, atau ke pasar raya atau ke mana-mana kedai yang menjual perkakasan bayi dan kanak-kanak, kemudian berikan mereka kebebasan untuk memilih cawan istimewa mereka. Ha ha ha... "for everything that you like, you got a price to pay for it"...gittew... Bila dah beli tu, letakkan syarat pada mereka bahawasanya cawan itu hanyalah boleh digunakan untuk meminum air masak. Selain dari air masak... Tak boleh! Sentiasa letakkan cawan tersebut di tempat yang boleh dicapai oleh anak-anak kecil supaya bila mereka mahu, mereka boleh mengambil cawan itu sendiri. 

Letak jer air masak dalam tu... He he he... Bila dia dah suka dengan cawan tu sebab pilihan hati dia, nak tak nak, akan tergerak juga hati dia nak ambil cawan tu dan minum dari cawan itu. 

Jadikan Aktiviti Minum Air Masak Itu Sebagai Satu Permainan
Biasalah tu, hati anak-anak pun nak kena tambat juga. Kena pandai atur strategi. Lagi satu perkara yang boleh dilakukan adalah mungkin dengan mencipta satu permainan dan bermain bersama anak-anak kecil yang melibatkan air masak. Permainan ringkas pun tak apa. Semata-mata nak galakkan anak-anak minum air masak nih. Ha ha ha... Contoh, lumba minum air masak ke? Siapa habis dulu? Anak ke? Emak ke? Bapak ke? 

Kena mainkan perananlah kannn? Nak anak minum air masak, sendiri pun kena ambil bahagian...Ataupun boleh juga ikut model carta kebaikan, jika minum segelas air masak, boleh dapat satu bintang. Sampai cukup 10 bintang, upah mereka berjalan-jalan ke? Pergi ke kedai ke? Atau masak masakan kegemaran mereka ke? Ikut kreativiti masing-masing. Hurmmm... 

Bekukan Ais Berbentuk Menarik
Ini menarik ni... Banyak dah bekas-bekas air yang pelbagai bentuk. Lagilah mudah, tak macam zaman-zaman kita dulu sama ada ais tu diketuk ataupun ais tu bentuknya segi empat jer...Ha ha ha... Kalau tak ada sangat, bentuk segi empat pun boleh. Caranya? Ada kanak-kanak yang mudah tertarik kalau ais itu rupanya atau bentukkan berbeza dari kebiasaan. Sebab lain kan? Ada kanak-kanak "more than that"...mereka mahukan sesuatu yang lebih luar biasa. Untuk itu, bolehlah cuba untuk melakukan ketulan ais berperisa dan berwarna seperti gambar di bawah ini:

Sumber dari SINI
Bersinar-sinar oiii mata anak tu nampak ketulan ais seperti gambar di atas ni...He he he...Jangan katakan kanak-kanak, mak budak yang sedang menyediakan entri ni pun sewaktu menaip terasa macam #ehhh nak lahh... Ha ha ha...

Masukkan Hirisan Buah Di Dalam Air Masak
Kita tidak akan pernah menduga apa yang boleh membuatkan seorang kanak-kanak itu jadi teruja selagi kita tidak mencuba sesuatu. Boleh juga, dari menghidangkan air masak tu kosong semata-mata, cuba-cuba hiriskan buah lemon secara tipis dan masukkan ke dalam cawan air masak. Perkara yang boleh terjadi adalah mereka akan cuba untuk mengeluarkan hirisan buah lemon tersebut dan bermain-main dengan air dan juga buah lemon itu. 

Gunakan "Silly Straw"
Straw dengan pelbagai pusingan dan warna...Masa kecil-kecil dulu Farah mudah tertarik kalau straw itu bengkok sana, bengkok sini dan berwarna...Jadi tak mustahil, anak-anak kecil zaman sekarang pun sama. Seolah-olah ada rasa keterujaan bila air tu berpusing-pusing mengikut bentuk straw. Ha ha ha...Tu umpan tu umpan... Cubalah...Mana tau menjadi... 

Ajar Anak Untuk Menghidangkan Serta Menyediakan Minuman Sendiri
"Fun learning" dan meningkatkan "motor skill" katanya... Lecah, kecah, basah, itu perkara yang biasa kita hadap sebagai mak-mak. Nak anak minum air masak punya pasal...Mungkin ini juga adalah salah satu caranya... :-). 

Jadilah "Role Model"
Nak anak minum air masak, mak-mak, bapak-bapak kenalah jadi "role model" juga...Tunjukkan kepada mereka betapa kita sukakan air masak. Janganlah kita dok sibuk suruh anak minum air masak, kita pula yang bantai minum air manis atau bergula setiap masa kan? Nanti mereka tengok, mereka akan bertanya... "Lead by example" gittew... 

Sediakan Secawan Jus Buah-Buahan Sebagai Upah
Ini juga salah satu cara yang boleh dilakukan untuk menggalakkan anak minum air masak. Sediakan jus buah-buahan yang sedap serta menarik dan mereka sukai. Letakkan syarat, kita hanya akan beri mereka minum, minuman tersebut sekiranya mereka menghabiskan secawan air masak. He he he... "It looks like blackmailing, but blackmailing for good" tak apa kot? Ini namanya menambat secara psikologi. :-P.

Macam tulah serba sedikit yang dapat Farah kongsikan. Jika anda menghadapi masalah untuk mendapatkan anak minum air masak atau anak tak suka langsung dengan air masak, cubalah... Kalau tak cuba manakan tau...Mungkin menjadi ke tips dan trik yang dikongsikan ini? ;-)

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Tips & Trik Menggalakkan Anak Minum Air Masak, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, February 23, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

3 comments:

  1. Tips berguna ni. Bebudak susah jugak nak minum air masak.

    ReplyDelete
  2. menarik sangat..saya yang dah besa tak suka minum air ni pun semangat nak minum ^^

    ReplyDelete
  3. sangat informatif, salam dari www.dapurtips.com

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY