Tips Jika Tahi Telinga Anak Keras

Farah Waheda Wahid
2
Sumber dari Google
Sebenarnya ini lebih kepada sambungan kepada entri Farah yang terdahulu iaitu Cara Membersihkan Telinga, Hidung dan Mulut Bayi...... Kali ni nak kisahkan pula jika kalau-kalau ada ibu bapa yang mengalami masalah tahi telinga anak yang keras. Perkongsian ini adalah hasil daripada pembacaan artikel di SINI, untuk manfaat semua ibu bapa dan bakal ibu bapa di luar sana dan juga semestinya untuk diri Farah sendiri. 

Ada di antara ibu bapa yang gemar membersihkan telinga anak. Ha ha ha, itu terkena pada Farah lettew. Hampir saban minggu akan mengorek telinga anak kerana geram melihat tahi telinga yang bersememeh di sekitar telinga anak. Penggunaan putik kapas yang dijual khas untuk mengorek telinga anak pasti akan digunakan. Tetapi berapa ramaikan yang sedar perbuatan tersebut sebenarnya berisiko mencederakan telinga anak anda? Sebab tu hati-hati dan gunakan cara yang Farah kongsikan di dalam entri yang terdahulu tentang bagaimana cara membersihkan telinga anak-anak kecil. Setakat ni tak pernah lagi korek telinga Ash tu...tak berani ooo... Cuma gunakan langkah-langkah pembersihan sepertimana yang disarankan oleh doktor...Farah pun tak naklah sampai mengakibatkan kecederaan kepada gegendang telinga Ash kannn??? 

Fungsi tahi telinga sendiri sebenarnya adalah untuk bertindak sebagai pelindung daripada serangga atau debu kotoran. Jadi perbuatan mengorek tahi telinga terlalu kerap boleh memudaratkan kesihatan telinga anak anda. Bagaimanapun, ia tidak bermakna tahi telinga anak perlu dibiarkan sahaja tanpa dibersihkan. Tahi telinga akan terkeluar sedikit demi sedikit kerana lapisan kulit telinga mempunyai mekanisme yang akan mengeluarkannya secara berterusan.

Jadi, apabila tahi telinga anak sudah terkeluar dan boleh dilihat berada di sekitar luar telinga, anda hanya perlu membersihkannya tanpa perlu mengorek telinga dalam-dalam. Tentu anda pernah berhadapan dengan situasi di mana anak menangis apabila dibersihkan tahi telinganya...Ermm...Jawapan jujur sekarang ni setakat ini, tak pernah lagi, tapi dia syiok lagi ada...Ha ha ha... Ada orang kata ia disebabkan tahi telinga keras seperti berhabuk.

Biarpun sudah dibawa berjumpa doktor dan dibekalkan ubat untuk mencairkan tahi telinga, masalah itu masih juga tidak selesai. Pastinya anda sebagai ibu bapa bimbang keadaan ini akan memberi kesan sampingan sekiranya kerap menggunakan ubat untuk mencairkan tahi telinga itu. 

Ini adalah perkara yang dikongsikan oleh artikel tersebut sekiranya tahi telinga anak anda keras dan sukar dikeluarkan:

1. Menurut Pakar Pediatrik DEMC Medical Centre, Dr. Roliza Ibrahim, telinga kanak-kanak tidak boleh dibersihkan terlalu kerap kerana ini sebenarnya boleh menyebabkan telinga dijangkiti kuman. Telinga hanya perlu dibersihkan sekali setiap satu atau dua minggu. Ini kerana tahi telinga selalunya akan mengalir keluar dan kita hanya perlu mencuci di luar sahaja. Namun begitu, sesetengah kanak-kanak akan mengalami tahi telinga keras di mana tahi telinga susah untuk mengalir keluar. 

2. Untuk mengatasi masalah ini, ubat selalunya digunakan untuk mencairkan tahi telinga supaya ia lebih mudah dicuci kerana tahi telinga yang keras tidak boleh dan susah untuk dikorek. Penggunaan ubat ini secara berpanjangan selalunya tidak akan mengundang masalah. 

3. Namun jika tahi telinga tersebut masih tidak boleh keluar walaupun dengan penggunaan ubat, disarankan ibu bapa membawa anak berjumpa doktor supaya tahi telinga tersebut boleh disedut keluar. Tahi telinga keras yang dibiarkan boleh menyebabkan telinga terasa sakit atau pendengaran agak kurang dan ia juga boleh mengundang jangkitan kuman.

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. betul tu korek taik telinga yg sudah keluar dari telinga, cuma daddy nye suka sangat korek taik telinga anak yg bahagian dalam tu..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !