Sumber dari Google
Tengah-tengah memandu kereta pagi tadi, tiba-tiba terfikir tentang perangai sewaktu mengandungkan Iman Firash dulu. Ha ha ha...Kenangan kannn??? Sekali sekala akan menerjah di fikiran. Bukan disebabkan teringin nak hamil lagi ke apa, cumanya disebabkan tiba-tiba jer teringat tentang tabiat Farah sewaktu mengandungkan Ash dulu. Nek Ma Ash, cukup marah betul dengan Farah dengan tabiat yang satu ni. Katanya kalau kuat tidur sewaktu mengandung boleh mengakibatkan bayi di dalam perut tu besar, takut nanti koyaknya besar karang...Hu hu hu...Iyalah waktu tu tak taulah sama ada bersalin secara normal ataupun pembedahan. Sebab tu Nek Ma Ash kata takut nanti koyaknya besar. Banyak jahitan. Bla bla bla...Ulang-ulang asyik perkara yang sama didengari oleh halwa telinga ini hampir setiap hari. 

Jujur! Sewaktu mengandungkan Ash, Farah sangat kuat tidur!!! Selalu sangat berasa mengantuk, sampaikan tahap kronik, di pejabat pun tersenguk-senguk jadinya. Makannya tak seberapa, yang ingat nak tidur dan tidur. Tidur tu macam tak cukup-cukup tidur walaupun dah tidur dengan secukupnya mengikut jam yang diperlukan. Hari-hari berperang melawan rasa kemengantukan itu. Dalam hati, aikkk, aku ni dah kenapa? Kerjanya nak tidur jer? Sendiri pun hairan dengan diri sendiri. 

Perkara-perkara lain Farah tak ada masalah. Tetap bersolek seperti biasa, tetap nak melaram seperti biasa walaupun diri tu tengah bunting...Ha ha ha...Tetap memasak seperti biasa, tetap mengemas rumah seperti biasa, segala benda biasa jer....Kecuali bahagian tidur nih! Bila dengar Nek Ma Ash cakap, memang diakui ada juga kerisauan terselit di hati. Kot kot memang betul Ash keluar nanti besar kan? 

Tabiat tidur tu ibarat tak dapat dibendung... Bangun pagi, lepas solat Subuh sedaya upaya untuk tidak tidur semula. Tapi dalam pukul 9.00 pagi macam tu, memang dah tak boleh tahan lagi dah. Kalau di pejabat tu, memang jenuhlah nak buka mata tetapi tetap gagahkan diri sebab bekerja kan? Carilah apa-apa yang patut supaya tidak tertidur. Ketika memandu... Ha yang ini bahaya ni...Awak memandu sorang-sorang walau ke mana-mana pun... Memang ada satu ketika tu mata dah terlelap dah pun...Nasib tak merempuh "divider" jalan... Serius mengantuk sangat masa tu... Bila kereta belakang hon, cepat-cepat tarik stereng supaya tak terbabas... Allahu... Syukurlah tak terjadi apa-apa pada Ash kan? 

Sumber dari Facebook
Sumber dari Facebook
Kalau di rumah tu, bangun pagi, solat Subuh, kemas rumah, buat apa-apa yang patut, lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi macam tu, memang akan terus naik ke katil dan tidur jerlah kerjanya sampai "alarm" berbunyi pukul 12 tengah hari, bangun masak, makan dan kemudiannya tunggu sehingga solat, selepas solat, naik ke katil balik, peluk bantal dan kroohh kroohh kroohh, sampai "alarm" bunyi lagi, bangun solat Asar...dan masa ni memang kena paksa dengan Nek Ma Ash untuk berjaga... Macam seksa nau dan derita nau nak berjaga masa tu...Ha ha ha...Buruk perangai kannn??? Lepas Isya' memang tak tunggu lagi dah... Tidur balik... Debushhh... Atas katil gittew.... 

Dari awal kehamilan sehinggalah ke saat-saat akhir kehamilan... Tak ada bezanya... Semua orang dok jangka, besar budak dalam perut ni keluar nanti nih... Uhuksss... Nak kata besar tak juga... 2.86kg... Dan sehingga sekarang, comel lote jer dia...kecik molek gittew... Tak nak gemuk-gemuk, tak nak melebar-lebar... Tak der pun nak bagi Mommy peluang tengok dia jadi Michelin Baby... Badan berketak-ketak tu...Bha ha ha...Tak apalah yang penting dia sihat dan sempurna seadanya... 

*Dalam banyak-banyak perkara, kuat tidur ni memang menjadi satu ingatan yang betul-betul segar di ingatan dan jelas di ingatan... Sebab perkara inilah yang berbeza rentaknya dari sebelum kehamilan dan jika tidak hamil... Anak dah keluar, tak pula dia kuat tidur...aktif memanjang... Susah pun nak tidur yang benarnya... Puas dipujuk dibelai suruh tidur... Melainkan dia benar-benar penat, barulah dia tidur dengan sendirinya...hu hu hu... 

5 comments Blogger 5 Facebook

  1. Assalamualaikum Farah,

    Sesungguhnya throwback mengandung mmg saat terindah.. X tau lak kuat tido baby besar.. Apa pun sekadar mitos kot.. :-)

    ReplyDelete
  2. Hhaha..samala..jadi pemalas dan kuat tido

    ReplyDelete
  3. Hihi...kawan PC pun kalau pragnan mesti ngantuk...jadi kawan kawan pun tahu kalau dia mood tak ok...asyik nak tido...haaa pragnan la tu...sebab dari anak sulong sampai anak no 3 gitu ragamnya...

    ReplyDelete
  4. rasa ibu-ibu mengandung semua kuat tido...hahaha

    ReplyDelete
  5. huhuuh..kuat tido sebb badan kita penat kan..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

 
Bubblynotes - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger © 2013. All Rights Reserved.Edit by Jiakreatifelt. Powered by Blogger
Top