Senarai Barangan Berbahaya Sekiranya Anda Mempunyai Anak Kecil

Farah Waheda Wahid
2
Sumber dari Google
Baru berpengalaman selama 2 tahun 3 bulan menjadi seorang ibu, akan tetapi pernah melalui fasa-fasa di mana anak kecil itu suka mengutip apa sahaja yang dijumpai dan masukkan apa yang dikutip itu ke dalam mulutnya. Memang bila difikir-fikirkan balik, kalaulah, kalaulah terlepas pandang, memang jadi kes naya jer sudahnya. Selalu berdoa supaya dijauhkan. Dan sebab itu jugalah asalkan jumpa apa sahaja di atas lantai, akan segera dikutip dan dibuang ataupun diletakkan di tempat yang sepatutnya. Memang bila kita ada anak kecil di rumah, kita tidak boleh ambil sambil lewa akan perkara-perkara yang boleh menjadikan kita terlepas pandang dan kita kemudiannya sesal sendiri. 

Mungkin kita sudah terbiasa, mungkin kita tidak perasan, mungkin kita rasa yang segalanya telah berada di tempat yang selamat, tetapi apa yang Farah akan senaraikan ini, mungkin akan mengingatkan anda tentang sesuatu dan mungkin juga akan membuatkan anda terfikir akan perkara ini jika selama ini anda tidak pernah terfikir pun yang barangan ini sebenarnya boleh jadi memudaratkan kepada anak-anak kecil anda. Di dalam istilah "Safety and Health"... "Risk and Hazard"... 

Anting-Anting / Subang

Sumber dari Google
Aksesori yang menambahkan seri si pemakai tetapi akan hilang serinya bila anak kecil anda menelan atau tertelan anting-anting atau subang anda, tidak kira sama ada jenis "stud" sebagaimana gambar di atas ataupun jenis yang besar. Kemungkinan tertelan yang besar itu mungkin tidak, tapi manalah tau kalau-kalau ianya adalah jenis yang bermanik-manik ke, manik tu jenis tertanggal ke... Boleh jadi risiko tertelan juga. Jadi sila jauhkan segala aksesori anda yang berkemungkinan berbahaya untuk anak kecil. Simpanlah di tempat yang selamat yer? 

Pewangi Bilik / Rumah Yang Jenis Meruap

Sumber dari Google
"Trend" pasaran sekarang memang mengeluarkan produk untuk mewangikan ruang sebegini. Senang jer dapat di mana-mana, macam contohnya di pasar raya-pasar raya ke, memang senang jumpalah... Akan tetapi sebenarnya ianya adalah berbahaya kepada anak kecil. Bayangkan kalau terhidu ke pewangi tu dalam jarak yang dekat untuk satu tempoh waktu, ataupun terlalu panas ke bila dipasangkan yang boleh merisikokan kulit anak kecil melecur, ataupun renjatan elektrik ke? Sebaik mungkin letak di tempat-tempat yang berada di luar jangkauan anak kecil. 

Peralatan Kosmetik

Sumber dari Google
Peralatan kosmetik ibu-ibu tu, tolonglah jangan bersepah-sepah yer... Tahukah anda bahawasanya kebanyakan daripada peralatan kosmetik adalah bertoksik? Dan berus kosmetik anda tu, sebenarnya mengandungi bakteria. Tak nak anak sakit, jauhkan atau elakkan dia bermain dengan kosmetik anda. Phewww, yang ini, sejak-sejak dah meninggi ni memang senang jer dia nak mencapai, dah pandai panjat kerusi kan? Errr...kena beli meja solek yang lebih tinggi ke ni jawabnya ni? Hua hua hua.... Sampaikan satu tahap dan satu peringkat, Farah terpaksa sorokkan di dalam almari peralatan kosmetik Farah dan bila nak pakai, Farah terpaksa keluarkan. Main keluar masuk almari jer dah sekarang ni. Jangan sampai dia jumpa di mana Farah sorokkan dah lah kannn? Ihiks... 

Belon
Sumber dari Google
Budak-budak memang sangat sukakan belon, terutama bila melihat warna belon tu berwarna-warni. Selepas itu sekarang ni, kalau pergi ke pasar raya atau pusat membeli-belah, rajin kedai-kedai suruh pembantu kedai memberi belon kepada kanak-kanak. Memang sukalah kan mereka kan? Taklah Farah kata Farah tak beri Ash main belon, selalu jer... Cuma ini nak diberitahu dari pembacaan di SINI, (silalah baca artikel ini jika ada kelapangan yer?). "43% of all deaths from children's products are from latex balloons."

Barangan "Arts"

Sumber dari Google
Untuk anak-anak kecil silalah beli barangan yang bebas toksik... Rata-rata artikel keibubapaan acapkali menyatakan hal ini. Jadi tidak perlu Farah terangkan secara panjang lebar lagi yer? Anda pun mungkin faham... :-). Jika anda tidak tahu, apa bahaya barangan "arts" bertoksik kepada anak-anak kecil, silalah Google dan cari jawapannya... 

Lilin

Sumber dari Google
Niat di hati nak suasana ala-ala spa, ala-ala romantik bila tiba di waktu malam... Tak salah pun, kalau nak nyalakan lilin tu, sila nyalakan di tempat tinggi yang tidak boleh dijangkau oleh anak-anak kecil. Kalau terbakar kulit anak-anak tu, sia-sia jer menangis. Huwaaa... Dan kemudian salahkan diri sendiri. Owhhh, tidak...Elakkan selagi boleh. Dan pada waktu siang harinya silalah letakkan juga di tempat yang tidak boleh dicapai oleh anak-anak kecil. Sebabnya? Takut pulak masuk dalam mulut. 

Makanan Haiwan Peliharaan

Sumber dari Google
Khas buat pecinta haiwan, silalah jauhkan segala makanan serta minuman haiwan peliharaan anda daripada anak-anak kecil anda. Anak-anak kecil ni bukannya tau, main masuk jer semua dalam mulut. Kalau yang dah berada di usia atau peringkat "toddler" tu pula, dia tengok kucing  makan, dia pun nak makan sama...Haaa, macam mana tu? Dia ingatkan benda tu boleh makan. Jadi pandai-pandai jauhkan atau perhatikan anak anda yer? 

Itu antara yang dapat Farah kongsikan buat masa sekarang ini, kalau nak diikut-ikutkan memang banyak yang Farah nak kongsi lagi, In Shaa Allah, jika berkesempatan untuk berkongsi Farah akan cuba berkongsi dengan lebih lanjut lagi sebenarnya senarai barangan yang sememang banyak... Untuk kita ambil tahu dan kita ambil perhatian... :-). Cumanya waktu agak mencemburui kakak ni untuk menaip dengan lebih lanjut kerana ada kerja lain yang perlu diselesaikan selepas pada waktu pejabat ini. Beginilah dia seorang anak, seorang isteri, seorang ibu, seorang pekerja dan seorang blogger... Ha ha ha... 

Sekurang-kurangnya bila keluar entri ini adalah diharapkan agar ianya membantu untuk "preamp" ibu bapa di luar sana perkara yang mungkin anda tahu tetapi tidak memikirkan sangat. Sekadar berkongsi informasi dan sekadar mencoretkan sesuatu yang diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua. Ok... "Got to go for now"... Ada yang sudah menunggu untuk diselesaikan... ;-) 

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. terima kasih farah..ilmu yang sangat berguna buat saya sekarang ni.bila baca satu2 barang tu,,mesti ingat balik semua barang tu.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !