Saya Sebagai Ibu Kepada Anak Di Fasa "Toddler"!!!

Farah Waheda Wahid
4
Sumber dari Google
"Mommyhood", "Motherhood", Dunia Ibu - apa sahaja yang orang namakannya, ianya adalah "moment" yang terindah di dalam kehidupan seorang wanita yang diberi peluang untuk menyandang gelaran ibu. Tidak kiralah sama ada anda mempunyai seorang sahaja anak ataupun ramai anak. "Mommyhood", "Motherhood", Dunia Ibu banyak merubah kehidupan serta diri kita sebagai seorang wanita. Besar perubahannya... Ha ha ha... 

Bagi yang belum lagi berpeluang untuk melalui fasa-fasa ini, maksudnya wanita-wanita yang "Trying To Conceive" (TTC), Farah doakan sama dan jangan berhenti berdoa serta berusaha sedaya apa yang mampu yer? Cumanya, perkongsian Farah pada kali ini adalah tentang beberapa perkara dalam kehidupan yang Farah sedar Farah lakukan setelah bergelar ibu dan terutamanya di fasa yang dikenali dengan gelaran "toddler" pada ketika ini. 

Teruja Bila Nampak Ambulans

Sumber dari Google
Janganlah gelak! Ha ha ha...Iya sebelum bergelar ibu, biasa jer perasaan tu kalau nampak ambulans lalu. Ketepi bagi laluan adalah, setelah ada anak yang obses dengan "Ne nong, ne nong" ni... Setiap kali bila ada saja ambulans lalu, maknya pun sama teruja dan tunjukkan ambulans tu pada anak. Denggg!!! :-P. 

Beg Tangan Penuh Dengan Barangan Anak

Sumber dari Google
Beg tangan yang dahulunya cukup untuk menampung segala barangan Farah yang sememangnya banyak, kini berfungsi juga sebagai beg meletak barangan Ash sekiranya kami keluar beriadah atau ke mana-mana. Sewaktu peringkat bayi dulu, rajin juga bawa beg khas dia tu...Ha ha ha...Sejak kebelakangan ni, tak ada maknanya nak bawa beg khas dia tu kalau setakat berjalan dalam Selangor ataupun dekat-dekat. Segala lampin pakai buang, sepersalinan baju dan juga botol susu semua sumbat dalam beg tangan selagi muat. Bila dah sampai peringkat "toddler" ni konon-kononnya nak ringankan diri supaya tak bawa banyak-banyak beban ler bila keluar. Melainkan kalau berjalan keluar untuk satu tempoh masa yang panjang. Ya, itu mungkin walaupun sekitar Lembah Klang sahaja. Tapi setakat sejam dua tu, memang semua masuk dalam beg tangan. 

"Juggling At Cooking"

Sumber dari Google
Sewaktu dia bayi, tak adalah "juggling" mana pun. Cuma memang nak tangkas dan cepat sebelum dia terjaga dari tidur. Kalau dia berjaga, memang tak ke dapur. Tidurkan dia dulu, kemudiannya baru boleh masak. Sekarang? He he he... Dia tak tidur pun dah ke dapur masak. Ini baru betul-betul "juggling" nih! Sebab dah ada "little kitchen helper" dah... Kita memotong sayur, dia pun nak potong sayur juga. Kita bersihkan ikan atau ayam, dia ambil kerusi, panjat dan berdiri di tepi sinki, yang kita risau kalau-kalau dia terjatuh dari kerusi  Kita sibuk menumis, dia pun acah-acah nak menumis. Tapi memang tak bagilah, dibuatnya terbalik kuali tu? periuk tu? Tak ke kes naya? Dalam kes sebegini biasanya terpaksa dukung dia sebelah tangan, dan sebelah tangan lagi menumis. Bukan apa tu, sifat dan perasaan ingin tahu yang membuak-buak tu. 

Sangat Kenal Setiap Jenis Kenderaan - "Bulldozer, Backhoe, Cranes"

Sumber dari Google
Anak lelaki kan? Segala jenis macam kereta dia nak kumpul, segala jenis macam "bulldozer, backhoe, cranes" dia nak main... Setiap kali ada peluang "tag" sesiapa jer yang berpotensi jadi mangsa, setiap kali tulah koleksi dia bertambah. 



Kita yang dari tak tau ni, tiba-tiba boleh jadi tau dah sudahnya. Maksudnya bukanlah tak kenal dan tak tau, tetapi maksud Farah tu dengan lebih spesifik dan terperinci mengikut definisi dan kefahaman mereka.

Peralatan Kosmetik Yang Pecah

Sumber dari Google
Sebelum-sebelum ni rapi terjaga...Ha ha ha... Sekarang ni, kadang-kadang tu tiba-tiba jer dah jadi sepertimana gambar di atas ni. Aduhh, robek hatiku...Ha ha ha... Tapi nak buat macam mana kan? Kadang-kadang sendiri lalai dan leka, lepas guna letak jer atas meja solek macam tu terlupa nak sorok. Kadang-kadang sebab nak cepat. Nak tak nak terima jer lah... 

Segala Bagai Perkakasan Makan Dialihkan Ke Tengah-Tengah Meja

Sumber dari Google
Tugas mengemas tidak terhenti di rumah sahaja...Jika makan di luar atau ke mana-mana majlis, tugas itu bersambung semula...Ahaksss... Setiap kali duduk di meja makan memang kena pastikan segalanya dialihkan ke tengah meja atau jauh dari jangkauan tangan dia. Untuk dia,khas minta dari pembantu restoran satu set pinggan atau mangkuk plastik lengkap dengan sudu sekali. Kalau tidak, minat pula dia nak main pinggan mangkuk dan sudu garfu di atas meja tu kan? Kalau pergi rumah sesiapa pun sama.... Tak nak tanggung risiko oiiii! Kalau kena pinggan mangkuk "Corelle" orang tu pakai? Mau tak nangis maknya ni nak mengganti...Ha ha ha... 

Memang ia merubah cara kehidupan dan cara kita di dalam mengendalikan sesuatu, akan tetapi sebenarnya Farah tidaklah rasa nak merungut ke ataupun apa...Farah gembira... "I am happy with how the way it is and I am enjoying much! Enjoying the moments while it still lasts..."... Kenangan akan datang dan manis di dalam hidup ni, dan pastinya akan merindui detik-detik sebegini nanti. ;-) 

Post a Comment

4Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. haha. part yg kenal setiap jenis knderaan tu lawak tp betul..hehe

    ReplyDelete
  2. hehehe..bab kereta susun atas katil tu kelakar...nk tidow pun xde ruang..sabar je la kak..

    ReplyDelete
  3. lat cosmetic yg pecah tu mmg dh ade pengalaman dh..haha

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !