Home » , , , , , , , , , , » "Perfect Family Bonding Time" Di BeeBop Circus, Jaya One!!!

"Perfect Family Bonding Time" Di BeeBop Circus, Jaya One!!!


"Bee-cause Children Learn Best Through Play!"... Dan disebabkan itu jugalah Mommy memilih untuk menghabiskan hujung minggu Ash pada kali ini di BeeBop Circus yang terletak di Jaya One, Petaling Jaya. Lama juga kami tidak beriadah bersama-sama sekeluarga sebegini, jadinya setelah perbincangan dari hati ke hati dilakukan, Abah dan Mommy sama-sama bersetuju untuk membawa Ash. Bawa Ash ke BeeBop Circus pun adalah bersempena dengan perasmian sambutan ulangtahun BeeBop Circus yang kedua dan juga bagi menyokong kempen kebajikan untuk Yayasan Salam. Apa itu tentang Yayasan Salam? Nanti Farah terangkan di dalam entri yang akan datang ok? Sekarang ini, cerita dulu tentang BeeBop Circus. Satu persatu, perlahan-lahan, tidak lari ke mana pun Bubblynotes.Com ni...Ha ha ha...Ada jer di sini dan akan sentiasa cuba mengemaskini cerita-cerita yang terbaru walaupun mungkin ada yang dah tak larat nak membacanya...He he he.... 


Pendaftaran bermula pada jam 10.30 pagi dan kemudiannya disusuli oleh sesi perkongsian oleh Pegawai Ekskutif Operasi Yayasan Salam, En. Md Ghani Ibrahim mengenai Yayasan Salam itu sendiri. Apa dia Yayasan Salam? Di manakah Yayasan Salam? Fungsi Yayasan Salam? Sabar-sabar, semua tu akan dikongsikan di dalam entri yang seterusnya, In Shaa Allah... Dan lihatlah siapa yang kakak jumpa di BeeBop Circus? 


Tentulah Mommy Mommy Blogger yang turut dijemput untuk turut sama hadir di acara ini. :-). Lama tak ketemu mereka ini...akhirnya bertemu di sini. Kenal siapa mereka? Tentu anda kenal kan? YB Shehan dan juga Azlinda Alin. Mak mak semua leka dan khuysuk mendengar penerangan tentang Yayasan Salam, yang anak-anak pula? Sementara itu berada di mana? :-)... Sedang menikmati saat dan masa yang menggembirakan di The Garden Party yang diadakan khas buat mereka. Jadi memang mak-mak dapat tenang dan menghayati sepenuhnya apa yang disampaikan oleh En. Md Ghani Ibrahim. Berpeluanglah sikit mak-mak blogger ni nak bertanyakan soalan dan menunggu jawapan tanpa perlu berkejar-kejaran dengan anak kan? 

BeeBop Circus ni tempat apa sebenarnya? :-). Paling suka bab ni, dan Farah memang suka sangat berkongsi tentang tempat-tempat sebegini di Bubblynotes.Com. Sebenarnya... BeeBop Circus adalah:

BeeBop Circus recognize that all children are born with an insatiable desire to play - and BeeBop Circus can help parents and their child turn play into valuable learning experience! Developed by a team of early childhood educators and fitness instructors, they are a movement learning centre dedicated to develop the mental dan physical health of children through age appropriate thematic lessons. Each structured lesson features music, dance, colours, numbers, moral values and physical activity. Critical life skills are developed through the children-centered and non-competitive approach. Their positive environment encourages children to strive for their personal best as every child is valued and recognized for their individual strengths. 

Dalam bermain, dapat belajar, dalam belajar dapat bersenam...Haaa gittew...Menarik ke? Bagi Farah memang menarik dan sebenarnya kami sekeluarga menghabiskan masa agak berjam-jam di dalam itu. Tidak tahu sama ada anda akan tertarik untuk membawa anak anda ke BeeBop Circus, tetapi marilah Farah kongsi-kongsikan apa yang ada di dalamnya yer? 


Ash memang ramah, siapa yang dia jumpa semua dia senyum dan dia nak berkawan... Ha ha ha, sebiji macam mak dia... Mula-mula dilepaskan masuk ke dalam "play area" di BeeBop Circus, dia dah mula nak berkawan dengan kanak-kanak lain dah. Dan dia buat macam tempat tu dia yang punya jer... 


Berhajat nak memanjat tangga... Suka sangat main pada tangga tu... Antara salah satu aktiviti fizikal untuk kanak-kanak. Dalam kes Ash ni kenalah ada bantuan ibu ataupun bapa ataupun pekerja di BeeBop Circus kan? Karang kalau dibiarkan, panjat punya panjat sendiri, kes niaya jer jadinya... Ha ha ha...Sebelum apa-apa, eloklah bawak-bawak pantau dan perhati.


Ada misi yang benarnya yang perlu diselesaikan oleh Ash...Ha ha ha, tapi berjaya ke nak penuhi misi-misi tersebut. Macam tak ajer pada hemat gaya pemandangan Mommy?


Ada 6 misi kesemua, "hang", "swing", "fly", "tuck" dan "roll"... Hua hua hua, ini kalau nak buat memang memerlukan bantuan ni, tak boleh nak buat sendiri  ni. Peringkat umur tak bersesuaian dan maknya sendiri memang tak yakin punnn...


Kalau berjaya lengkapkan misi, akan dapat salah-satu daripada hadiah-hadiah comel yang ditawarkan ini. :-). Tak apalah, kami sekadar membiarkan Ash bebas buat apa sahaja yang dia suka.







Percubaan untuk bergayut, bergurau dengan Abah dia, main tolak-tolak ikut definisi dia, masuk bawah "kolong" dan cubaan untuk melakukan "flying fox" dengan bantuan Abah. Sehingga akhirnya... 


Dia angkat bendera putih sampai terbaring di dalam timbunan kolam bola...Ha ha ha... Ini memang dah betul-betul hilang kemampuan dah ni...Mata pun dah kuyu... Penat sangat selepas "rumble" diri sendiri di dalam kawasan "play area" BeeBop Circus tu... 



Macam-macam gaya dan macam-macam aksi kanak-kanak ada di BeeBop Circus ni. Ada yang berani, ada yang ketakutan dan ada yang sekadar merewang-rewang jer di dalam tu. Bergantung kepada apa yang mereka mahu dan apa yang mereka berani. Kami biarkan Ash bebas kerana inilah peluang dia untuk benar-benar sepuas-puasnya bebas di kawasan yang selamat. Sambil-sambil tu, perhati-perhati juga... 




Banyak aktiviti yang telah dianjurkan dan rata-rata kanak-kanak semua muka gembira dan puas hati jer... Tak adalah pula yang meraung... Ha ha ha... Memang hari untuk mereka semalam... Bergembira, berseronok, bermain sambil belajar dan juga berjumpa kawan-kawan baru... Dapatlah meningkatkan skil berkomunikasi dan sosial masing-masing kan? ;-) 

Komen Farah? Bagus tempat-tempat sebegini, dan ianya adalah merupakan "Perfect Family Bonding Time" untuk aktiviti riadah keluarga kalau tak tahu nak ke mana...Cuba sekali ke sini dan anda akan tertawan dengan BeeBop Circus... 

Untuk Maklumat Lanjut:


Unit 019 & 021, Upper First Floor,

The School, Jaya One,
No.72A Jalan University,
47800 Petaling Jaya,
 Selangor,Malaysia

Phone : +603 7492 4567


Peta Lokasi:



Cubalah sekali membawa anak-anak anda ke sini... Sebenarnya ianya satu pengisian program hujung minggu untuk mengeratkan lagi hubungan di antara ibu bapa dan anak-anak serta di dalam masa yang sama membantu di dalam perkembangan anak-anak.


Memang semalam main sampai lebam sampaikan boleh jelas kelihatan yang Ash sudah keletihan yang amat dan juga matanya kuyu kerana dah tiba masa untuk tidur. ;-)...Tak mampu senyum lagi dah.... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel "Perfect Family Bonding Time" Di BeeBop Circus, Jaya One!!! , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, February 29, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

2 comments:

  1. Seronoknya tengok Ash happy. Banyak benda dia boleh cuba, main.

    ReplyDelete
  2. Seronok dpt jumpa farah n family juga

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY