Home » , , , , , » Penjagaan Anak Kecil Di Musim Panas...

Penjagaan Anak Kecil Di Musim Panas...


Tak habis-habis Farah dengan musim panas kannn? Ha ha ha, yer lah sekarang ni panasnya semacam sampai boleh terasa perit di kulit akibat sinaran mentari tu. Sedangkan Farah yang dah dewasa ni pun boleh terasa begitu, apakan lagi anak-anak kecil kan? Ramai jer kaum Adam yang dah hampir membotakkan kepala akibat cuaca panas dan ramai juga anak-anak rakan-rakan yang demam. Musim anak-anak kecil demam sekarang ni. Bagi Farah, memang lahhh... Waktu-waktu cuaca panas begini Farah sangat-sangat akan menjaga Iman Firash untuk mencegah dia dari demam. 

Kita cubalah cuba untuk elakkan sebaik mungkin, akan tetapi kalau dah penyakit tu nak sampai... Atas kuasa Allah, kalau nak demam tu akan demam juga. Ko cubalah tahan macam mana pun... Bila dah nak demam tu akan demam juga. Bila Iman Firash demam, mak dia ni, mak dia ni yang akan jadi macam ayam berak kapur. Sebabnya mak dia ni masih fobia dan trauma dengan insiden hitam yang berlaku dulu di tengah-tengah malam sampaikan jadi macam apa entah entah, memandu kalah dah pemandu litar lumba F1 sampai semua lampu merah dilanggar sambil membunyikan hon tanpa henti. Bagi yang tak rasa tu, jika anda ada naluri keibuan atau kebapaan yang menebal pasti boleh membayangkan. Hu hu hu... 

Bila tiba musim panas atau cuaca panas yang tidak menentu begini, bagaimana Farah kendalikan Ash? 

Keluar Rumah Pada Waktu Yang Bersesuaian



Boleh kira dengan jari, berapa kali keluar rumah sepanjang cuaca panas lain macam ni bawa Ash. Bukan kurung anak dalam rumah sampai dia kebosanan. Tapi memang taklah nak keluar sewaktu matahari tercacak terik. Diri sendiri pun tak berapa nak tahan. Jika terpaksa keluar pun, selalunya akan tunggu cuaca redup sedikit ataupun malam sikit. Kalau terpaksa juga, memang akan mencuba lalukan di laluan atau kawasan redup. Matahari tegak atas kepala, memang taklah "expose" Ash sangat. 

Pakaian Yang Bersesuaian



Dalam musim-musim cuaca panas begini, memang Ash akan dipakaikan dengan baju tanpa lengan dan juga seluar pendek kebanyakan pada masa. Memang takkan nampak atau payah nak nampak dia pakai baju kemeja ke? Baju berkolar ke? Nasib anak lelaki, he he he, jadi tak adalah isu seksis meksis bagai kan? Baju yang tipis, serap peluh dan banyak pengudaraan. Biar dia selesa sedikit. 

Pemakaian "Sun Block"



Kadang-kadang tak boleh nak elak. Terpaksa keluar juga di tengah-tengah hari ketika matahari mencacak atas kepala disebabkan oleh beberapa keperluan yang mendesak untuk keluar. Disebabkan nak dia "stay safe in the sun" dan tak nak kulit dia rentung terbakar. Bha ha ha, tak adalah sampai begitu tetapi "as a precaution"  jer... Memang dilumur dengan "sun block". 

Kerap Dimandikan



Bahagian ni bukan satu masalah yang besar. Sebab Iman Firash memang terkenal dengan kecintaan dia untuk bermain air. Dapat main air memang dia seronok sakan. Jadi kalau dalam sehari berpuluh kali mandi air pun bukanlah satu masalah yang besar pada dia. Lagi dia suka adalah! Pagi sekali, tengah hari sekali, petang sekali, malam sekali. Abahnya kata, mentang-mentanglah Abah kerja dengan air... Dia pun suka main air yer? Tak apa Ash, tak apa... Ekekeke... Main jer air tu... Abah kan kerja dengan syarikat air? :-P. 

Banyakkan Minum Air Suam



Bukan satu masalah! Ash panggil air suam tu... "Shushu"... Walaupun berkali-kali diajar "water"... Kegemaran dia tuh... Dia tidak mempunyai masalah langsung untuk minum air suam. Malahan berkoyan-koyan atau berbotol-botol pun dia masih mampu. Dia sangat sukakan air suam. :-). Eloklah Ash rajin minum air suam. 

Itu antara apa yang Farah lakukan. Lain ibu lain cara jagaannya ketika di musim panas ni. Setiap ibu pasti ada cara yang terbaik yang tersendiri yang tidak perlu dipersoalkan atau disangkal. Mungkin cara Farah ni bukan sesuatu yang terbaik bagi pandangan ibu-ibu lain dan mungkin ibu-ibu lain ada cara yang lebih bagus. ;-)

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Penjagaan Anak Kecil Di Musim Panas... , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, February 1, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

4 comments:

  1. Betul tu Farah..
    Sekarang musim panas terlampau.
    Akak dah berapa hari sakit kepala..
    Anak2 pun dah mula demam..
    Tu lah nak memujuk minum air suam tu punya lah susah..
    Terima kasih kongsi info ni :)

    ReplyDelete
  2. Baguslah Ash suka minum air masak... elok untuk badan kanak-kanak sebab suka main cepat berpeluh.

    Bonde pon kene follow Ash ni minum banyak air masak hi hi hi

    ReplyDelete
  3. kat sini siang malam tak la panas sangat..ada juga hujan sekali sekala..malam pun masih boleh tidur nyenyak..hehe

    ReplyDelete
  4. risau juga kan dengan budak2, thanks sis

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY