Siapa kata Ash terlalu dimanjakan? Siapa kata Ash tidak ditegur? Siapa kata Ash tidak dimarahi? Silap besar oiii kalau ada yang boleh terfikir macam tu. Anak tunggal tidak semestinya tidak perlu dididik dan ditegur. Anak tunggal tidak semestinya dimanjakan sampai marah sedikit pun tak boleh. Anak tunggal tidak semestinya maknya tak menjadi raksasa gorgon... #ehhh... Ha ha ha... 

Tu cuba tengok tu... Macam tulah reaksinya Iman Firash bilamana dia sedar dan tahu dirinya sedang dimarahi. Apa marah? Mommy tinggi suara ke? Atau tangan Mommy laju ke? Haippp... Jangan nak memandai-mandai buat spekulasi dan andaian anda sendiri. Jentik kang baru tau... Ada yang menyangka Farah ni takkan jadi garang dengan Ash ke? Hurmmm... Garang tu biar bertempat, garang tu biar kena pada caranya, garang tu biar bersesuaian dengan usia dan garang itu biarlah cara yang makan dalam demi semata-mata nak mendidik anak supaya menjadi orang yer tak? 

Ada lagi reaksi riak wajah Ash... 



Dah kenapa? He he he... Sebab... Ada orang tu kannn? Tak ada angin tak ada ribut tak ada taufan... Tiba-tiba gempa bumi. Huh! Mula-mula tu cuba juga pujuk memujuk, makin dipujuk makin dicakap makin jadi-jadi pula ributnya... Sudahnya, dengan bersahaja dan tenang, Farah pandang jer dia dan perhati jer tingkah laku dia. Biarkan dia "tantrum" sorang-sorang kat situ. Ahahahaha... Bukan pandangan maut sambil membeliakkan mata yer? Pandang dengan tenang. 

Secara automatik dia faham yang sebenarnya Mommy tak suka dia buat perangai macam tu. Terus jadi "slow" lepas tu. Bha ha ha... Perlahan-lahan baringkan diri sendiri atas toto dan kemudiannya buat mimik muka macam tu. Lepas tu buat tak pandang jer... Sebab kalau pandang lagi nanti, mau ada yang mencebik dan kemudiannya menangis. Biarkan sampai agak-agak dalam 10 minit. Kemudiannya, baru ambil dia dan dudukkan dipangkuan. Usap rambut dan cium dia dengan lembut. 

Haaaa... Di situ mukadimah nasihat menasihati bermula. Penutupnya? Penyudahnya? Nak "conclude" kes? Dia bangun dan peluk Mommy dia. Cepuak satu ciuman di pipi kanan Mommy... Cepuak satu ciuman di pipi kiri Mommy. Usap-usap pipi Mommy. Ha ha ha... "Melting" terus ok? Alamak ini yang lemah ni. 

Tak perlu nak naik tangan, tak perlu nak jadi tarzan... Pandangan yang tenang jer dah cukup memadai... Alhamdulillah dia mudah faham dan cepat tangkap apa "non verbal language" Mommy terhadap dia... Taklah sakit tekak kan? Wakakakaka... 

*Ini caraku dan bukan caramu... ;-) 

9 comments Blogger 9 Facebook

  1. Mommy buat eyes contact ea...tapi betul juga sebabnya kadang lagi makan dalam...sebab PC sendiri...bila mama marah..kadang tu boleh berlawak lagi nak bagi mama tak jadi marah...tapi kalau baba pandang,,,buat muka...sumpah kecut segala organ...

    ReplyDelete
  2. Elok la buat mcm tu kn sis...mrh secara brhemah

    ReplyDelete
  3. cara kita didik anak lain2.. tp apa yg kita buat jgn mencederakan anak.. lgpun skrg nie dorg dlm usia belajar, apa yg kita buat dia perhati..

    ReplyDelete
  4. Sha pun berniat nak ajar anak macam tu kalau ada rezeki anak nanti... sebab parent sha dah acapkali jadi tarzan... kita tau perasaan tu camne... hahahha ! Rasa sweet sangat laaa Kak farah membayangkan cara didikan kak farah terhadap Ash... semoga Ash membesar dengan baik dan penuh tanggungjawab...

    ReplyDelete
  5. mama pun setuju.. mendidik anak tak perlu pukul2 semua tu.. alahai ash anak tunggal sama cam abg syafi

    ReplyDelete
  6. Senangnya jaga Ash ni kan? Behave je. hehe

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

 
Bubblynotes - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger © 2013. All Rights Reserved.Edit by Jiakreatifelt. Powered by Blogger
Top