Mixed Nut Toffee by Bubblynotes

Farah Waheda Wahid
5

Dari "tray" masuk ke balang... :-)... Mixed Nut Toffee by Bubblynotes yang sedia menerima tempahan dari sesiapa sahaja. Inilah aktiviti Farah sejak kebelakangan ini. Asalnya, memang selama ini buat untuk saja-saja dan makan-makan sendiri, sebabnya Atuk Ash dan Nek Ma Ash sangat suka akan Mixed Nut Toffee ni. Ada juga buat untuk sambutan Aidilfitri, hasilnya, kawan-kawan yang datang berkunjung ke rumah pun sudah mula menempah dari Farah. 

Pada asalnya Farah tak ada niat nak menjual, tetapi memandangkan bila ada permintaan, Farah terfikir... "Why not?" jika Farah teruskan membuat dan jual. Cumanya, "based on orders", jika ada yang berminat nak menempah, Farah akan buatlah, jika tak ada, duduk diam-diam ko kat situ...Ha ha ha... Tak adalah seserius "go getter" mana pun...Sekarang ni jerlah... Bila dah ada pelanggan tetap dan dah ada pelanggan baru, naik seronok pulak weiii... Dan semakin seronok pula membuat dan menjual. 

Farah tak buat banyak-banyak dan simpan stok lama-lama. Bila ada tempahan, Farah akan "set"kan tarikh buat pada waktu hujung minggu iaitu Sabtu dan Ahad (waktu tu jerlah ko ada kannn? hari biasa entah balik pukul berapa entah dah...ha ha ha...)... Kemudiannya hari Isnin, Farah terus ke kaunter PosLaju dan poskan Mixed Nut Toffee yang ditempah. 

Sedikit perkongsian dari para pelanggan dari kenalan blog:


Alhamdulillah, terima kasih kepada yang sudi menempah dan membeli dari Farah... In Shaa Allah.. Jika ada ruang dan juga keizinan dari Allah SWT, untuk bulan Ramadhan tahun 2016 ni, Farah akan buka tempahan untuk Aidilfitri. Moga-moga dapatlah membantu menambah duit tabung Iman Firash tu. In Shaa Allah, jika ada rezeki tidak ke mana kan? 


Harga yang Farah jual adalah, sebalang adalah RM 30.00, 2 balang RM 55.00 dan yuran pos Farah kenakan adalah RM6.00. Manalah tau kan, jika yang membaca entri ini ada yang berminat nak mencuba dan menempah dari Farah pula? #ehhh ini bukan entri nak meniaga yer? Cuma bercerita jer...Tetapi kalau ada yang berminat...Apa salahnya...Sudi-sudikanlah e-mail Farah di firash.husaini@gmail.com ataupun PM di Facebook sahaja. In Shaa Allah, akan Farah balas dengan secepat mungkin. 

*Lagi banyak balang, ada diskaun buat anda tau... ;-) 

Post a Comment

5Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. wahhhh boleh jadi usahawan ni hehehe. All the best akak :)

    ReplyDelete
  2. wahhh rajin yer farah buat siap niaga lagi haa...julia pernah terlintas di hati ritu nak buat sendiri...sampai ke sudah tak buat2 lagi hahahha...gogogogo farah!

    ReplyDelete
  3. Tak pnh mkn.. Alhamdulillah kak.. Seronoknya blh jd kn bisnes. Sy pun tgh mencari2 sesuatu yng blh dijadikan bisnes.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !