Melayan Tekak Barat Di Nick's Gastro, Puncak Alam

Farah Waheda Wahid
2

Kita cerita pasal makan dan pasal tempat makan pula lah yer? Cerita tentang Nick's Gastro Steak yang terletak di Bandar Puncak Alam. Salah satu tempat tarikan terkini di Bandar Puncak Alam yang menjadi tumpuan penduduk di sekitar dan juga orang luar. Memang banyak tempat makan di Bandar Puncak Alam ni. Ko nak apa? Secret Recipe? Burger King? Mc Donald's? Pak Hailam Kopitiam? Patin Temerloh? Sugarack? ... Macam-macam ada... Akan tetapi yang seumpama Nick's Gastro ni, masih belum ada lagi. Inilah yang pertama kali yang dibuka restoran seumpama ini. Kafe yang berkonsepkan ala-ala "hipster" yang pertama di Bandar Puncak Alam. Iyalah, "hipster" itu kan sudah menjadi seumpama satu "trending" sekarang ni?

Meh Farah bawa anda tinjau-tinjau di dalam Nick's Gastro...Beri anda sedikit idea tentang suasana ataupun "ambience" di dalamnya... 






Apa yang boleh Farah gambarkan adalah, "ambience" di dalam Nick's Gastro adalah sangat menenangkan dan mendamaikan jiwa. Kalau agak-agak nak "candle-light dinner" di situ memang boleh sangat  dah. Macam mak-mak macam Farah ni, memang sukalah dengan ketenangan di dalam Nick's Gastro tu. Nak-nak lagi ada satu sudut khas untuk anak-anak kecil bermain. Memang seronoklah kalau si anak teruna tu dapat masuk ke sini dan dapatlah Mommy dia hadamkan makanan dengan lebih baik. Ha ha ha... Ash kalau ada sudut-sudut sebegini di sesebuah tempat makan memang dia akan fokus duduk di situ sahaja. Mudah kerja jadinya. Nick's Gastro adalah salah satu lagi yang boleh disenaraikan sebagai "kids friendly restaurant"... Bermakna Nick's Gastro sesuai untuk dikunjungi oleh semua kategori umur dan juga usia. Tidak kira kanak-kanak, muda ataupun yang lebih berusia. "Cool" juga bila ada tempat untuk "hang out" macam ni di kawasan perumahan. Tak perlu susah payah nak keluar jauh-jauh semata-mata nak bersantai dan berkumpul dengan mahupun kawan-kawan ataupun saudara mara. Nak anjurkan majlis hari jadi ataupun "gathering" pun memang dah sesuai sangat dah ni. Dan sememangnya Nick's Gastro menawarkan perkhidmatan itu. 

Makanan? Ini menarik ni... Farah suka nak kongsi gambar dan cerita dengan anda semua... 


Apa ni? Inilah pembuka hidangan Farah sewaktu berkunjung ke Nick's Gastro tempoh hari... ;-)...Sedap baq ang...Memang licin mangkuk sup tu Farah kerjakan... Psssttt...Sebenarnya macam tak cukup jer... Pada asalnya Farah ingatkan nak merasa Mushroom Soup yang disediakan oleh pihak Nick's Gastro, akan tetapi rupa-rupanya "Soup of The Day" pada hari tersebut adalah Cream of Carrot & Cheese Soup...Memang "mouth-savoury"... Harganya untuk semangkuk begini adalah RM6.90. Berbaloi dengan "portion" yang besar. Bagi Farah ianya adalah satu bahagian yang besar, tetapi bagi orang lain tak taulah kan? Farah rasa mungkin anda akan bersetuju dengan Farah. Alangkan Farah yang tembun ni pun boleh mengakui ianya adalah satu bahagian yang besar, anda yang lagi selim melim dari Farah tentu akan bersetuju ianya lebih dari cukup untuk seorang makan. Kongsi dengan Ash pun boleh nih... 


Air buah-buahan tetap menjadi pilihan Farah, jika ke mana-mana sekali pun sekiranya sedang menikmati hidangan. Jus Tembikai Nick's Gastro ni memang "rich" dengan tembikai, memang tidak kedekut tembikai ok? Dan bukannya setakat tangkap muat saja... Memang tak cukup satu sebenarnya! He he he...Tapi segan pula nak buat pesanan lagi satu...Makanya berjimat cermat jer lah Farah ni minum... Pun bolehhh... Harga segelas Jus Tembikai di Nick's Gastro adalah RM 7.90. 


Tu diaaa... Inilah "main course" yang telah Farah pilih pada hari yang berkenaan... Hidangan yang diberikan nama sebagai "Nick's Steak - Sirloin steak served with black pepper sauce, jacket potato and assorted sauteed vegetables". Harga bagi satu hidangan ini adalah RM 29.90. 


Dagingnya sudah tentunya "well done" untuk Farah... "Black pepper gravy" yang "super duper" ohsem... "Thick and rich"... Memang rasanya melekat di tekak... Tak sia-sia rasanya memilih hidangan ini. Jacket Potato yang sedap dan paling sedap adalah Sauteed Vegetable yang mana sampaikan Farah rasa Farah nak belajar resipi bagaimana penyediaan Sauteed Vegetable mereka ni. 


Daging walaupun "well done" tetapi tetapi "tender" dan "juicy"... Masuk ke dalam mulut, dikunyah-kunyah, ditelan-telan tak terasa pula yang dah nak habis dah 3 keping daging tu... Ahaksss...Memang satu "portion" yang besar dan memang sedap! Tak rugi kalau makan di Nick's Gastro... Ada pelbagai hidangan sebenarnya yang boleh anda pilih mengikut selera anda... Antaranya yang boleh Farah namakan adalah:

NZ Lamb Cutlet
New Zealand lamb cutlet served with homemade rosemary sauce, garlic mashed potato and assorted sauteed vegetables.

NZ Jumbo Lamb Shoulder
New Zealand lamb shoulder served with rosemary sauce, sweet potatoes and assorted sauteed vegetables.

Nick's Salmon
Pan fried salmon served with creamy white sauce, garlic mashed potato and assorted sauteed vegetables.

BBQ Grilled Chicken 
Grilled marinated whole leg chicken served with BBQ sauce, garlic mashed potato and assorted sauteed vegetables.

Banyak lagi menu-menu yang menarik menanti anda sebenarnya... Itu kalau nak tau kenalah datang berkunjung sendiri ke Nick's Gastro. Farah tak bolehlah nak kongsi semua yer tak? He he he...Tak muat perut nak makan semua sorang-sorang...Biar anda yang berkunjung dan anda sendiri menikmati hidangan-hidangan Barat yang menarik yang disediakan oleh pihak Nick's Gastro. 

Untuk Maklumat Lanjut:



Alamat:
Nick's Gastro Steak
55-1, Jalan Dataran Suria 15/7
Bandar Puncak Alam
42300 Selangor Darul Ehsan

Peta Lokasi:


N

No.Telefon:
012 - 782 5797

Waktu Operasi:

Selasa hingga Ahad
12.00 pm - 3.00 pm
6.00 pm - 11.00 pm

#GainWeightAtTheRightPlace

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Farah,
    Ya Allah dekat sangat nih dengan rumah. Boleh pulak tak tahu wujud kedai ni...weekend ni nak trylah. Tq Farah =)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !