Sumber dari Google
Tak semua tempat perlu nak bersolek tebal-tebal macam opera yer tak? Tak semua tempat sesuai dengan solekan tebal...Dan bukan setiap hari kita perlu bersolek dengan beriya-iya sampaikan tiada ruang untuk kulit wajah kita ni nak bernafas dapatkan oksigen. Ada juga hari-hari kita rasakan terlalu malas untuk bersolek walaupun ke pejabat. Ha ha ha... Cakap tentang diri sendiri lettew... Sabtu dan Ahad, sekadar nak ke pasar raya memberi barangan keperluan, ke pasar membeli ikan, ayam dan sayur-sayuran, keluar makan sekeluarga, bersantai sekeluarga...Memang ada waktu-waktu dan ketika kita malas sangattt nak bersolek! 

Tentang diri sendiri? Ha ha ha... Masa zaman-zaman sebelum ada anak dulu memang rajin sangat bersolek, sampaikan nak ke pasar raya sekadar membeli barangan keperluan dapur pun nak bersolek... Masa tu entah...Kalau tak bersolek tu rasa macam tak lengkap pula persiapan diri untuk keluar dari rumah. Rasa macam tak siap! Bahaya rupanya solekan ni... "once you got addicted, slowly it will kills you confidence level to appear in public without any make up..."...Bha ha ha... Sekejap jer punnn!!! Tak lama...Selepas melahirkan anak... Rasa keyakinan diri nak keluar di tempat awam tanpa solekan tu dah tinggi semula... Ha ha ha... Bukan sebab tak sebab nak "touch up" ke apa... Tapi sejak ada anak lebih suka jika mengenakan solekan tipis sahaja jika keluar... Faktor umur gamaknya nih! Ekekekeke.... 

Siapa yang tidak mahu wajah yang cantik tanpa perlu dirias tapi ia bukanlah sesuai untuk semua orang yer... Ada di antara kita termasuk Farah memerlukan sedikit "bantuan" dari alatan solek untuk kelihatan "presentable". Muahahaha... Ko rajin ke? Ko malas ke? Ko tetap juga perlu bersolek... Tak banyak sedikit memang perlu bersolek... Hari Sabtu hari yang bagus untuk keluar berjalan-jalan bersama keluarga. Ada penyelesaiannya... Apa kata anda dan Farah sama-sam cuba solekan "no makeup" yang mudah yang dikongsikan oleh artikel di SINI





Hari Sabtu hari yang bagus untuk keluar berjalan-jalan bersama keluarga. Apa kata anda cuba solekan 'no makeup' yang mudah ini:


Langkah 1: Serum 
Wajah perlu diprep sebelum kita mengaplikasikan apa sahaja produk solekan. Serum boleh menjadi pengganti kepada "primer" dan pilih serum yang mampu memberi kulit anda "glow" dan kesan "dewy". 

Langkah 2: "Concealer"
Ini produk wajib! Dengan ini anda tidak perlu menyapu "foundation" kerana ia sudah cukup untuk menutup cela pada wajah. Sapukan di bahagian bawah mata, di kelopak matak, kiri dan kanan hidung, bahagian dagu, sekaligus berfungsi sebagai "highlighter". Gunakan span atau "beauty blender" bagi meratakan produk. 

Langkah 3: Bedak Kompak
Ini adalah untuk mematikan "concealer" yang anda sapukan tadi. Sapu keseluruh wajah untuk konsistensi baik. 

Langkah 4: Kening & Bulu Mata
Rias kening anda dengan melukisnya tanpa pantis. Begitu juga maskara, rias bulu mata anda dengan maskara untuk kesan yang lebih natural. Tidak perlu pakai bulu mata palsu ya? Ha ha ha... Ini untuk solekan yang "natural". 

Langkah 5: Pemerah Pipi
Sapukan sedikit pemerah pipi, pilih sama ada bentuk "powder" atau cecair. Pastikan sapuannya tidak terlalu pekat dan pastikan anda "blend" dengan baik. 

Langkah 6: "Tint" Bibir
Untuk kesan yang bibir tampak neutral, "tint" lebih sesuai. Anda tidak nampak seperti memakai gincu. Sesuai untuk "no makeup look" ini. Pastikan anda ingat, solekan "no makeup" adalah untuk memberi sedikit seri yang natural pada wajah. Jadi pastikan penggunaan produk anda minimal dan terhad kepada asas sahaja. 

Bolehlah mencuba teknik ni, memandangkan... sebelum ni kalau bersolek... Bila dah malas sangat...Pakai segala jenis bedak dulu... Lepas tu gunakan "eyeliner", pemerah pipi dan juga "tint" sahaja... Teknik ni boleh guna pakai nih... Ha ha ha...Jomlah kita sama-sama cuba... 

9 comments Blogger 9 Facebook

  1. kite mmng kategori mls make up..bleh try ni, tp...'concealer' tu apa? hiihi

    ReplyDelete
  2. nice share awak ;)
    memang nampak natural sangat kan :)

    ReplyDelete
  3. saya jenis pakai compact powder dengan lip balm je. hehehehe

    ReplyDelete
  4. nak kena beli concealer dengan lip tint ni.hihi.pi keje pun boleh makeup gini je xyah over sangat nanti cik abang marah.kekek

    ReplyDelete
  5. SINGGAH PETANG ~ http://jmbelog.blogspot.my/2013/12/radio-online-era-fm.html

    ReplyDelete
  6. Pika ni jenis tak boleh keluar kalau tak touch-up. Low confident level nanti.. hihihii..

    ReplyDelete
  7. Saya pun sama. Sejak mengandung dah malas nak fikir apa-apa kalau keluar. Kalau dulu, kalau suami ajak keluar kena buat appointment sejam or setengah jam sebelum untuk bagi masa touch up-touch up muka. Hahah.

    http://angellovesoldier.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. Ini kes berkaitan wanita, ia adalah perkara yang perlu bagi wanita. Bagi yang lelaki, hanya orang tertentu saja yang gunakan solekan. Bagi saya, saya tak bermekap pun. Hanya pakai wangian saja.

    ReplyDelete
  9. Info bst sebab malas tul nak belek muka la ni..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

 
Bubblynotes - Malaysia Parenting & Lifestyle Blog © 2013. All Rights Reserved.Edit by Jiakreatifelt. Powered by Blogger
Top