Kisah Bilik Air - Liat Nak Masuk, Liat Nak Keluar

Sumber dari Facebook
"Encountering this at the moment!"... Bila diajak masuk ke bilik air untuk mandi, terlari-lari dia sekeliling rumah ~ kononnya melarikan diri dari dicekup Mommy atau Nek Ma dia lettew dan dari dipaksa untuk masuk ke bilik air dan mandi. Kalau dengan Nek Ma dia memang tak kuasa Nek Ma dia nak mengejar...Tunggu sampai dia datang dekat baru dicekup...Ha ha ha...Kalau dengan Mommy, tak apalah, Mommy dia anggap jer itu sebagai satu senaman untuk membakar lemak tepu yang dah lama bertapak di dalam badan ni ha.... 

Reaksi dan riak wajah dia bukan menangis sewaktu berlari tu...Akan tetapi dengan tersenyum-senyum, tergelak-gelak, kepala tergeleng-geleng ke kiri dan juga kanan sambil mulut mengucapkan perkataan "No.. No.."... Itu sewaktu dengan riang dan girang hati berlari...Akan tetapi sewaktu dicekup sepertimana gambar yang pertama di dalam ilustrasi di atas, akan bermula episod Samarinda oleh Iman Firash. Sebijik sebijun macam gambar di atas tu... Phewww, bergelut betul nak suruh dia masuk ke bilik air. 

Mula-mula jual mahal, tetapi lama kelamaan leka bermain di dalam bilik air... Sampaikan kereta mainan dia pun dia boleh buat sesi "snow car wash" seperti gambar di bawah:


Itu salah satunya... Ada lagi, kadang-kadang dengan pemukul telur dibawa masuk untuk kocak-kocak air di dalam besen di dalam bilik air... "Bubun, bubun"...katanya... yang membawa maksud... "Bubble"... Konon-konon main buih sabun lah tu... Tak cukup tu... Dengan getah paip yang dia buat pusing-pusing macam bermain bunga api pun yer... Banyaklah kisah Iman Firash kalau dah masuk dalam bilik air... Kadang-kadang awak yang nak kena menunggu dia sampai puas bermain... Dipujuk-pujuk keluar tak nak, dipujuk-pujuk keluar mengeleng-geleng kepala sambil menyebut, "No!"... Amboi amboi... Dah jadi satu kerja Mommy ko nak menunggu kat bilik air tu kan? 

Sebagaimana liat nak masuk ke bilik air, sebegitu itu jugalah liat nak keluar dari bilik air... Hua hua hua... Kadang-kadang tu bila sampai dah tak menahan rasanya nak berdiri tegak menanti dia selesai dan puas bermain...He he he...Taktik ringkas dan paling mudah adalah... Tutup lampu bilik air ataupun kalau tak jalan, berpura-pura nak tutup pintu bilik air tu dan konon-kononnya macam nak tinggalkan dia keseorangan dalam bilik air lah (hakikatnya sekadar mengusik jer, tak adalah akal sampai nak kunci dia sorang-sorang dalam bilik air kan? tak sanggup kakak oiii, kalau berlaku kecederaan macam mana? minta dijauhkan...sekadar nak buatkan dia keluar dari bilik air dengan rela hati jer... Hua hua hua...Dan kebanyakan pada masa sememangnya taktik dan strategi ini menjadi... 

Komik ringkas ni memang betul-betul menggambarkan keadaan yang sebenar yang dihadapi oleh Farah... Ha ha ha... Bertepatan betul...Anda pernah ke mengalami situasi sebegini dengan anak-anak syurga anda? 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Kisah Bilik Air - Liat Nak Masuk, Liat Nak Keluar, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, February 18, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

6 comments:

  1. budak2 mmg pantang nampak air.. hehe

    ReplyDelete
  2. awfiyah pantang cakap nak mandi..confirm dia bukak baju..tak kisahlah sape cakap mandi..hahah...nak keluar bilik air pun payah

    ReplyDelete
  3. Hahaha...Boleh geng dgn Qaisara nih..huhu

    ReplyDelete
  4. Budak2 mmg mcm tu, dah jumpa air trus excited.. Hehe

    ReplyDelete
  5. hehehe... sama lah anak-anak sedara saya. Tapi seronok melayan dorang ni..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY