|
Sumber dari Google |
Biasalah kannn??? Permainan bersepah-sepah keliling rumah ni memang sinonim dengan ibu-ibu dan bapa-bapa yang mempunyai anak-anak kecil yang sedang membesar dan sibuk bereksplorasi. Setakat nak jalan ke dapur dan tersadung permainan tu, itu perkara biasa tu... Ha ha ha... Kalau dikemas, sekejap lagi sepah balik. Kemas lagi, sepah balik. Bila malam, bila anak-anak dah masuk tidur, tiba saat nak mengemas rumah, masa tulah rasa, ya ampunnn...macam kapal karam rumah aku ni dikerjakan rupanya... Hu hu hu... Masa tu tak tau nak nangis ke, atau nak tarik nafas panjang... Tak adalah tipu jer...Mana ada rasa nak nangis atau tarik nafas panjang...Tak sempat! Esok pagi akan berulang semula rutin yang sama... La la la la...
Zaman sekarang ni, anak-anak senang nak dapat permainan. Beza dengan zaman dulu. Sekarang ni permainan ada macam-macam jenis. Satu rumah kadang-kadang boleh jadi bersepah-sepah. Ruang tamu, tangga (yang ni belum lagi sebab tangga berpagar dan memang takkan bagi dia main kat tangga punnn), bilik tidur, ruang tamu atas, dapur...semua tempatlah kalau boleh. Namun permainan ini kalau tidak disimpan dengan baik, risiko tersadung, risiko mengalami kecederaan yang tidak terjangka boleh terjadi. Jadi memang wajiblah kita ni sebagai ibu bapa sediakan ruang penyimpanan kahas untuk anak-anak menyimpan permainan mereka semula sebaik sahaja habis bermain. Mengadakan ruang penyimpanan yang teratur juga bukan hanya untuk kemas semata sebaliknya mengajar anak berdisiplin serta yang penting menyayangi barang-barang permainan mereka.
Jom lihat serba-sedikit idea yang boleh membantu ibu bapa untuk menyimpan barang permainan anak-anak...
Bagus sebenarnya ada ruang penyimpanan permainan anak-anak ni, sejuk jer mata memandang...Ha ha ha, tak lah rasa macam nak pecah kepala dan sakit mata bila melihat barangan permainan anak-anak bersepah di sana sini sinun. Dan bila ada tetamu yang nak datang berkunjung... Sedaplah sikit kan untuk menyambut tetamu sebabnya bila dah ada tempat simpanan khas tu... Ruang rumah akan lebih teratur dan kemas dan bila ada tetamu yang datang berkunjung, kita dah tahu dah kat mana nak simpan barangan permainan anak tanpa perlu melemparkan atau menyembunyikan di mana-mana kemudiannya akan jadi 2 kali kerja buat kita bila kita perlu kembalikan ke tempat asal.
Jangan cakap... Alaaa...barang permainan anak saya tak banyak mana punnn... Cuba buat tempat simpanan khas barangan permainan anak-anak... Memang pada mata kasar nampak macam tak banyak mana pun permainan anak-anak yang ada...Akan tetapi bila dah dikumpul..Nahhh hamekkk kooo.... Sampai tak cukup-cukup tempat simpanan dibuatnya...
*Tiba-tiba teringat yang Farah perlu tambah "container" penyimpanan barangan permainan Ash sebab segala jenis bagai kenderaan dah ada dah tu...dari kereta, bas, trak, lori semen, "fire engine"... Lepas ni tak taulah apa lagi... Semua orang di "tag"nya... Nek Ma, Atuk dan Mommy... Selagi boleh "tag"...
Menarik idea nie...
ReplyDeletenieyl xde anak lagi...
tapi klu ade anak nant..
boleh guna idea nie...
wow sangat kemas
ReplyDeletebila ada tempat khas untuk simpan segala barang permainan ni akan lebih kemaskan mommy..hihihi..tapi nanti bila dah sekolah..bila anakanak dah tak peduli barang mainan mereka masa itulah mak ayah rindu..barang mainan PC zaman dulu dulu sampai sekarang baba mama simpan..hahaha..khazanah..
ReplyDeletemenarik ni, tapi kalau kena bibik yang kemas alamatnya memang tak organize jugak
ReplyDeleteidea yg menarik...
ReplyDeleteSayabeli bakul je.. Buh segalanya di situ..
ReplyDelete