"Guidelines for Manners to Teach Kids"

Farah Waheda Wahid
5
Sumber dari SINI
Jika anak beradab, anak sopan, orang ramai akan puji ibu bapanya pandai mendidik. Jika anak tidak beradab, tidak sopan, orang ramai akan menyalahkan ibu bapa kepada anak tersebut kerana tidak pandai mendidik. Apa sahaja yang anak-anak lakukan pasti memberi kesan kepada anda sebagai ibu bapa. Pujian dan kata-kata negatif bukanlah penting sangat di dunia ini, tetapi adakah anda mahu anak anda bersikap kurang ajar dan tiada adab sopan dalam setiap tindakan dia? 

Untuk mendidik anak supaya beradab dan bersikap sopan bukanlah mudah kerana dunia sekarang ini terlalu banyak pengaruh buruk contohnya dari cerita televisyen, bahan bacaan yang tidak berilmiah dan rakan-rakan yang nakal . Berikutan dengan kemajuan pesat internet, dengan pelbagai teknologi seperti laman sosial dan pengaruh bahan ekstrem serta lucah boleh memburukkan lagi keadaan. Tapi sebagai ibu bapa, kita janganlah menganggap ianya sebagai beban atau cabaran tetapi sebagai tanggungjawab. 

Mula dari peringkat awal...mula dari usia yang kecil...biasakan dari peringkat awal...Sebelum segala-galanya terlewat... "manners build character and define who a child is.". Bukan Farah nak bebel tentang perkara apa dan apa yang perlu kita didik anak-anak supaya beradab dan bersopan...He he he, kalau itu rasanya panjang berjela-jela lagi entri ni... Mungkin... Itu boleh kita selitkan di dalam entri yang kemudian-kemudian? Tetapi apa yang Farah ingin kongsikan pada kali ini adalah sesuatu yang mungkin boleh membantu ibu bapa di dalam mendidik anak tentang adab dan kesopanan...Carta mengenai adab-adab yang boleh kita ajarkan kepada anak-anak... 

Sumber dari SINI
Boleh dijadikan sebagai panduan oleh kita sebagai ibu bapa kerana mungkin ada di antaranya kadang-kala kita terlupa dan kita boleh terlepas pandang. Mungkin juga boleh ditambahbaikkan lagi oleh kita sebagai ibu bapa seperti aspek memberi salam, mengucapkan Alhamdulillah, dan sebagainya. Boleh kita ubahsuai mengikut kesesuaian susur galur budaya kita dan agama kita sendiri. 

Tidak mustahil ada yang memandang carta ini sebagai perkara remeh temeh. Tidak ada pun tidak mengapa jika kita tahu bagaimana dan pasti kita tidak akan terlupa satu ataupun dua perkara yang boleh menjadi "essence" yang begitu penting. Akan tetapi baik juga sekiranya ada... Al-maklumlah kita ni manusia...Ada kalanya boleh terlupa yer tak? Ha ha ha...Macam kakak! Sekarang ni asyik mudah terlupa jerrr... Banyak makan semut dah gamaknya... 

Semoga bermanfaat buat semua! 

Post a Comment

5Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Didikan anak bermula dari rumah.. elok didikan In syaa allah baiklah tingkah laku anak.. Ibu dan ayah perlu mjadi role model yg elok utk anak2..

    ReplyDelete
  2. Bab adab ni ibu bapa sebagai role model... Baru mudah nak didik...

    ReplyDelete
  3. memang perlu didikan anak daripada kecil lagi...supaya bila dah besar, mereka dapat menjadi insan yang disayangi ramai

    ReplyDelete
  4. anak2 masa kecik senang dibentuk..nanti besar akn mmbentuk dirinya

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !