"Downgrade" Susu Formula Ash???

Farah Waheda Wahid
5

Aikkk??? Kenapa sampai perlu nak "downgrade" susu formula Ash? Bukan ke selama ini Ash sesuai dan serasi dengan susu formula berjenama FRISO Gold? Dah tak mampu nak membeli susu formula anak ke? Mungkin itu pertanyaan atau tanda tanya yang mungkin timbul. :-). Meh nak jawab dulu awal-awal... In Shaa Allah, untuk anak rezeki tu ada. Terpulang kepada diri sendiri jer sebenarnya sama ada nak teruskan dengan penyusuan dengan jenama susu formula FRISO Gold ataupun beralih kepada jenama lain. Yang penting selera, penerimaan serta keserasian anak ke atas susu formula itu. Itu yang penting sebenarnya dan bukannya pandangan atau persepsi orang lain terhadap diri anda yer? Owhhh... Dia ni beri anak minum susu formula jenama mahal... Dia tu beri anak minum susu formula jenama murah..."No no no no no"... Ko bagilah anak minum susu jenama mahal macam mana sampai beratus satu tin pun, kalau tak serasi pada anak pun tak guna juga. Tips nak menilai keserasian susu formula terhadap anak anda boleh dibaca di entri Tanda-Tanda Susu Formula Tidak Sesuai Dengan Bayi.

Untuk anak ibu bapa sanggup berkorban dan bersusah payah asalkan anak mendapat apa yang sepatutnya mereka dapat dan keperluan mereka dapat dipenuhi. Kebanyakan ibu bapa begitulah resamnya. Setakat ini tak pernahlah pula lihat ibu bapa yang pentingkan diri mereka sendiri kan? Asalkan diri mereka lepas, anak-anak belakang kira. Tak taulah pula kalau-kalau di belakang pengetahuan Farah ada ibu bapa jenis yang begini. Tapi rasanya tak kot?

Sejarahnya...Sewaktu Ash mula-mula minum susu formula dahulu sewaktu usia selepas dalam hari atau lebih tepatnya selepas tamat tempoh Farah berpantang, susu formula Ash yang pertama adalah susu formula berjenama ANMUM. Kekal dengan ANMUM sehingga usia Ash lebih kurang mencapai 7 bulan macam tu. Kemudian, tanda dia tidak serasi dengan susu formula ANMUM tersebut adalah bila mana dia kerap cirit-birit dan atas nasihat doktor pakar kanak-kanak pada waktu dan ketika itu, untuk menghentikan cirit-birit tersebut, Ash mungkin mengalami "temporary lactose intelorant process"...yang mana kemudiannya Farah telah beralih kepada susu formula berjenama SIMILAC yang bukan berasaskan susu lembu. Untuk tempoh 3 bulan, doktor berpesan untuk mengekalkan penggunaan susu formula tersebut sehinggalah selepas bulan ketiga untuk secara perlahan-lahan beralih kepada susu formula berasaskan susu lembu semula. 

Selepas tempoh itu, Farah mengambil keputusan untuk beralih arah mencuba susu formula berjenama FRISOLAC. Ash nampak serasi dan Ash nampaknya lebih berselera menyusu dengan jenama susu formula yang ini. Baunya pun wangi seperti bau Vanilla. Makanya Farah mengambil keputusan untuk meneruskan penyusuan susu formula dengan jenama FRISOLAC seterusnya beralih arah ke FRISO Gold Langkah 3 setelah tamat tempoh penyusuan FRISOLAC. Sehinggalah ke akhir Januari 2016 baru-baru ini, Farah rasakan seolah-olah sudah cukup sehingga usia Ash 2 tahun 2 bulan menyusu dengan susu formula berjenama mahal. He he he... Dah cukup dah kot DHA..segala bagai AAA yang ada di dalam susu formula tersebut. Mungkin boleh mencuba untuk beralih arah kepada susu formula berjenama yang lebih ekonomi. 

Fikir punya fikir, akhirnya Farah mengambil keputusan untuk bertukar kepada susu formula Dutch Lady Nutri Plan Explore (usia 2-4 tahun) untuk Ash. Pada dasarnya pengeluarnya adalah di bawah satu bumbung iaitu Friesland Campina yang menaungi Dutch Lady Milk Industries Malaysia Berhad. Bau susunya sama juga, seperti Vanilla. Yang berbeza adalah dari segi:
  • Pembuatan susu. FRISO diimport dari Holland manakala Dutch Lady Nutri Plan adalah buatan Malaysia. Syarikat naungannya tetap sama iaitu Friesland Campina. 
  • Perbezaan harga yang agak ketara kerana sekotak 1200gm susu FRISO Gold Langkah 3 boleh mencecah sehingga RM 77.70 sekotak, manakala bagi Dutch Lady Nutri Plan pula harganya adalah RM 22.98. Lebih kurang macam tu lah.
Sama jer sebenarnya, jadi "why not" jika Farah mencuba untuk beralih arah kan? Bukan "glamour" tak "glamour" beri anak menyusu susu formula berjenama mahal ataupun kelas tak kelas yang menjadi isu. Yang penting jika anak serasi dan susu formula itu baik, kenapa tidak? Dengan itu, Farah pun belilah paket kecil untuk mencuba dan melihat bagaimana reaksi serta penerimaan Ash. Apa yang Farah perhatikan adalah sudah tentu-tentu sama ada:

1. Sama ada, ada ruam yang naik ke atas badan Ash yang banyak ataupun tidak? Setakat ni Alhamdulillah, tak ada pula nampaknya ruam yang banyak naik ke atas badan Ash... Sikit-sikit tu adalah. Masih lagi di dalam pemantauan. 

2. Ash tidak muntah bila meminum susu formula Dutch Lady Nutri Plan.

3. Najis Ash juga normal. 

4. Tidak menolak bila diberikan susu formula. Laju jer...Berselera jer... 

Bila dah perhatikan tanda-tanda ni, nampaknya macam ok jika Farah bertukar kannn??? Terus ambil keputusan untuk bertukar susu formula. Kini, susu Dutch Lady Nutri Plan Explore lah yang Ash "consume". Alhamdulillah, dapat juga Mommy berjimat serba sedikit. Iyalah perbelanjaan tahun 2016 ni sangat-sangat kompetitif. Kena kait sana, kait sini untuk meneruskan kelangsungan hidup. Jika dapat berjimat apa salahnya kita cuba berjimat kan? Kata disarankan supaya berbelanja secara berhemah. Cuma berharap agar ruam yang sedikit tu adalah disebabkan oleh cuaca panas dan tidak melarat dan bukannya disebabkan oleh ketidaksesuaian susu. Sebab itu Farah masih lagi memantau. 

Sekurang-kurangnya dari berbelanja susu FRISO Gold Langkah 3 1200gm sebulan di darabkan dengan 7 kotak bersamaan dengan RM 543.90 sebulan boleh dikurangkan kepada berbelanja susu Dutch Lady Nutri Plan Explore 900 gm didarabkan dengan 8 paket bersamaan dengan RM 183.84. Jumlah penjimatan? RM 360.06. Haruslah tersenyum lebar Mommy-nya...:-) Ngee... Lagipun jumlah ansuran pembayaran pembiayaan rumah kan dah meningkat disebabkan kadar peratus BLR dah meningkat kepada 6.92% yang telah menjadikan jumlah ansuran dari RM 530.00 sebulan kepada RM991.00 sebulan macam yang diceritak di dalam entri INI terdahulu. Letak tangan atas dahi memikirkan ko.... Ekekeke.... 

*Terkadang tu bukan kerana ketidakmampuan... Tetapi jika diteruskan boleh menjadikan ketidakmampuan dan menyusahkan diri sendiri... Mungkin ada cara yang lebih baik dan praktikal untuk menyelesaikan tanpa menjejaskan kitaran... Cumanya kena pandailah nak susun atur... Adat resam menjadi ibu bapa dan perjalanan ibu bapa begitulah... ;-) 

Post a Comment

5Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Setuju sangat.. Tambahan pula dalam keadaan ekonomi skrg yang tidak menentu... Kalau nak lagi jimat, cadangan dari Sha cuba beli susu pada minggu sebelum org kerajaan gaji.. Biasanya harga lebih murah sedikit berbanding pada minggu orang kerajaan terima gaji.. sekadar cadangan ye..

    ReplyDelete
  2. Mahal atau murah x penting..janji anak boleh minum & tiada apa2 alahan...mcm anak akak dulu, mcm2 susu cuba..dumex, dutch lady, isolac...lastyly tukar NAN HA baru ok..lps setahun tukar Enfa sampai la berhenti susu..

    ReplyDelete
  3. Anak saya juga minum dutch lady...
    yang penting dia suka dan saya lagi suka x-)

    ReplyDelete
  4. Ena sejak kecil lagi minum susu dari dutch lady.. Memang susu dutch lady je ena rasa paling sedap... Nyum nyummm

    ReplyDelete
  5. Qaisara dulu pun minum friso Gold dr umur 2 tahun smp umur 4 tahun. Bile dh masuk 5 tahun smp skrg ni baru brtukar ke Dutch Lady. Lebih jimat & Qaisara pun boleh terima..Tapi yg Dutch Lady ni kena amik yg coklat..Janji x sembelit..huhu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !