Boleh tahan juga bila mata memandang ke arah skrin telefon pintar dan mendapati koleksi-koleksi di Cotton On KIDS yang boleh dikatakan menarik. Bukannya apa, saja mencuci-cuci mata melihat-lihat dan "survey-survey" harga pakaian untuk Iman Firash. Bukannya apa, senang nak ketepikan awal-awal sekiranya ada rezeki yang masuk untuk persiapan Aidilfitri tahun 2016 ni. Awal sangat? Hurmm... Mungkin pada orang lain awal sangat kot? Akan tetapi, bagi Farah, Farah memang akan mula membeli secara berperingkat-peringkat sedari awal tahun untuk persiapan Aidilfitri untuk Iman Firash.
Aidilfitri ni yang lebihnya anak. Mommy dia tak ada pun tak apa. Biarlah orang nak kata apa pun kannn? Asalkan anaknya cukup serba-serbi. Biarlah tidak berganti hatta sehelai pun pakaian sewaktu Aidilfitri nanti, yang penting anak tu anak, dapat merasa seperti kanak-kanak lain juga. Kalau poket tu berkepok-kepok tak apa juga nak membeli di hujung-hujung Ramadhan. Tapiii, kalau poket tu nak kata berkepok pun tidak, tebal pun tidak, kita buat cara berdikit-dikit lah... Kalau ada rezeki sedikit, kita beli sedikit... Bak orang kata, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Ibarat semut yang perlahan-lahan mengangkut stok makanan untuk musim kemarau dan sebagainya. Biar ada dari tak ada langsung.
Errr... Termelalut...Ha ha ha... Ni haaa...nak cerita sebenarnya... Bagi sesiapa yang belum mendaftar di laman web jualan atas talian jenama pakaian Cotton On...Bolehlah daftar sekarang dan menikmati tawaran diskaun sebanyak 30% tu... Manalah tau...Mak-mak kan selalunya ada sindrom suka membeli pakaian anak-anak? Mak-mak kan pantang nampak baju anak-anak? Kalau nampak tu nak membeli jerlah kerjanya .... Oopsss...Tak semua...Ha ha ha... Tapi kebanyakan mak-mak memang mempunyai hobi membeli pakaian anak.
Tak susah pun...Pergi ke laman web jualan atas talian Cotton On di SINI dan...
Isi butiran yang diperlukan..Tak lama kemudiannya, satu e-mel beserta dengan kod 30% diskaun tu akan dihantar. Selepas itu, bolehlah sambung cuci-cuci mata, manalah tau kot-kot ada yang terberkenankannn? Kalau anda mampu, apa salahnya...Tak salah pun nak membeli untuk anak... Kalau rasa-rasa takut berbelanja tanpa sedar... Baik jangan pergi tengok langsung laman web tu...Muahahahaha...
*Sekadar menyampaikan apa yang Farah tahu dan tak ada pun yang benarnya beli untuk Ash... Waktu tak berapa nak mengizinkan untuk melakukannya...In Shaa Allah, tunggu rezeki sampai dari Allah SWT... ;-)
wah..suka2...dah daftar...dah beli..hhehehe
ReplyDeleteDah nampak baju budak memang nak terus beli
ReplyDeletetggu gaji sempat tak.. hehe.. bajet dah xde lps raya nie.. tq for the info..
ReplyDeleteOk.. Tak nak tengok dulu.. Tunggu ada duit.. Haha
ReplyDelete