Home » , , , , , , » Cara Membersihkan Telinga, Hidung Dan Mulut Bayi...

Cara Membersihkan Telinga, Hidung Dan Mulut Bayi...

Sumber dari Google
Bukan sekadar kuku yang perlu dipotong... Telinga dan hidung anak kecil juga perlu dibersihkan secara rutin agar kebersihan diri mereka terjaga. Bagi ibu baru memang akan mengalami sedikit masalah bab-bab sebegini. He he he, bercakap berdasarkan kepada pengalaman sendiri 2 tahun yang lalu... Pertama kali kannn? Tentulah ada rasa gementar dan bimbang jika-jika mencederakan anak sendiri, akan tetapi, gementar ke? tak gementar ke? bimbang ke? tak bimbang ke? Ianya adalah satu keperluan... Bagi ibu baru, kalau nak tips cara-cara memotong kuku bayi bolehlah membaca entri Cara-Cara Memotong Kuku Bayi

Kali ini, Farah berminat pula ingin berkongsi tentang cara membersihkan telinga, hidung dan mulut bayi... 

Sumber dari Google
Mungkin kurang jelas gambar yang Farah pinjam dari Google ni... Tak mengapa, musim-musim cuti begini, rasa rajin pula nak menaip semula supaya jelas... Ianya adalah perkongsian oleh Dr. Yong Junina Fadzil yang merupakan seorang Pakar Perunding Pediatrik

Tidak pasti bagaimana caranya untuk membersihkan telinga, hidung dan mulut bayi anda? Nasihat siapa yang perlu diikut? Ibu mertua? Atau doktor? Bagaimana pula dengan kawan-kawan yang telah mempunyai anak? Artikel ini berkongsi pendapat dengan anda tentang cara yang selamat untuk anak anda.

Membersihkan Telinga Bayi
  • Lapkan bahagian atas dan belakang telinga bayi anda dengan tuala kecil yang lembap dan lembut atau bebola kapas.
  • Rujuk kepada pakar pediatrik jika terlalu banyak tahi telinga di dalam telinga bayi anda.
  • Jangan bersihkan bahagian dalam telinga bayi.
  • Jangan cuba membuang tahi telinga daripada telinga bayi menggunakan putik kapas. Apabila anda mengorek terlalu dalam, anda mungkin akan mencederakan gegendang telinganya. 
  • Jangan titiskan ubat telinga ke dalam telinga bayi melainkan jika disarankan oleh pakar pediatrik.
Tahukah Anda?
Tahi telinga bukan kotoran. Sebenarnya, ia menyebabkan telinga bayi anda sihat! Sebarang kotoran yang berlebihan akhirnya akan keluar dari telinga dengan sendirinya. 

Membersihkan Hidung Bayi
  • Lapkan bahagian luar hidung bayi anda dengan tuala kecil yang lembap atau tisu yang lembut. 
  • Gunakan penyedut hidung untuk mengeluarkan hingus jika ia terlalu banyak di dalam hidung bayi anda. Jika hidungnya masih tersumbat, bawa bayi anda berjumpa dengan pakar pediatrik.
  • Jangan masukkan putik kapas atau tisu yang digulung ke dalam hidung bayi anda untuk mengeluarkan hingus.
  • Jangan gunakan kuku anda untuk membuang hingus yang sudah keras atau berkerak. 
Tahukah Anda?
Anda tidak perlu membersihkan bahagian dalam hidung bayi kecuali jika dia mengalami selsema. 

Membersihkan Mulut Bayi
  • Bersihkan gusi, lidah dan gigi bayi dengan tuala kecil yang basah dan bersih selepas bayi anda makan atau sebelum tidur.
  • Gunakan berus gigi bayi yang lembut apabila bayi anda menjangkau umur satu tahun. Gunakan ubat gigi sebesar kacang pis sahaja dan berus giginya sebelum sarapan dan selepas makan malam. 
  • Bawa bayi anda untuk pemeriksaan gigi apabila umurnya mencecah satu tahun. 
  • Jangan biarkan bayi anda tidur sambil menghisap susu botol.
  • Elakkan daripada memberi bayi anda terlalu banyak minuman manis dan makanan ringan. 
Tahukah Anda?
Kebersihan mulut harus bermula dari kecil, malah sebelum gigi susu tumbuh. 

Semoga bermanfaat buat semua! :-) 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Cara Membersihkan Telinga, Hidung Dan Mulut Bayi... , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, February 10, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

5 comments:

  1. part telinga tu betul sangat hu hu..saya pernah terpaksa bawak anak jumpa ENT sebab jangkitan telinga. sekali nampak ta*k telinga dah keras kat dalam tu mungkin sebab bersihkan pakai cotton bud.tobat xnak buat dah..

    ReplyDelete
  2. bagus tips ni... boleh dicuba pada mereka yang ada baby

    ReplyDelete
  3. Bab ni en.somi sy yg lbi pakar.. Hehe

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY