Sumber dari Google
Kakak kalau nak makan kerang... Gini haaa kulit kerang tu kalau boleh nak jadi bersihnya. Makan pun kerang rebus jer lah pun... Selain tu memang jarang nak makan kerang... Errr... Nyum nyum nyum... Tiba-tiba macam dah lama jer tak makan kerang rebus... Ngeee... 

Ha tu lah ni nak cerita... Kerang ni kalau tak betul cucinya ataupun tak cuci sebersih-bersihnya memang banyak kerang yang masih lagi berlumpur...

Sumber dari Google
Kerang yang dibeli di pasar atau kedai, selalunya masih berlumpur dan kotor. Susah juga nak menanggalkannya, lebih-lebih lagi jika kerang dalam kuantiti yang banyak. Sebenarnya ada cara mudah yang Farah nak kongsikan... Melalui? Melalui petua yang dikongsikan di SINI...

BAHAN-BAHAN:
  • Kerang
  • Beberapa batang pelepah pisang yang telah dibuang daunnya
  • Periuk atau besen yang sepadan dengan kuantiti kerang
CARA-CARA:
1. Masukkan kerang kedalam sinki dan basuh untuk membuang pasir.
2. Ambil periuk atau besen yang bersesuaian dan isikan kerang kedalamnya.
3. Ambil pelepah pisang dan tonyoh pada kerang. Lakukan sehingga kulit kerang bersih. 
Macam tulah caranya... Tapi pelepah pisang bagi yang duduk di bandar mana nak dapat oiii? Melainkan anda ada tanam pokok pisang ataupun jiran anda ada tanam pokok pisang. Ekekekeke... Ada yang pakai berus dawai atau berus gigi ke? ;-)

6 comments Blogger 6 Facebook

  1. Arwah mak akak ajar mcm tu lah Farah..
    Cuci dengan pelepah pisang..
    memang bersih..
    tapi kita duduk bandar mana nak cari pelepah pisang tu..

    ReplyDelete
  2. sgt berguna tips nii...bleh try nantii

    ReplyDelete
  3. Jujur ni Farah kakak memang guna berus dawai tau
    Masuk periuk sekali berus dgn kerang, tutup & goncang-goncang, siram air, goncang-goncang lagi buat sampai bersih - ok jugalah:)

    ReplyDelete
  4. woahhh! serius baru tau neh..hihihi...thanks sharing!

    ReplyDelete
  5. Mana pula nak cari pelepah pisang.. Haha.. Sy guna asam keping je la...

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

 
Bubblynotes - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger © 2013. All Rights Reserved.Edit by Jiakreatifelt. Powered by Blogger
Top