Bukan Pakar Kecantikan Nak Bebel | Antara Punca Lain Jerawat Dan Iritasi Wajah

Farah Waheda Wahid
7
Ini seseorang yang bukannya pakar kecantikan mahupun seseorang yang mempunyai sebarang kelulusan atau pengalaman di dalam bidang kecantikan nak membebel sesuka hati ni dan ini juga adalah berdasarkan cerita diri sendiri jer semata-mata. Yang mana, mungkin selama ini ada sesetengah pihak yang terlepas pandang akan perkara ini. Bukannya nak jadikan entri ini berbunyi seperti Wikipedia... Cerita secara santai, dari apa yang terlintas di hati susulan dari aktiviti rutin mingguan dan juga harian Farah. 

BERUS SOLEKAN 

Khususnya bagi anak-anak gadis dan wanitalah kan? Bab ni tidak termasuk mereka-mereka yang tak memakai sebarang solekan maksudnya yang jenis keluar rumah langsung tak colek apa-apa kat muka tu langsung lah. Mandi, bersiap dan terus keluar. Kira macam muka "raw" lah kan... Ha, mereka-mereka ini tidak tergolong di dalam cerita tentang berus solekan. 

Mula-mula sebelum kakak ni membebel panjang... Cuba lihat gambar di bawah ni dulu... 


Rutin mingguan Farah. Cuci berus-berus solekan yang ada. Ini seminggu kegunaan punya hasil ni. Cuba lihat pada gambar yang pertama? Seminggu punya kegunaan pun dah macam teh tarik warnanya oiii!!! Direndam di dalam air suam yang dicampur dengan sabun bayi... Cara nak cuci berus solekan boleh rujuk entri lama Farah: 


Baru seminggu tu... 6 kali saringan baru betul-betul bersih. Bayangkanlah kalau sebulan tak cuci? Mau taknya 6 X 4, lebih kurang 24 saringan mencuci berus solekan. Ahaksss... Agaknyalah sebab tak pernah nak biarkan berus solekan tak berbasuh selama sebulan ataupun berbulan-bulan. Tiap-tiap minggu memang dah jadi tugas ni. Bayangkan jugalah seberapa banyak bakteria serta daki yang terkumpul di berus solekan? Diri ini sungguh tak sanggup membayangkan. Selepas tu yang kita ni? Sedap jer belasah pakai setiap hari tanpa mempunyai perasaan bimbang apa-apa pun. Sehinggalah... Sehinggalah mula muncul bintil-bintil di wajah yang mana kemudiannya akan merisaukan hati kita... Tak kiralah sama ada jerawat batu ke? jerawat nasi ke? Ataupun ruam-ruam yang berupa iritasi kulit ke? 

Inilah di antara salah satu punca-punca yang boleh menyebabkan jerawat dan juga iritasi kulit pada Farah... Disebabkan bakteria dan juga daki yang berkumpul pada berus tu... Kadang-kadang boleh berpeluh sewaktu bersolek, tambah pula lagi satu lagi unsur... Perghhhh... Memang jayanya berlaku penambahan bakteria... 

Makanya, rajin-rajinlah cuci berus solekan anda tu yer? Kalau dah rasa malas sangattt... Silalah korbankan yang ada dalam poket tu beli yang baru... Ekekekeke... Kakak orang semekin, tinggal semejid, makan semekut... (Kakak orang miskin, tinggal masjid dan makan biskut)... Nan hado nya lah senantiasa nak membeli berus solekan oiii... Cuci dan pakai jer selagi boleh dipakai... 

RUTIN PENCUCIAN WAJAH

Ada sesetengah pihak, tak kisah pun jika muka tu dicuci dengan cara ala kadar... Asal cuci... Ada sesetengah pihak, dengan cara mencuci muka yang betul dengan hanya menggunakan kedua-dua belah tangan pun sudah memadai. Akan tetapi ada sesetengah pihak, kulitnya memerlukan penjagaan yang lebih. 

Bila kita cuci muka dengan kedua belah tangan kita, kadang-kadang kita rasa dah cukup bersih. Hakikatnya... Nahhh tengok! 


Ini hasilnya bila anda menggunakan alat bantuan cucian muka yang juga dikenali sebagai "electric facial cleanser". Wohooo... Ini bukan nak menunjuk ataupun apa yer? Tolong jangan salah faham... Ini nak tunjukkan bagaimana efektifnya benda alah ni... Lama dah kakak pakai ni... Hampir 2 tahun... Rezeki dari salah satu pengiklanan di Bubblynotes.Com... Alhamdulillah... (Kenapa kuterasa poyo menulis begini? Sebab tak suka nak tulis ayat begini sebenarnya... Demi menjaga kemaslahatan dan demi tidak dikecam nak menunjuk-nunjuk apa yang kakak ada baik diterangkan dari sumber mana). Cerita lanjut tentang "electric facial cleanser" ni, boleh dibaca selengkapnya di entri: 


Diakui harganya memang orang kata agak mahal iaitu RM799.00. Bagi Farah mahal-lah... Tapi bagi orang lain mungkin murah kan? Kalau nak beli sendiri memang tak mampu kakak ni dik non oiii... Terkulat-kulat kat situ pandang jer sebab rasanya eloklah laburkan beli barang keperluan anak teruna tu. Mak-mak, macam tulah kan? Kisahkan anak dulu dalam apa-apa hal. Yang penting keperluan anak mesti dicukupkan terlebih dahulu. Cumanya, kalau ada yang berminat nak beli "electric facial cleanser" ni dengan harga yang lebih murah dan mampu milik. Ada jer... 


Nahhh!!! LAZADA ado! Pakai ni pun mungkin bagus juga. Tak adalah kata ianya dapat menjamin muka anda langsung tak ada jerawat, tulus, mulus, gebus, gebas bila gunakan "electric facial cleanser" ni... Akan tetapi sekurang-kurangnya membantu. Ianya sememangnya betul-betul membantu kita untuk membersihkan wajah secara efektif. Muka lepas tu akan rasa sangat ringan dan segar. 

Kadang-kadang, bila kita mencuci dengan kedua belah tangan sahaja tidak mencukupi. Pernah tak terjadi? Selepas cuci muka, nak letak "toner" ke? Atau nak letak "miracle water" ke? Lepas tu di kapas akan masih ada sisa kotoran? Ha tu lah tu... Masih tak bersih sepenuhnya... Kalau tak pakai apa-apa "toner" ataupun "miracle water"? Lagilah boleh menambahkan lagi "pores clog" dan akhirnya menjadikan satu masalah pada kulit muka tu. 

Ini salah satu lagi punca jerawat ataupun iritasi kulit. Tapi tidak semua orang menghadapi masalah ini yer? Mungkin segelintir... 

Benda macam ni kadang boleh terlepas pandang kannn??? Terkadang kita tak sedar, ada punca lain yang boleh menyumbang kepada sesuatu dan kita hanya tumpukan pada punca-punca yang sering diperbincangkan seperti makan makanan berminyak, makan kacang dan sebagainya... 

"Well, this is just from my personal insight to ponder..." Dan Farah tak kata Farah betul yer? Ini berdasarkan apa yang Farah rasa dan Farah fikir...;-)... Kalau rasa boleh pakai info ni, terimalah dengan hati terbuka, kalau rasa tidak, letak tepi dan lupakan sahaja... 



Post a Comment

7Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Nice sharing.. Tapi ai takde alat tu semua.. Make up pun tidak.. Hehe...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih mommy perkongsian ni...betul..kita jagalah anugerah Allah sebaiknya...

    ReplyDelete
  3. Tak pernah tau pun pasal electric facial cleanser ni..nice sharing farah, tqvm..dapat la info baru hari ni..:)

    ReplyDelete
  4. tak ada jugak barang mekap camtu..ada bedak compact ngan lipstik je hahahaaa

    ReplyDelete
  5. tak guna pun berus macam tu... hehehe :))

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !